Pemain Lawan Terpelanting Ditiup Angin, Tetapi Kroos Yang Dihukum Kad Kuning

Pemain midfield Real Madrid, Toni Kroos bengang selepas beliau dilayangkan kad kuning paling dungu dalam sejarah dunia bola sepak.

Beliau dihukum tanpa melakukan kesalahan dan kerana itulah kad kuning itu dianggap paling dungu dalam sejarah.

Beliau sekadar difitnah mengasari pemain lawan, Jose Morente sedangkan Kroos langsung tidak menyentuh bintang Elche itu.

Real Madrid turun beraksi bertemu Elche dalam aksi saingan Copa Del Rey dengan Los Blancos berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung selama 120 minit itu.

Aksi 90 minit pertama berakhir dengan kedua-dua pasukan gagal untuk menjaringkan sebarang gol dan menyebabkan permainan dilanjutkan ke tambahan masa.

Elche kemudiannya berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-103 permainan menerusi Gonzalu Verdu seterusnya menghidupkan peluang mereka untuk mara ke peringkat suku akhir.

Real Madrid pada ketika itu terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas Marcelo dilayangkan dengan layangan kad merah.

Walau bagaimanapun, Real Madrid berjaya melakukan comeback yang cukup bergaya dengan mereka cemerlang meledak dua gol untuk menewaskan Elche 2-1.

Isco dan Eden Hazard berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan tersebut, seterusnya mengesahkan kemenangan 2-1 berpihak kepada Real Madrid.

Dek kerana kekurangan minit permainan bersama skuad Real Madrid sejak kebelakangan ini, jelas sekali Hazard boleh berbangga kerana berjaya menjaringkan gol selepas dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan ini.

Walau bagaimanapun, kisah Hazard berjaya menjaringkan gol selepas dimasukkan sebagai pemain gantian, mahupun Marcelo di layangkan kad merah, sepertinya masih belum cukup menarik untuk menjadi topik perbualan hangat para peminat selepas tamat perlawanan.

Para peminat lebih berminat untuk membincangkan tentang insiden yang melibatkan Toni Kroos pada aksi babak kedua dalam perlawanan tersebut.

Toni Kroos telah dilayangkan kad kuning kerana beliau didakwa menarik, tackle atau mengasari pemain sayap Elche, Tete Morente.

Walau bagaimanapun, pemain kebangsaan Jerman itu sebenarnya langsung tidak menyentuh Tete dan beliau jelas sekali difitnah melakukan hal yang tidak beliau lakukan.

Tete Morente pada ketika itu sedang cuba untuk mempamerkan skill untuk menggelecek pemain Real Madrid, namun ketika beliau melakukan turn, beliau seolah-olah ditiup angin dan jatuh terpelanting mencium tanah.

Kroos pada ketika itu berada di hadapan Tete dan reaksi bintang Elche itu menunjukkan yang beliau seolah-olah ditarik atau ditackle dengan teruk dari belakang.

Ketika pengadil membunyikan wisel, Kroos segera menafikan beliau ada menyentuh bintang Elche itu, namun pengadil merasakan yang pemain Jerman itu menipu dan tanpa teragak-agak beliau terus melayangkan kad kuning.

Jelas sekali pemain midfield Real Madrid itu bengang kerana dilayangkan kad kuning atas kesalahan yang sama sekali beliau tidak lakukan.

Para peminat di media sosial turut hangat memperdebatkan tentang hal tersebut, dan mereka merasakan yang Kroos tak sepatutnya dihukum atas insiden tersebut.

β€œSaya rasa sudah cukup jelas yang Kroos memang langsung tak sentuh dia, dan memang patut dja marah pengadil membunyikan wisel, jadi kenapa dia dapat kad kuning?”

β€œSaya rasa ini adalah kad kuning paling bodoh dalam sejarah, dia jatuh sebab ditiup angin, tapi pengadil boleh terpedaya, saya rasa pengadil ni buta.”

β€œKalau saya di tempat Kroos saya juga akan kecewa dan bengang, macam mana pengadil boleh salahkan dia sedangkan dia langsung tak sentuh pemain lawan?”

β€œAdakah masuk akal untuk Kroos dilayangkan kad kuning atas kesalahan yang beliau tak lakukan? Mengapa pengadil boleh beri dia kad kuning dan abaikan pemain Elche?”

β€œTete Morente yang sepatutnya dilayangkan kad kuning atau merah kerana cuba memperdaya pengadil, kenapa Kroos yang kena? Pengadil tak rujuk VAR?”

Real Madrid sebelum ini baru sahaja menjulang kejuaraan Spanish Super Cup selepas mereka menewaskan Athletic Bilbao 2-0 dalam aksi perlawanan akhir.

Kini mereka berjaya menewaskan Elche pula untuk mara ke aksi suku akhir saingan Copa Del Rey dan sudah tentu Real Madrid mahu sedaya upaya menjulang kejuaraan domestik kedua mereka itu pada musim ini.

Real Madrid juga sedang mendahului carta saingan liga pada ketika ini dengan mengumpul 49 mata, empat mata mengatasi Sevilla yang sedang berada di kedudukan kedua.

Los Blancos juga masih ada dalam saingan Champions League, dengan mereka selepas ini akan turun beraksi bertemu Paris Saint Germain di pusingan 16 terbaik.

Jelas sekali Real sedang berpotensi untuk menyapu bersih semua Piala yang dipertandingkan pada musim ini, dan sudah tentu mereka bakal lakukan yang terbaik untuk mencapai sasaran kelab itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Tular Reaksi Toni Kroos Menganjing Mason Mount Selepas Tamat Aksi Di Santiago Bernabeu