Koyak Kena Provoke, Legenda Indonesia Nekad ‘Rembat’ Penonton

Bekas pemain kebangsaan Indonesia Saktiawan Sinaga mencetus sensasi internet selepas beliau menyerang dan menendang penonton ketika sedang beraksi dalam saingan liga division ketiga Indonesia.

Pemain berusia 39 tahun itu melakukan aksi ala Eric Cantona dengan menendang penyokong yang didakwa olehnya terlebih dahulu mencetuskan provokasi.

Video Saktiawan Sinaga melakukan aksi tak bertamadun itu sedang tular di laman media sosial pada ketika ini, dengan ramai peminat yang mengkritik tindakan beliau.

Insiden tersebut berlaku ketika beliau sedang beraksi bersama Medan Utama untuk bertemu dengan Tanjungbalai United.

Kedua-dua pasukan tersebut dilaporkan beraksi di pusingan 16 terbaik dalam saingan liga division 3 zon Sumatra Utara (Sumut) di Stadion Mini Dispora Sumut, Medan petang kemarin.

Menurut sumber laporan dari beberapa media Indonesia, insiden tersebut berlaku pada pertengahan aksi babak pertama dalam perlawanan tersebut.

Situasi bermula ketika ada pergaduhan antara pemain kedua-dua pasukan di tengah padang, dengan Saktiawan dikatakan tidak henti-henti memprovikasi pemain pasukan lawan.

Melihat aksi Saktiawan yang tidak henti-henti mencari gaduh, penyokong tersebut dilaporkan menjerit mempertikaikan tindakan legenda bola sepak negara mereka itu.

Sebaik mendengar penyokong tersebut mempertikaikan tindakan beliau, Saktiawan Sinaga segera naik ke atas tempat duduk penonton, lalu beliau segera melepaskan penendang ke peha penyokong tersebut.

Tidak ada budi bicara tidak ada sesi rundingan, tidak ada tanya-tanya, tidak ada maki memaki mak kau hijau, Saktiawan terus sahaja melepaskan rembatan.

Penyokong tersebut tidak goyang walau kesemua pemain dari pasukan Medan Utama datang ke arahnya dengan beliau menunjukkan reaksi mahu melawan semula.

Saktiawan Sinaga juga sebenarnya merupakan jurulatih untuk pasukan Medan Utama.

Dia lah jurulatih dan dia jugalah pemain utama dan status beliau sebagai bekas pemain skuad kebangsaan, para peminat merasakan beliau tak sepatutnya melakukan hal tersebut.

Para peminat di media sosial menghentam aksi Saktiawan Sinaga dan menganggap beliau tak matang kerana melakukan kekasaran dungu itu.

“Woi Saktiawan, jangan berlagak dong, emang karna loe jurulatih suka-suka aja loe mau mukul orang?”

“Kasih contoh yang baiklah sama pemain muda, ngapain emosi mulu, ngak ada akhlak.”

“Apabila merasa diri udah terlalu besar, giliran dia provokasi ngak masalah, tapi giliran dia diprovokasi malah emosi. Dasar loe, pergi sana cari lawan sesuai.”

“Mungkin sudah tiba masanya untuk dia ubah sukan, sepak bola udah ngak pantas lagi untuk dia, emosi dia terlalu menguasai diri.”

“Percuma aja loe pernah wakil timbas, tindakan yang langsung tidak terpuji, memalukan woi.”

Bukan hanya peminat di media sosial, bahkan ramai penyokong lain di stadium juga turut sama bengang melihat apa yang beliau lakukan itu.

Penganjur kejohanan dan beberapa orang pegawai polis yang ada di tempat kejadian dilihat berjaya mengawal keadaan dengan menarik Saktiawan untuk kembali masuk ke padang.

Selain menendang penyokong itu, Saktiawan juga turut dihentam oleh para peminat kerana beliau dalam video tersebut dilihat memaki hamun pihak polis yang cuba meleraikan mereka itu.

Pemain pasukan lawan hanya memerhatikan sahaja insiden tersebut dengan mereka hanya berkumpul di tepi padang menunggu Saktiawan dan anak-anak buahnya turun semula ke padang.

Keputusan perlawanan tidak dapat dipastikan kerana The Sukan tak hantar wartawan untuk ulas perlawanan division ketiga liga Indonesia.

Sama ada perlawanan itu diteruskan atau tidak, Saktiawan Sinaga menghabiskan permainan atau tidak, semuanya masih tidak dapat dipastikan, namun satu hal yang pasti, beliau teruk dihentam oleh para peminat kerana melakukan aksi tidak bermoral itu.

Sumber: Lupa Pulang

BACA:  Akui Sukar Lawan Malaysia, PSSI Hubungi Portugal Untuk Perlawanan Persahabatan