Perez Anggap Ronaldo Bukanlah Pembelian Terbaik Real Madrid Abad Ini

Florentino Perez mendakwa yang Cristiano Ronaldo bukanlah penandatanganan terbaik Real Madrid sejak 22 tahun terakhir ini.

Hal itu telah didedahkan sendiri oleh ejen kepada pemain yang Perez namakan sebagai pembelian terbaik Real Madrid pada abad ini.

Cristiano Ronaldo pernah menjaringkan 450 gol untuk Real Madrid, 127 gol lebih banyak dari rekod yang dicatatkan oleh legenda kelab, Raul.

Beliau merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab dan kerana itulah ramai yang menganggap beliau sebagai antara legenda terhebat sepanjang zaman kelab.

Walau bagaimanapun, menurut sumber laporan dari ejen kepada Toni Kroos, Presiden Real Madrid itu sebenarnya merasakan yang pemain midfield Jerman itu adalah pembelian yang lebih baik untuk Real Madrid di abad ini.

“Dia seorang individu yang sungguh luar biasa menyenangkan dengan dia juga ada kisah hidup yang sangat menarik.”

Jelas ejen kepada pemain midfield Jerman itu, Volke Struth yang memetik kata-kata dari Perez ketika bercakap di OMR-Podcast tahun lalu.

“Dia seorang ahli perniagaan tapi masih lagi seorang manusia biasa. Dia jelaskan kepada saya tentang mengapa Kroos dianggap sebagai pembelian terhebat abad ini.”

Struth menyatakan tentang hal tersebut pada tahun lalu, dengan Kroos kini membuktikan tentang dakwaan tersebut selepas kejayaan beliau menjulang gelaran Champions League kelima beliau.

Pemain kebangsaan Jerman yang kini berusia 32 tahun itu merupakan antara pemain terpenting yang membantu Real Madrid menjulang gelaran Champions League pada musim lalu.

Beliau merupakan watak penting yang membantu Los Blancos menewaskan Liverpool di pentas perlawanan akhir pada musim lalu.

Beliau walau bagaimanapun tidak gembira dengan sikap yang ditunjukkan oleh media Jerman selepas tamat perlawanan akhir tersebut.

Beliau telah didatangi oleh seorang penemu bual dari Jerman yang mempertikaikan kualiti permainan Real Madrid dan mempersoalkan tentang kejayaan Los Blancos menjuarai saingan Champions League.

Kroos benar-benar tak gembira dengan kenyataan tersebut dan beliau jelas sekali bengang dengan soalan-soalan yang keluar dari mulut wartawan itu.

Kroos Berang Selepas Wartawan Menanyakan Soalan Sampah Kepadanya

Pemain midfield Real Madrid, Toni Kroos bengang dengan salah seorang wartawan yang menanyakan dua soalan sampah (menurut Kroos) kepadanya selepas tamat aksi perlawanan akhir saingan Champions League.

‘Adakah beliau terkejut Liverpool mendominasi perlawanan?’ merupakan antara soalan yang ditanya oleh wartawan dan Kroos turut tidak mahu meneruskan sesi temu bual tersebut.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu sah dinobatkan sebagai juara saingan Champions League musim ini di Stade de France selepas kejayaan mereka menewaskan Liverpool 1-0.

Liverpool yang sebelum ini dianggap sebagai calon kegemaran untuk muncul juara itu berjaya mendominasi permainan sejak dari awal sepak mula hingga ke akhir permainan.

Thibaut Courtois sememangnya berada di tahap persembahan terbaiknya dalam perlawanan ini dengan beliau cemerlang menyelamatkan percubaan-percubaan merbahaya dari kem Liverpool.

Real Madrid sendiri turut beberapa kali berjaya menguji gawang gol Liverpool dan pada minit ke-59 permainan, selepas kerja bagus yang dilakukan oleh Federico Valverde, Vinicius Jr tenang meledak gol kemenangan untuk Los Blancos.

Ia jelas sekali persembahan yang sungguh luar biasa mantap dari pemain penyerang Brazil itu, yang telah mempamerkan aksi terbaiknya sepanjang musim ini.

Madrid berjaya mengekalkan kedudukan 1-0 itu sehingga tamat perlawanan, walaupun jentera serangan Liverpool tak henti-henti menguji gawang gol mereka.

Selepas wisel penamat dibunyikan, Toni Kroos bergaduh dengan media Jerman dalam satu sesi temu bual, selepas wartawan tersebut bertanya tentang perasaannya melihat Liverpool mendominasi perlawanan.

Pemain midfield berusia 32 tahun itu jelas sekali tidak gembira dengan dua soalan dari wartawan itu.

“Kamu ada 90 minit dan kamu tampil dengan dua soalan sampah.”

Jelas Kroos menurut akaun twitter, @LGAmbrose.

“Dua soalan negatif, dan kamu dah tunjukkan yang kamu Jerman.”

Pengguna media sosial tampil membincangkan hal tersebut dengan ada yang menyokong dan ada yang menghentam Toni Kroos.

“Kamu bermain sepanjang perlawanan dan kamu masih ada simpan sesuatu lagi untuk ajar media yang tak menghormati pemain. Hebat!”

“Toni Kroos semakin matang dan dia buat tindakan yang tepat, media tak boleh sesuka hati mahu bertanya apa saja soalan kepada pemain tanpa memikirkan perasaan mereka.”

“Dia baru saja bantu Real Madrid menjuarai saingan Champions League tapi dia ditanya soalan dungu tentang Liverpool dominasi permainan. Wartawan itu memang sengaja menguji kemarahan dia.”

“Saya rasa Toni Kroos terlalu berlagak, ia agak keterlaluan kerana wartawan itu tanya soalan berdasarkan apa berlaku di atas padang. Saya tak rasa soalan itu mengganggu.”

“Apa masalah dengan soalan itu? Memang Liverpool dominasi permainan dan wartawan itu hanya tanya adakah dia terkejut atau tidak, saya rasa itu soalan biasa saja.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ronaldo Beri Ucapan Motivasi Kepada Pemain United Sebelum Mereka Bedal Newcastle