Wartawan Ini Namakan Toni Kroos Dan Vinicius Jr Pemain Terburuk Piala Dunia

Seorang wartawan bernama, Cristina Cubero telah menamakan Toni Kroos dan Vinicius Jr sebagai pemain terburuk prestasinya di Piala Dunia 2022 Qatar yang telah menutup tirainya.

Bercakap dalam Rancangan TV Sepanyol El Chiringuito, wartawan Cristina Cubero telah ditanya tentang siapakah pemain terburuk di Piala Dunia dan jawapannya sangat mengejutkan dunia.

Lebih menarik apabila Cristina Cubero telah memberikan jawapan pertamanya adalah Vinicius Junior dari Brazil, pemain yang menjaringkan satu gol dan mencipta dua bantuan gol.

Kemudiannya Cristina Cubero memberi jawapan yang meyakinkan apabila menyebut keseluruhan pasukan Jerman malangnya menamakan Toni Kroos sebagai contoh yang langsung tidak masuk akal.

“Sesiapa sahaja dari pasukan Jerman, seorang [Toni] Kroos sebagai contoh”. Ujar Cristina Rubero.

Video yang dimuat naik pengguna Twitter bernama Alex Porcel ini telah mendapat dua 11.2 juta tontonan. Dengan status mengejer, Alex Porcel menulis:

“Cristina Cubero mengatakan bahawa PEMAIN TERBURUK dalam PIALA DUNIA ialah VINICIUS, yang menjaringkan 1 GOL, memberikan 2 ASSIST dan mengambil bahagian secara langsung dalam 2 lagi gol untuk Brazil, dan KROOS, yang BERSARA dari pasukan Jerman 18 BULAN yang lalu. 👏👏👏”

Walaupun ada kemungkinan bahawa komen Cristina Cubero terjadi kerana silap menyebut nama dan dia sebenarnya sedar tentang ketiadaan Kroos yang sudah lama dalam pasukan kebangsaan Jerman.

Pemain Real Madrid itu pantas membalas bola tanggung itu di Twitter untuk terus menjadikan video itu satu sensasi baru di Internet. Toni Kroos secara berseloroh membalas dengan menyertakan video itu:

“Saya tahu seseorang akan menyalahkan saya 😂”,

Kali terakhir Toni Kroos beraksi di peringkat antarabangsa bersama pasukan kebangsaan Jerman adalah di EURO 2020 sebelum mengumumkan persaraan dari arena antarabangsa pada Julai 2021.

Menyedari kesilapannya itu, Cristina Cubero telah memohon maaf kepada Toni Kroos melalui ciapan kembali di laman Twitter dan mengakui dia sangat meminati Toni Kroos.

Cristina Cubero memulakan ayatnya dengan ketawa seperti mahu menutup malu yang sudah dilihat 11 juta orang hanya di satu video tidak termasuk video-video diupload akaun media sosial yang lain.

“Hahahahahahaha maaf Toni. Kekaguman yang mendalam untuk anda. Saya rasa pilihan anda (pasukan Jerman) mengecewakan.”

“Tetapi penghormatan kepada orang anda.”

Cristina Cubero sendiri telah berkongsi video itu sambil memberi penjelasan bahawa dia tersilap menyebut nama Toni Kroos kerana sebenarnya mahu menamakan Thomas Muller.

Dalam pada itu Cristina Cubero sentiasa betul dan tidak pernah salah apabila tetap dengan jawapan bahawa Vinicius Jr pemain terburuk bagi seorang Brazil.

“Awak betul. Saya salah. Maksud saya Muller. Dan bagi saya Vinicius adalah kekecewaan yang sama seperti Brazil. Terima kasih.”

Menurut bio di akaun Twitter Cristina Cubero menjelaskan dia adalah seorang wartawan sukan membuat liputan di 7 Piala Dunia, 5 Sukan Olimpik, 9 perlawanan akhir Champions Leagu dan 8 Superbowl.

Seorang wartawan sukan yang berpengalaman luas dalam pelbagai cabang sukan bukan hanya setakat bola sepak tetapi melakukan kesilapan seperti itu. Mungkin hanya tersilap sebut.

Bab Vinicius tu dia dah mempertahankan kenyataan kira betul la tu kan?

BACA:  Toni Kroos Anggap Penyokong Jerman Jenis Tak Reti Bersyukur