Klopp Jelaskan Kenapa Dia Meroyan Tepi Padang Sehingga Kena Shuhh Dengan Assistant Howe

Jurgen Klopp bertegas bahawa kapten Liverpool, Virgil van Dijk tidak sepatutnya dibuang padang ketika lawatan mereka ke Newcastle United. Dan kemudian Klopp menjelaskan kenapa dia tidak meraikan gol kemenangan Darwin Nunez ketika seluruh peminat The Reds menjerit kegembiraan.

Nunez masuk dari bangku simpanan untuk menjaringkan dua gol lewat ketika 10 pemain The Reds itu bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan 2-1 dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris yang penuh dengan insiden pada petang Ahad.

Liverpool ketinggalan selepas Trent Alexander Arnold buat kelakar dengan kesilapan tak dapat kawal bola dan terus Gordon meluru ke arah Alisson dan menjaringkan gol.

Van Dijk dilayangkan kad merah terus pada minit ke-28 selepas menjatuhkan penyerang Newcastle Alexander Isak di tepi kawasan luar kotak penalti, dengan pengadil John Brooks tidak mendapat arahan untuk menyemak keputusannya oleh pasukan VAR.

Kerana VAR merasakan pengadil tepat dalam perkara itu. Ia adalah kali kedua Liverpool dibuang padang dalam perlawanan berturut-turut, dengan pemain Belanda itu kini diketepikan daripada perlawanan di tempat sendiri menentang Aston Villa Ahad depan.

Tetapi Klopp berkata: “Saya tidak fikir ia adalah kad merah, hampir tidak ada kekasaran, sangat sedikit. Tetapi apa yang boleh saya katakan? Keputusannya begini saya tidak boleh mengubahnya. Saya tidak mahukannya.”

“Adakah saya akan tiup wisel dalam permainan latihan? Sudah tentu tidak, tetapi ada sebab mengapa saya bukan pengadil dan mereka begitu.”

Kem Newcastle yakin Trent Alexander-Arnold sepatutnya dibuang padang pada minit-minit awal pembukaan apabila, sejurus selepas dilayangkan kad kuning kerana menendang bola, bek kanan Liverpool itu mengasari bekas pemain sayap Everton, Anthony Gordon.

Ia mendorong pertikaman lidah bangku simpanan antara Klopp dengan penolong pengurus Newcastle Jason Tindall memberi isyarat agar Klopp diam.

Dan pengurus The Reds itu berkata: “Ini adalah pemerhatian kami. Terdapat kekasaran terhadap Trent Alexander-Arnold yang tidak diberikan oleh pengadil, insiden itu jelas di hadapan saya, pengadil tidak memberikannya dan kemudian Trent menendang bola, itu salah dia, bang, terus kuning.”

“Situasi seterusnya, jika dia (pengadil) memberikan kuning maka dia boleh memberikannya, tetapi saya tidak jangka begitu. Kerana anda perlu mempunyai ruang kecil ini untuk meneruskan permainan.”

Klopp juga akan memberitahu Sky Sports bahawa pegawai keempat bersetuju bahawa Liverpool itu dikasari.

Ketika pemain Liverpool dan kakitangan kejurulatihannya memberikan reaksi sangat gembira terhadap  gol kemenangan lewat Darwin Nunez, Klopp sendiri tetap tidak berganjak sehingga pengesahan dibuat pengadil.

Klopp berkata sekarang ini dia dah malas nak raikan gol seperti itu lagi. Kerana dia tak pasti sama ada ianya kekal ataupun ditarik balik pada zaman VAR dan GLT.

Pengurus berdarah Jerman itu menegaskan: “Kini saya tidak lagi meraikan gol seperti ini kerana saya tidak pasti sama ada berlaku ofsaid,” katanya.

“Saya agak pasti tidak ada tetapi kemudian satu minit atau lebih kemudian apabila pemeriksaan VAR selesai, budak-budak di belakang di garisan benar-benar meraikannya. Kemudian saya merasakan kelegaan yang besar dalam diri saya.”

“Cara kami bermain selepas kad merah memberikan kami perasaan bahawa kami boleh melakukan sesuatu di sini jika kami tidak bolos (gol kedua).”

“Jika anda boleh bertahan dengan semangat dan bermain dengan idea, maka kami mempunyai peluang untuk mendapatkan mata di sini. Dan kami berjaya mendapatkan mata dan juga menang.”

BACA:  Gol Padu Jaringan Lautaro Martinez Gagal Bawa Inter Ke Peringkat Suku Akhir