Klopp Samakan Liverpool Musim Ini Seperti Anjing Yang Kehilangan Mainan Kesukaan

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menggunakan analogi yang agak janggal untuk menggambarkan perubahan taktikal yang dilakukannya terhadap skuad Liverpool musim ini.

Dalam satu kenyataan yang agak mengejutkan, bekas pengurus Borussia Dortmund itu menyamakan perubahan sistem Liverpool musim ini seperti anjing yang kehilangan mainan kesukaannya.

Liverpool samakan Liverpool musim ini seperti anjing yang kehilangan permainan kegemeran. Anda setuju ?

Dalam perlawanan terakhir Liverpool, jaringan tunggal daripada Mohamed Salah sudah cukup untuk memberikan tiga mata berharga buat Liverpool bagi menewaskan Huddersfield 1-0 di gelanggang lawan.

Kemenangan tipis ini juga sudah cukup untuk The Reds terus memberikan tekanan kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City yang mencatatkan kemenangan selesa 5-0 ke atas Burnley di hadapan penyokong sendiri.

Kemenangan ini juga sudah cukup untuk memberi gambaran terhadap skuad Liverpool musim ini yang mempunyai bahagian pertahanan yang lebih baik dan stabil berbanding musim lepas. Ia juga merupakan ‘clean sheets’ ke-6 Liverpool selepas mengharungi 9 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Liverpool juga hanya melepaskan 6 gol sahaja setakat ini dan berkongsi rekod defensif terbaik Liga Perdana Inggeris musim ini bersama dengan Manchester City. Justeru itu, tidak mengejutkan untuk kita melihat kedua-dua pasukan berada di tangga teratas carta liga yang mana mereka berkongsi mata yang sama dan hanya dipisahkan dengan perbezaan gol sahaja.

Klopp kecewa kerana Liverpool hanya menjaringkan satu gol sahaja ketika menumpaskan Huddersfield

Dalam satu temu bual bersama sebuah akhbar dari United Kingdom, Klopp membincangkan dengan lebih mendalam mengenai perubahan taktikal yang diterapkannya dalam skuad Liverpool musim ini.

Klopp juga mendakwa Liverpool kini tidak terlalu bergantung dengan taktik menekan pasukan lawan dari atas seperti yang umum selalu lihat sebelum ini.

“Tahun lepas, kekuatan utama kami adalah ‘high pressing’, dan selepas itu pasukan lawan tidak lagi mahu bermain bola. Ia seperti pasukan lawan meminta maaf.”

“Situasi ini sama seperti anjing. Jika anda tidak memberikan anjing itu permainan kegemarannya dan membaling benda lain, anjing itu akan berfikir, ‘Tidak, saya tidak mahu itu. Saya mahu yang lagi satu’. Dalam kes Liverpool pula, kami hanya mahu bermain high pressing sahaja.”

“Jadi macam itulah cara anda berkembang, langkah demi langkah dengan melakukan perkara-perkara yang lain. Sekarang kami perlu berusaha dengan lebih keras untuk menekan di bahagian tengah.”

Klopp mendakap pengurus Huddersfield, David Wagner yang juga bekas pembantunya suatu ketika dahulu di Borussia Dortmund.

“Ketika menentang Huddersfield kelmarin, bahagian tengah Liverpool bukan lah satu masalah. Masalah utama kami adalah ketika kami mempunyai bola, kami tidak menggunakannya dengan baik.”

“Anda tidak akan memenangi kejuaraan dengan hanya menggunakan bola sepak menyerang. Itu tidak mungkin. Sebab pasukan anda akan lebih terbuka dan padang juga agak besar.”

“Anda perlu lebih tersusun dan pada masa yang sama, anda perlu mencipta peluang. Saya suka untuk melihat Liverpool berusaha lebih keras dalam aspek ini.”

BACA:  'Assist Menakjubkan' - Diaz Buktikan Beliau Penandatanganan Paling Berbaloi