Aguero Dedah Mesej Yang Messi Kirim Selepas Real Peroleh Gol Ketiga Mereka

Sergio Aguero telah mendedahkan yang beliau ada menerima mesej dari legenda Barcelona, Lionel Messi tidak lama selepas Real Madrid memperoleh gol ketiga mereka bertemu Manchester City.

Walaupun mempunyai kekurangan dari segi aggregate selepas mencatatkan kekalahan 4-3 di Etihad, Real Madrid berjaya melakukan come back dan layak ke perlawanan akhir.

Mereka bahkan turut ketinggalan ketika aksi leg kedua dengan aggregate 5-3 sebelum Madrid comeback mencatatkan kemenangan 6-5 untuk menyingkirkan skuad kendalian Pep Guardiola itu.

Rodrygo meledak dua gol pada minit ke-90 dan 91 permainan untuk mengikat kedudukan menerusi aggregate 5-5 seterusnya membawa perlawanan ke aksi tambahan masa.

Karim Benzema kemudiannya tenang menyempurnakan sepakan penalti pada aksi tambahan masa seterusnya mengesahkan penyingkiran skuad kendalian Pep Guardiola itu dari kejohanan pada tahun ini.

Ia merupakan satu lagi kisah duka Pep Guardiola dalam saingan Champions League selepas mereka gagal untuk menjulang Piala tersebut walau sudah mara ke perlawanan akhir musim lalu.

Sama seperti peminat yang menonton di rumah, Aguero dan Messi sendiri turut tidak percaya melihat apa yang berlaku di atas padang pada hari ini.

Dalam tempoh satu minit sahaja semuanya berubah dan jelas sekali tiada siapa pun yang tidak terkejut melihat hal tersebut berlaku.

Ikon Manchester City itu kini telah berkongsi mesej yang beliau terima dari sahabat karib dan juga rakan senegaranya, Lionel Messi dan ia sangat menarik untuk dibaca.

Ketika sedang bersiaran langsung bersama legenda Argentina, Carlos Tevez, Aguero menyatakan:

“Leo (Messi) hantar mesej kepada saya selepas gol ketiga Real Madrid: ‘Ia satu gurauan, ia mustahil untuk berlaku.”

Messi jelas sekali sudah berpisah dengan kelab kesayangannya, Barcelona namun kebencian yang beliau ada pada Real Madrid sepertinya langsung tidak pudar.

Beliau jelas sekali langsung tidak gembira melihat Real Madrid mencatat kemenangan dalam perlawanan tersebut, apa lagi layak ke perlawanan akhir saingan Champions League.

Bagi Aguero pula, melihat dari riak wajah beliau ketika bersiaran langsung itu saja sudah cukup untuk mengetahui apa yang beliau rasakan melihat bekas kelabnya tersingkir.

Lebih sakit lagi Manchester City sebenarnya sudah terlalu hampir untuk layak ke perlawanan akhir namun disingkirkan di minit-minit akhir permainan.

Untuk peminat neuteal, aksi kedua-dua leg separuh akhir yang menemukan Real Madrid dan Manchester City itu sebenarnya sangat menarik untuk disaksikan.

Walau bagaimanapun, nasib Man City yang benar-benar terdesak mahu memenangi gelaran Champions League itulah yang paling sedih untuk difikirkan.

Mereka sudah sangat hampir, poster perlawanan akhir pun sudah disiapkan ketika perlawanan masuk ke minit yang ke-85 permainan, mana nak letak muka?

Pep Guardiola baru sahaja melalui satu lagi musim yang sangat mengecewakan dengan The Citizens dah habis hampir satu billion namun masih gagal untuk memenangi gelaran terbesar Eropah itu.

Walaupun mereka sudah hampir pasti untuk dinobatkan sebagai Juara saingan Premier League musim ini, namun Pep Guardiola sendiri jelas sekali sangat kecewa dengan penyingkiran mereka dari saingan Champions League musim ini.

“Saya pernah rasa kalah di pentas saingan Champions League, saya pernah berdepan kekalahan sukar di Barcelona ketika kami tak layak ke perlawanan akhir.”

Jelas Pep Guardiola.

“Tapi ia sangat sukar untuk kami, saya tak boleh nafikan itu. Kami sudah sangat hampir untuk ke perlawanan akhir saingan Champions League.”

“Kami tidak bermain dengan baik, pada babak pertama, kami tak jumpa rentak permainan kami. Aksi babak kedua lebih baik dan selepas gol itu, kami dapat kawal permainan.”

“Kami jumpa rentak kami tapi sayangnya kami tak dapat habiskan. Para pemain sudah berikan segalanya. Kami sudah sangat hampir.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Scammer Mula Tawarkan Pakej Makan Malam Dan Selfie Bersama Messi Bernilai RM193,946