Dengan kekayaan yang melimpah ruah, tiada apa yang mustahil untuk dimiliki samada secara belian atau sewaan tidak kira apa sahaja dari rumah, kenderaan, wanita dan termasuklah lelaki bernama Cristiano Ronaldo.
Pemegang rekod penjaring terbanyak Real Madrid yang kini bersama Juventus tidak perlu diragui dan dipertikaikan lagi merupakan seorang pemain bola sepak yang tersohor di atas muka bumi ini.
View this post on InstagramBig announcement coming @cr7limitless . Any ideas?
A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on
Dengan harga yang betul dan memenuhi kehendak, anda boleh ‘menyewa’ beliau. Ini kerana, Ronaldo tidak terhad pada penajaan sahaja.
Ronaldo Untuk Disewa
Berdasarkan buku Football Leaks: The Dirty Business of Football, Ronaldo juga sedia untuk disewa. Nilai yang perlu anda belanjakan untuk tempoh selama 4 jam setengah adalah RM5.2 juta (£920,000).
Menurut buku itu, pada 2013, sebuah syarikat dari Arab Saudi telah bersetuju dan rela untuk membayar kepada Multisports & Image Management untuk mendapat hak imej Ronaldo.
Dengan harga RM5.2 juta dan tempoh 4 jam setengah, individu atau syarikat yang membayar dibenarkan untuk membuat sesi penggambaran, dua kali penggunaan nama Ronaldo di media sosial mereka beserta lima helai jersi atau pakaian yang ditandatangan Ronaldo.
Dengan bonus tambahan, syarikat dibenarkan menggunakan imej Ronaldo untuk iklan tempatan sahaja selama sehari.
Pakej sewaan ini memberi pendapatan tambahan lumayan buat Ronaldo pada ketikaitu yang menikmati pendapatan sebanyak RM2.2 juta seminggu selepas cukai.
Pendedahan yang dibuat melalui buku yang ditulis oleh wartawan Der Spiegel, Michael Wulzinger dan Rafael Buschmann ini merupakan kejutan baru dalam dunia bola sepak.
Kalau dah popular mudahnya menjemput rezeki, inilah nilai komersil yang ada pada Ronaldo dengan tidak perlu membeli gelaran datuk, doktor atau menggelarkan diri sendiri sifu.
Jika anda dengki dan iri hati dengan Ronaldo, pergilah jumpa bomoh dan santaulah beliau.
Anda terkejut dan berminat?
Sumber: Mirror
Gestifute merupakan syarikat menguruskan karier ahli sukan yang dimiliki oleh Super Ejen, Jorge Mendes telah mendedahkan bahawa pendapat Cristiano Ronaldo bagi tahun 2015 adalah sebanyak-banyaknya berjumlah RM1.06 Bilion.
Team work 🤜🏼🤛🏼 pic.twitter.com/zQbWoqjLHq
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) August 3, 2020
Dari manakah Ronaldo memperoleh pendapatan sebanyak itu? Adakah dengan menjual seluar dalam?
Dibawah kami senaraikan sumber pendapatan Ronaldo yang majoritinya berasal dari hak imejnya. Ini pada tahun 20156 sahaja, tahun seterusnya malas aku nak cari.
Bersama Juventus Ronaldo menerima gaji sekitar €30 juta semusim atau RM148.29 juta je. Kau congak la sendiri hingga tahun 2020.
Kontrak Bersama Real Madrid
Sebelum mengikat kontrak baru Ronaldo menerima gaji sebanyak RM1.6 juta (£288,000) seminggu atau RM83.5 juta (£15 juta) setahun selepas cukai.
📅 10 Years Ago Today:
👕 @Cristiano was given the number 7 shirt at @RealMadrid.
🏟 438 Games
⚽️ 450 Goals
🎯 133 Assists🏆🏆🏆🏆 Champions League
🏆🏆🏆 Club World Cup
🏆🏆 La Liga
🏆🏆 Copa del Rey
🏆🏆 Super Cup
🏆🏆 UEFA Super Cup🐐 One of the best ever. pic.twitter.com/ZDo2MZxdeH
— SPORF (@Sporf) August 3, 2020
Selepas menandatangani kontrak baru selama 5 tahun Ronaldo kini menerima RM2.03 juta (£365,000) seminggu.
Nike
Ronaldo telah ditaja oleh Nike sejak 2003 dan telah memakai lebih 60 pasang kasut Nike Mercurial versi yang berlainan. Sebelum ini Ronaldo dilaporkan menerima bayaran bersih daripada Nike sebanyak RM96.04 juta setahun.
NIKE unveils the MERCURIAL SUPERFLY CR7 SAFARI BOOTS. 🔥🔥
A boot that celebrates the 10TH ANNIVERSARY of Cristiano Ronaldo’s first player edition boot. 👏 pic.twitter.com/uPpqo4r5cf
— The CR7 Timeline. (@TimelineCR7) June 16, 2020
Akhbar Sepanyol Marca melaporkan Ronaldo menerima RM184.08 juta setahun daripada Nike. Pada awal bulan November lalu Nike telah mengikat perjanjian seumur hidup bersama Ronaldo.
Laporan dari Amerika menyebut kontrak seumur hidup Ronaldo adalah sama seperti kontrak RM4.4 bilion Nike bersama bintang NBA LeBron James.