Koyak Kerana Ketinggalan, Matic Pukul Curi Pemain Lawan

Nemanja Matic berjaya mengaburi mata pengadil dengan jurus pukul curinya yang tidak kelihatan.

Ilmu itu sangat luar biasa, di zaman VAR sekalipun Matic langsung tidak ditangkap melakukan kesalahan itu.

Dalam aksi antara Manchester United berdepan dengan West Ham, Matic diberikan jawatan ketua pasukan.

Sebagai kapten haruslah menunjukkan semangat kesukanan dan teladan yang tinggi. Malangnya Matic geram melihat rakan rakan dia di barisan serangan yang terus gagal mendapatkan gol.

Adapun, hanyalah aksi kelakar Bruno Fernandes cuba mencuri ayam bola yang dijatuhkan pengadil dari tengah padang.

Jika Fernandes curi ayam, Matic pula pukul curi. Dia telah mengasari Coufal dengan melutut peha pemain itu dengan gaya ong bak.

Bahagian yang dikasari Matic itu berdekatan dengan bahagian sumber zuriat manusia. Mujur tak kena bahagian itu. Kerana ada satu bahagian pada lelaki yang tersangat sensitif bila disentuh.

Di manakah bahagian itu, mahukah kau tahuuuuuuu…..

Aksi Matic itu mengundang marah di kalangan penyokong West Ham yang tiba tiba ramai pada hari ini.

Di mana mereka meminta tindakan retrospektif diambil. Tindakan rertrospektif ni tak sama dengan koleksi retro tau, ini tindakan atau hukuman yang diambil selepas insiden semasa perlawanan dibuka semula menerusi penilaian video.

Saksikan aksi pukul curi Matic yang penuh helah dan licik sekali persis Nur Sajad yang lolos sampai ke Thailand.

Walaupun Matic sudah membuka kungfunya, Manchester United tetap kalah juga. Macam tak ada makna je tindakannya yang seperti itu.

BACA:  Inilah Pesanan Berjiwa Liverpool Trent Alexander Arnold Selepas Dipilih Southgate