Kroos Berang Selepas Wartawan Menanyakan Soalan Sampah Kepadanya

Pemain midfield Real Madrid, Toni Kroos bengang dengan salah seorang wartawan yang menanyakan dua soalan sampah (menurut Kroos) kepadanya selepas tamat aksi perlawanan akhir saingan Champions League.

‘Adakah beliau terkejut Liverpool mendominasi perlawanan?’ merupakan antara soalan yang ditanya oleh wartawan dan Kroos turut tidak mahu meneruskan sesi temu bual tersebut.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu sah dinobatkan sebagai juara saingan Champions League musim ini di Stade de France selepas kejayaan mereka menewaskan Liverpool 1-0.

Liverpool yang sebelum ini dianggap sebagai calon kegemaran untuk muncul juara itu berjaya mendominasi permainan sejak dari awal sepak mula hingga ke akhir permainan.

Thibaut Courtois sememangnya berada di tahap persembahan terbaiknya dalam perlawanan ini dengan beliau cemerlang menyelamatkan percubaan-percubaan merbahaya dari kem Liverpool.

Real Madrid sendiri turut beberapa kali berjaya menguji gawang gol Liverpool dan pada minit ke-59 permainan, selepas kerja bagus yang dilakukan oleh Federico Valverde, Vinicius Jr tenang meledak gol kemenangan untuk Los Blancos.

Ia jelas sekali persembahan yang sungguh luar biasa mantap dari pemain penyerang Brazil itu, yang telah mempamerkan aksi terbaiknya sepanjang musim ini.

Madrid berjaya mengekalkan kedudukan 1-0 itu sehingga tamat perlawanan, walaupun jentera serangan Liverpool tak henti-henti menguji gawang gol mereka.

Selepas wisel penamat dibunyikan, Toni Kroos bergaduh dengan media Jerman dalam satu sesi temu bual, selepas wartawan tersebut bertanya tentang perasaannya melihat Liverpool mendominasi perlawanan.

Pemain midfield berusia 32 tahun itu jelas sekali tidak gembira dengan dua soalan dari wartawan itu.

“Kamu ada 90 minit dan kamu tampil dengan dua soalan sampah.”

Jelas Kroos menurut akaun twitter, @LGAmbrose.

“Dua soalan negatif, dan kamu dah tunjukkan yang kamu Jerman.”

Pengguna media sosial tampil membincangkan hal tersebut dengan ada yang menyokong dan ada yang menghentam Toni Kroos.

“Kamu bermain sepanjang perlawanan dan kamu masih ada simpan sesuatu lagi untuk ajar media yang tak menghormati pemain. Hebat!”

“Toni Kroos semakin matang dan dia buat tindakan yang tepat, media tak boleh sesuka hati mahu bertanya apa saja soalan kepada pemain tanpa memikirkan perasaan mereka.”

“Dia baru saja bantu Real Madrid menjuarai saingan Champions League tapi dia ditanya soalan dungu tentang Liverpool dominasi permainan. Wartawan itu memang sengaja menguji kemarahan dia.”

“Saya rasa Toni Kroos terlalu berlagak, ia agak keterlaluan kerana wartawan itu tanya soalan berdasarkan apa berlaku di atas padang. Saya tak rasa soalan itu mengganggu.”

“Apa masalah dengan soalan itu? Memang Liverpool dominasi permainan dan wartawan itu hanya tanya adakah dia terkejut atau tidak, saya rasa itu soalan biasa saja.”

Kroos bukanlah satu-satunya pemain Real Madrid yang mencetuskan sensasi bersama media hari ini ketika sesi temu bual selepas tamat perlawanan.

Selepas mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa dasyat hingga membantunya memenangi anugerah pemain terbaik, Thibaut Courtois turut tampil memberi kenyataan pedas kepada peminat.

Penjaga gol utama Real Madrid itu menegaskan yang beliau sebenarnya tak dapat penghormatan yang selayaknya dari semua pihak dan mahu dirinya lebih dihormati.

“Saya nampak banyak tweets yang menyatakan saya akan berdepan masalah.”

Jelas Courtois.

“Tapi sebaliknya yang berlaku hari ini.”

“Hari ini saya perlu menang perlawanan akhir, untuk karier saya, untuk semua kerja keras saya, untuk dapatkan penghormatan untuk diri saya sendiri kerana saya tak rasa saya dah cukup dihormati, terutama sekali di England.”

“Saya nampak banyak kritikan yang menyatakan saya tak cukup bagus atau apa saja seperti itu.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Perez Anggap Ronaldo Bukanlah Pembelian Terbaik Real Madrid Abad Ini