Koyak Kena Nganjing, McGregor Petik Nama Messi Dan Ronaldo

Conor McGregor mendakwa yang beliau sebenarnya jauh lebih kaya berbanding Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sambil menceritakan tentang kemewahan yang beliau miliki.

Kesombongan beliau itu berkemungkinan untuk menutup mulut peminat yang masih mengejek dan mentertawakan aksi beliau ketika bermain baseball kemarin, sebelum perlawanan yang melibatkan Chicago Cubs.

Lontaran yang dilakukan oleh The Notorious ketika itu telah disamakan dengan lontaran yang dilakukan oleh 50 Cent ketika penyanyi rap itu diberi penghormatan yang sama dalam perlawanan melibatkan New York Mets pada tahun lalu.

Walau bagaimanapun, selepas diejek dan diketawakan, McGregor mengalih pandangan peminat dengan menceritakan tentang kemewahan dan kekayaan yang beliau miliki.

Ia jelas sememangnya sikap semula jadi McGregor yang akan berusaha menutup kelemahan beliau dengan menceritakan tentang kelebihan yang beliau miliki.

Beliau mendakwa yang dirinya berada di kedudukan paling tinggi dalam senarai Forbes untuk atlet paling kaya dan mengatasi duo bola sepak Messi dan Ronaldo.

Selain mahu menutup kisah yang memalukan di atas padang, Mcgregor juga sebenarnya mahu mengelak dari terus ditanya tentang insiden yang melibatkan beliau dengan Machine Gun Kelly di The VMA’s baru-baru ini.

Bintang UFC itu merupakan tetamu istimewa dalam perlawanan tersebut yang mana beliau diberi penghormatan untuk masuk ke padang, dan melakukan lontaran bagi merasmikan perlawanan.

Beliau walau bagaimanapun telah melakukan lontaran yang sangat teruk dan bola lontarannya hampir saja mengenai salah seorang penonton yang ada di stadium.

Melihat insiden tersebut, para peminat di media sosial tidak henti-henti menganjing petarung dari Ireland itu dan turut membandingkannya dengan 50 Cents yang sepertinya lebih lembik dari McGregor.

McGregor sepertinya koyak dengan segala ejekan dan hinaan yang beliau terima dengan beliau kemudiannya membalas semua hinaan tersebut dengan memuat naik dua video di media sosial miliknya.

“Gambar demi gambar sekadar memadamkan semua ini. Saya miliki, ketepatan, kekuatan dan terpantas di atas padang berbanding mana-mana atlet/artis sejak bertahun-tahun kebelakangan ini. Tiada perbandingan.”

Tidak cukup dengan itu, McGregor kemudiannya mula bersikap bongkak dengan menceritakan tentang segala kekayaan yang beliau miliki.

Beliau turut menegaskan tentang senarai atlet paling kaya yang dikeluarkan oleh Forbes sebelum ini.

Semuanya kerana beliau koyak dengan komen-komen hinaan yang dilemparkan ke atasnya di media sosial selepas insiden memalukan itu.

Sama seperti ketika beliau tewas dalam mana-mana perlawanan, McGregor tentunya akan mengalihkan perhatian peminat dengan menceritakan hal yang tiada kaitan hanya semata-mata untuk menyombong.

Maka dengan melakukan semua ini, beliau merasakan para peminat akan melupakan semua hal yang sudah berlalu, dan memberi tumpuan kepada isu baru yang mahu beliau ketengahkan.

Beliau sudah mula menjalani latihan berat dan berkemungkinan akan kembali ke gelanggang tidak lama lagi.

Presiden UFC, Dana White sendiri turut mengumumkan yang Conor McGregor dijangka akan kembali ke gelanggang Octagon pada tahun hadapan.

The Notorious mahu pertarungan semula bertemu Dustin Poirier, namun sepertinya petarung dari Amerika itu tidak berminat kerana mahu menumpukan kepada perlawanan yang melibatkan kejuaraan.

Jika Dustin Poirier menolak untuk bertarung semula dengan McGregor, petinju kontroversi, Jake Paul pula tidak henti-henti mahu mencuba nasib dan mencabar petarung dari Ireland itu untuk bertarung dengannya.

Beliau senantiasa mencuba untuk memancing emosi McGregor namun legenda UFC itu masih belum menunjukkan minatnya untuk melayan cabaran dari YouTuber kontroversi itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  5 Pemain Yang Mampu Memecah Dominasi Messi Dan Ronaldo