Tular Reaksi Toni Kroos Menganjing Mason Mount Selepas Tamat Aksi Di Santiago Bernabeu

Tular satu video pada ketika ini yang memperlihatkan bagaimana Toni Kroos menganjing Mason Mount selepas kejayaan Real Madrid menyingkirkan Chelsea dari saingan Champions League.

Sebenarnya kedua-dua mereka sudah terlibat dengan aksi ejek mengejek sejak dari musim lalu lagi yang mana pada ketika itu Chelsea berjaya singkirkan Madrid dari saingan Champions League.

Lebih manis lagi untuk Mason Mount, beliau musim lalu mampu menganjing Kroos hingga ke akhir musim selepas kejayaan beliau membantu Chelsea untuk menjuarai saingan Champions League pada ketika itu.

Awal minggu lalu, Real Madrid berjaya untuk membalas dendam atas tersingkirnya mereka pada musim lalu dengan menyingkirkan Chelsea pada musim ini.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu cemerlang menewaskan Chelsea dengan keputusan aggregate 5-4 untuk mengesahkan tempat beraksi di peringkat separuh akhir.

Chelsea sebenarnya mendahului aksi di Santiago Bernabeu dengan keputusan 3-0 sebelum Rodrygo dan Karim Benzema meledak dua gol penting yang membawa Madrid ke peringkat separuh akhir.

Selepas wisel penamat dibunyikan, Kroos dilihat mengejek Mason Mount dengan meniru gaya yang sedang dilakukan oleh bintang England itu.

Selepas beberapa hari, barulah tular video tersebut di media sosial yang mana Kroos jelas sekali memanfaatkan kesempatan yang ada untuk menganjing bintang Chelsea itu.

Perseteruan antara kedua-dua Kroos dan Mason Mount sudah bermula sejak aksi pertembungan antara kedua-dua mereka dalam saingan Champions League musim lalu.

Real Madrid turun bertemu Chelsea di peringkat separuh akhir dengan gergasi Premier League itu cemerlang mencatatkan kemenangan 3-1 dalam perlawanan tersebut.

Bercakap menjelang aksi leg kedua pada ketika itu, pemain midfield kebangsaan Jerman itu mendedahkan bahawa:

“Dalam tempoh 15 tahun karier bola sepak saya, saya tak pernah hilang tidur.”

Jelas Kroos.

“Mereka tunjukkan di Madrid yang mereka bermain sebagai satu pasukan. Mereka ada jurulatih dari Jerman jadi hal itu tak mengejutkan saya. Mereka bertahan dengan bagus dan ada kelajuan di bahagian hadapan. Semua itu kekuatan mereka.”

Mount kemudiannya tampil membalas semula kenyataan tersebut dan menganjing Kroos selepas kejayaan mereka mencatatkan kemenangan tahun lalu.

“Saya nampak ada pemain dia yang sebelum ini kata dia tidor nyenyak secara individu.”

“Tapi sebagai satu pasukan, mereka memang perlu tak cukup tidor untuk berdepan kami. Kami berikan segalanya, kami bertahan untuk hidup.”

Kroos kemudiannya membalas semula kenyataan tersebut dengan menyatakan:

“Masih tidor nyenyak. Tapi tahniah untuk semalam. Syabas. Selamat maju jaya untuk aksi perlawanan akhir Champions League pertama kamu.”

Musim ini, selepas menewaskan Chelsea di peringkat suku akhir, skuad kendalian Carlo Ancelotti itu perlu turun berdepan Manchester City di peringkat separuh akhir.

Real Madrid sepertinya sudah hampir pasti untuk menjuarai saingan La Liga musim ini, namun masih belum jelas sama ada mereka akan mampu atau tidak untuk menjulang gelaran Eropah ke-14 kelab pada musim ini.

Mereka jelas sekali perlu berusaha sehabis daya untuk mencapai sasaran itu dek kerana laluan mereka untuk ke aksi perlawanan akhir sendiri sebenarnya sangat sukar.

Manchester City merupakan finalis pada musim lalu dan mereka juga dianggap sebagai pasukan kegemaran untuk menjuarai kempen pada musim ini.

Seandainya mereka berjaya menewaskan Man City, Real Madrid perlu berdepan antara Villarreal atau Liverpool di pentas perlawanan akhir nanti.

Mampukah mereka untuk cipta sejarah menjulang gelaran Champions League ke-14 pada musim ini? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Perez Anggap Ronaldo Bukanlah Pembelian Terbaik Real Madrid Abad Ini