Toni Kroos Anggap Penyokong Jerman Jenis Tak Reti Bersyukur

Pemain midfield Jerman, Toni Kroos telah ditemu bual buat pertama kali selepas beliau mengumumkan untuk bersara dari saingan bola sepak antarabangsa.

Hal pertama yang beliau bincangkan adalah dengan mengkritik para penyokong Jerman yang tidak pandai menghargai bakat beliau.

Kroos telah turun beraksi bersama skuad Jerman dalam aksi kekalahan 2-0 bertemu England di pusingan 16 terbaik saingan Euro 2020 kemarin.

Sehari selepas tersingkirnya Jerman dari saingan Euro 2020, bintang Real Madrid itu telah mengumumkan tentang persaraan beliau dari pentas bola sepak antarabangsa.

Terbaru, Kroos telah ditemu bual oleh BILD dan beliau telah menjelaskan tentang mengapa dirinya membuat keputusan untuk meninggalkan skuad kebangsaan Jerman.

sepanjang kariernya di pentas bola sepak antarabangsa, Kroos telah membuat 106 penampilan dalam tempoh 11 dan membantu negaranya untuk memenangi gelaran Piala Dunia pada tahun 2014.

Walau bagaimanapun, Kroos percaya kebanyakkan peminat tidak sedar betapa bagusnya beliau dan tidak pandai menghargai bakat pemain.

Dalam temu bual tersebut, Kroos mendedahkan bahawa:

โ€œSaya tak mahu tuduh sesiapa di Jerman kerana ramai antara mereka yang menghargai saya, tapi ada masa saya rasa macam axa yang tak menghargai perjuangan saya selama 11 tahun ini.โ€

โ€œDi Sepanyol ia berbeza, semua orang berbangga dengan saya sejak perlawanan pertama saya 7 tahun lalu.โ€

Bintang berusia 31 tahun itu menyertai Real Madrid dari Bayern Munich pada tahun 2014 dan beliau telah menjadi salah seorang pemain midfield terhebat kelab.

Beliau berjaya membantu Real Madrid memenangi dua gelaran La Liga, tiga kejuaraan Champions League termasuk satu bersama Bayern Munich.

Bergandingan bersama Luka Modric dan Casemiro, Kroos tidak dinafikan merupakan salah seorang pemain midfield terhebat dalam dunia bola sepak.

Kroos mengumumkan keputusannya itu menerusi satu muat naik yang menyentuh hati di media sosial dengan menyatakan:

โ€œSaya beraksi bersama Jerman sebanyak 106 kali. Tapi selepas ini tidak akan ada lagi.โ€

โ€œSaya ada pengharapan yang tinggi, dan saya sudah memberikan segalanya, saya sepatutnya akan habiskan karier antarabangsa dengan 109 perlawanan dan memenangi Piala yang besar, European Championship, yang sepatutnya jadi penamat kepada karier saya.โ€

โ€œSaya sudah buat keputusan untuk berhenti selepas kejohanan ini sejak lama dahulu lagi. Ia sangat jelas untuk saya terangkan, yang mana saya tidak akan terlibat dengan Piala Dunia 2022 di Qatar.โ€

โ€œTerutama sekali kerana saya mahu beri tumpuan pada matlamat saya bersama Real Madrid untuk tempoh beberapa tahun ke depan. Sebagai tambahan, bermula sekarang saya boleh membiasakan diri saya untuk tidak terlibat dengan skuad kebangsaan selepas 11 tahun saya melakukan hal tersebut.โ€

โ€œDan tambahan pula, sebagai suami dan seorang ayah, saya juga mahu sentiasa ada bersama isteri dan tiga anak saya.โ€

โ€œIa merupakan satu kebanggaan kepada saya untuk memakai jersi ini dalam tempoh yang cukup lama. Saya lakukannya dengan bangga dan bersemangat.โ€

โ€œTerima kasih kepada semua peminat dan penyokong yang ada dan terus menyokong saya dengan tepukan dan sorakan. Dan terima kasih atas semua kritikan yang diberikan kerana ia memberi motivasi kepada saya.โ€

Harapan untuk Jerman terus bangkit masih ada sinarnya selepas ini, dengan Joachim Low akan digantikan oleh Hansi Flick.

Kross kemudiannya menyambung ucapan beliau dengan menyatakan:

โ€œDi penghujung ini saya mahu mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Jogi Low. Dia jadikan saya pemain kebangsaan dan Juara Dunia. Dia percayakan saya. Kami sudah bersama-sama mencipta kejayaan sejak dahulu lagi.โ€

โ€œIa merupakan satu kebanggaan untuk saya, selamat maju jaya untuk Jerman dan Hansi Flick.โ€

Sumber: SB

BACA:ย  Kroos Berang Selepas Wartawan Menanyakan Soalan Sampah Kepadanya