Tumbukan KO Berputar Beneil Dariush Idea Cetusan Seorang Kanak-Kanak

Petarung UFC, Beneil Dariush telah menghasilkan satu jatuhan tumbang atau knockout(KO) melalui satu gerakan tumbukan berputar tiada ubat dalam pertarungan Vegas 6.

Mangsa sentuhan penyudah yang brutal penuh berseni itu adalah Scott Holtzman yang terus berkicap ke kanvas octagon dan pengadil menghentikan pertarungan.

Ini merupakan kemenangan kelima berturut-turut buat Beneil Dariush dan kemenangan kali ini sungguh bergaya serta menjadi bualan ramai.

Beneil Dariush telah melepaskan tumbukan tangan kanan sebagai umpanan sebelum melancarkan jurus tumbukan berputar dengan sepantas kilat.

Jurus tumbukan berputar sepantas kilat ini nyata tidak dijangka oleh Cott Holtzman dan menghentam dagunya sekaligus menamatkan pertarungan.

Kemenangan ini telah melebarkan rekod Beneil Dariush dalam pertarungan MMA kepada 19-4-1 dan untuk UFC sahaja Dariush merekodkan 13-4-1.

Nama sebenar jurus ini dalam bahasa inggeris adalah Spinning Back Fist dalam bahasa Melayu Belakang Penumbuk Berputar.

Sebelum memakan penumbuk berputar itu, Scott Holtzman telah pun berkicap selepas dijamu dengan lutut Beneil Dariush.

Beneil Dariush telah menjadi petarung kelapan yang berjaya melakukan KO ke atas lawannya dalam sejarah UFC.

Jurus itu digunakan selepas mendapat inspirasi daripada anak kepada rakannya yang memberitahu gerakan tumbukan berputar sangat efektif dalam permainan video UFC.

“Anak member aku, Billy hantar mesej dan dia telah mencadangkan: ‘Kau kena try bantai lawan dengan tumbukan berputar. Aku dah cuba dalam permainan video dan dalam permainan itu kau lakukan dengan bagus sekali.”

“Aku pun cakap akan aku fikirkan cadangan itu dan itulah yang terjadi, Bill aku sayang kau sobat.”

Ini merupakan Knockout(KO) kedua yang diperoleh secara berturut-turut oleh Dariush dan sebelum ini agak dramatik juga Dariush memperoleh kemenangan.

Dariush terlebih dahulu terkena tumbukan padu namun tidak tumbang dan bangkit melepas tumbukan lebih berat.

BACA:  UFC Dikritik Teruk Kerana Bayar Petarung Mereka Terlalu Ciput