Komen Lama Klopp Mengenai Yuran Perpindahan Pogba Memakan Diri

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendakwa komen yang dikeluarkan beliau pada tahun 2016 berkenaan perbelanjaan melampau Manchester United masih lagi ‘betul’ walaupun Liverpool sendiri turut melakukan perkara yang sama kebelakangan ini.

Liverpool berbelanja besar dengan mendapatkan pemain pertahanan Virgil van Dijk dari Soputhampton dan penjaga gol kebangsaan Brazil, Alisson Becker dari AS Roma yang mana kedua-dua pemain tersebut dibeli pada harga rekod dunia pada posisi masing-masing.

Disebabkan perkara tersebut, Klopp menerima kritikan sinis dari pihak media kerana sebelum ini beliau sendiri pernah mengkritik tindakan Manchester United membelanjakan £89 juta untuk mendapatkan Paul Pogba.

Pada tahun 2016, Klopp mengkritik tindakan Jose Mourinho menandatangani Paul Pogba pada nilai rekod dunia. Tetapi lihatlah apa yang berlaku hari ini

Kata-kata Klopp pada tahun 2016 mengenai Manchester United kembali menjadi popular berikutan tindakan Liverpool membayar £66 juta bagi mendapatkan Alisson dari AS Roma.

Klopp pada ketika itu menekankan lebih penting untuk bersama membina pasukan daripada membelanjakan wang yang besar. Klopp juga membayangkan akan bersara jika perbelanjaan melampau untuk mendapatkan pemain menjadi normal.

“Jika kau beli pemain pada harga £100 juta dan pemain itu tercedera maka terpaksalah kau hadap. Jika hari itu tiba untuk bola sepak, maka aku tidak akan bekerja lagi kerana permainan ini melibatkan permainan berpasukan.”

“Inilah bagaimana semua orang faham tentang bola sepak. Kau sememangnya mahu yang terbaik. Tetapi membina pasukan itu perlu untuk berjaya.”

Sembang

“Sesetengah kelab akan berbelanja besar dan mengumpul pemain terbaik. Aku mahu melakukan dengan cara berbeza. Aku tetap akan memilih cara berbeza jika aku boleh berbelanja sedemikian rupa.”

Pada ketika itu juga Klopp berpendapat beliau tidak mendapat halangan untuk berbelanja besar dan hanya akan berbelanja besar hanya untuk membina pasukan. Mungkin pasukan lain belanja untuk membina rumah barangkali.

“Aku tak tahu berapa banyak wang yang boleh kami belanjakan kerana tiada yang menghalang dan berkata kepada aku ‘Tidak, kau tak boleh buat ini.'”

“Jika aku membelanjakan wang itu kerana aku cuba untuk membina pasukan, pasukan sebenar. Bercelona telah melakukannya, Kau boleh menang kejuaraan dan kau boleh menang gelaran tetapi itulah cara yang kau mahukan.”

Sembang 2

Ujar Klopp dengan penuh berprinsip dan tampak budiman yang menolak budaya belanjakan wang besar untuk membentuk pasukan. Jika terpaksa berbelanja besar pun kerana ingin membentuk pasukan, mungkin pasukan lain berbelanja untuk kebajikan.

Pada ketika itu Klopp hanya berbelanja kurang £30 juta dari harga Pogba. Namun nyata prinsip Klopp pada 2016 tidak boleh dibuat untuk membeli durian apatah lagi tempoyak. Setakat sembang tiap-tiap tahun Liverpool juara. Ye dok?

Tambah memalukan, Klopp turut berbelanja besar mendapatkan khidmat Fabinho dan Naby Keita dengan kedua-dua pemain dianggarkan berjumlah lebih £40 juta.

Dalam satu sidang media semalam, Klopp telah ditanya mengenai ucapan beliau pada tahun 2016 dan pertanyaan ini telah menyebakan Klopp tidak senang duduk.

“Itu masalahnya, apa sahaja perkara mengarut yang anda pernah cakap pada masa lepas, tiada siapa yang akan melupakannya.”

Klopp mempertahankan komennya dahulu, mendakwa dunia telah banyak berubah dan sebab itulah Liverpool juga perlu berbelanja besar

“Sebenarnya kata-kata saya pada ketika itu masih lagi betul. Cuma saya tidak dapat bayangkan dunia hari ini akan berubah dengan begitu pantas. £100 juta untuk Pogba merupakan nilai yang agak gila, tetapi sejak itu dunia telah banyak berubah.”

“Kami menandatangani penjaga gol termahal dunia dan kelab lain juga akan melakukan perkara yang sama. Ini bukannya mengenai tidak perlu membayar nilai yang tinggi untuk mendapatkan pemain. Jika Liverpool masih lagi tidak berjaya, kami perlu berusaha untuk mendapatkannya.”

“Untuk memperbaiki skuad Liverpool sekarang, kami perlu membelanjakan duit yang banyak. Setakat ini, tahun ini merupakan tahun yang baik buat kami.”

“Walaupun Liverpool mengharungi tahun yang berjaya, kami masih perlu membawa masuk pemain baru untuk menggantikan pemain yang meninggalkan pasukan ini.”

“Emre Can meninggalkan Liverpool, jadi kami melakukan urus niaga yang baik dengan mendapatkan Fabinho. Xherdan Shaqiri, anda semua nampak bagaimana beliau beraksi di Piala Dunia. Saya tahu Stoke mengalami relegasi musim lepas, tetapi Shaqiri mempunyai beberapa perlawanan yang baik.”

“Kami tidak hirau apa yang orang luar fikirkan, sama seperti Manchester United yang tidak hiraukan komen saya sebelum ini.”

Klopp tetap mempertahankan keputusannya berbelanja besar musim ini sambil menyalahkan situasi semasa perbelanjaan besar mendapatkan pemain tetapi langsung tidak menyebut akan berhenti dari bola sepak.

Ingatlah semua kata-kata Klopp bukan dari ayat kitab suci seperti mana kata-kata keramat ‘This is our year’ yang semakin kuat kedengaran. Haa tepuk!

BACA:  Tumbuk Bola Masuk Gol Sendiri, Alisson Bantu West Ham Leburkan Rekod Tanpa Kalah Liverpool