Reaksi Teruja Aguero Melihat Foden Menjaringkan Gol Bertemu Real Madrid

Sergio Aguero dan Mario Balotelli jelas sekali berpuas hati menonton aksi perlawanan peringkat separuh akhir saingan Champions League bersama-sama awal pagi tadi.

Kedua-dua mereka memuat naik reaksi masing-masing untuk setiap gol yang berjaya dihasilkan sepanjang perlawanan itu di laman TikTok.

Manchester City melayan kunjungan Real Madrid ke bumi Etihad untuk aksi leg pertama peringkat separuh akhir saingan Champions League.

Kedua-dua bekas bintang Manchester City itu pernah beraksi bersama selama tiga tahun di Etihad dari tahun 2010 hingga 2013 yang lalu.

Aguero dan Balotelli menonton aksi perlawanan antara dua pasukan terhebat dunia itu dengan pemain seperti Karim Benzema dan Phil Foden mencuri perhatian ramai.

Foden yang sebelum ini pernah beraksi bersama Sergio Aguero itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dalam perlawanan tersebut.

Bahkan ramai sebenarnya yang bersetuju bahawa beliau selayaknya untuk dinobatkan sebagai penerima anugerah pemain terbaik dalam perlawanan tersebut.

Beliau jelas sekali antara pemain yang paling berprestasi dalam perlawanan yang menemukan pendahulu saingan La Liga bertemu pendahulu saingan Premier League itu.

Beliau sentiasa memberi impak sepanjang perlawanan dan pada minit ke-53 permainan, pemain kebangsaan England itu berjaya meledak gol selepas menyempurnakan bola hantaran cantik dari Fernandinho.

Sebaik Phil Foden menanduk masuk bola hantaran dari Fernandinho untuk membantu Man City mendahului 3-1, Aguero sepertinya tak henti-henti menghamburkan pujian menggunung kepada bintang England itu.

Beliau bahkan turut mengklaim yang beliaulah individu yang memberitahu Pep Guardiola supaya menjadikan Phil Foden sebagai bintang utama.

Aguero bukan hanya teruja dengan gol yang dijaringkan oleh Foden dengan beliau turut terpukau melihat dua gol yang dijaringkan oleh Karim Benzema terutamanya gol menerusi sepakan penalti itu.

Karim Benzema dengan tenang melakukan aksi Panenka untuk menewaskan Ederson dan ketenangan beliau menyempurnakan sepakan penalti itu selayaknya dipuji.

Jika Aguero menunjukkan reaksi teruja melihat gol jaringan Phil Foden, seorang lagi legenda Manchester City, Micah Richards pula menunjukkan reaksi yang sangat priceless ketika meraikan gol Kevin De Bruyne.

Jamie Carragher bahkan turut membuat analisis untuk keraian Micah Richards dan insiden itu turut mencuri perhatian peminat.

Carragher buat analisis gaya keraian Micah Richards

Manchester City dan Real Madrid telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat menghiburkan awal pagi tadi selepas kedua-dua pasukan berjaya menghasilkan tujuh gol dari perlawanan tersebut.

Kedua-dua pasukan dipertemukan dalam aksi leg pertama peringkat separuh akhir saingan Champions League di Etihad.

The Citizens muncul sebagai pemenang selepas kejayaan mereka menundukkan pasukan pelawat dengan keputusan 4-3 dan tidak keterlaluan untuk menganggap kedua-dua pasukan telah mempersembahkan aksi perlawanan terhebat dalam sejarah saingan Champions League.

Manchester City cemerlang dalam memulakan perlawanan ini selepas kejayaan mereka memperoleh gol awal seawal minit ke-2 permainan.

Riyad Mahrez melakukan cut insiden untuk masuk ke kotak penalti dari sudut sebelah kanan lalu menghantar bola cantik ke ruang kosong yang mana Kevin De Bruyne sedang membuat larian ke arah tersebut.

Pemain kebangsaan Belgium itu kemudiannya melakukan aksi tanduk terbang untuk menanduk bola hantaran Riyad Mahrez seterusnya menewaskan Thibaut Courtois.

Seluruh Etihad bergegar meraikan gol awal itu dan tidak terkecuali legenda kelab, Micah Richards yang turut naik hantu meraikan gol itu.

Micah Richards yang pernah mewakili Manchester City dari tahun 2001 hingga 2015 itu menjadi pengulas untuk perlawanan tersebut di studio CBS Sports.

Beliau jelas sekali tak mampu menahan emosinya sebaik melihat Kevin De Bruyne meledak gol awal dengan beliau yang ketika itu sedang menikmati pasta hilang arah sebaik melihat gol tersebut.

Tengah sedap beliau menikmati makanannya, Micah Richards segera menjerit kegembiraan melihat gol yang dijaringkan oleh De Bruyne.

Apa yang menariknya, ketika beliau menjerit, pasta yang ada dari mulutnya turut tersembur sebelum beliau berjaya menyedut semula pasta tersebut.

Comel je pasta tu buat U-Turn dah nak keluar terus masuk balik kena sedut dengan Micah Richards.

Jamie Carragher kemudiannya mendedahkan yang beliau tertarik untuk membuat analisis tentang detik itu selepas tamat perlawanan dan perbualan mereka tentang hal itu sangat menarik untuk ditonton.

“Dengar, hal ini perlu dianalisis. Ketika kita bercakap tentang hal berkait teknik atau skill yang berlaku hari ini, Toni Kroos, Luka Modric, Kevin De Bruyne, Bernardo Silva… Tak ada antara mereka yang melakukan sentuhan pertama dan mengawal situasi yang lebih bagus berbanding Micah Richards dengan pasta dia.”

“Lihat di sini… Dia fikir dia dah hilang pasta tu, dia terlepas kawal… Tapi kamu tengok balik dekat sini! Lupakan Luka Modric, kita ada Micah! Big Meeks dah kembali!”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kitman City Mahu Lelong Kereta Yang Dihadiahkan Oleh Sergio Aguero