Kyle Walker Adakan Parti Liar Sewaktu Lockdown

Kyle Walker menjadi pemain bola sepak terbaru yang meingkari perintah berkurung oleh pihak kerajaan.

Pihak kerajaan UK menggesa seluruh rakyatnya agar berkurung dirumah dan keluar hanya ada keperluan terpenting sahaja.

Hal ini terjadi kerana UK kini diancam oleh penularan wabak Covid-19 yang semakin memburuk.

Ramai juga yang mengingkari perintah dari pihak kerajaan dan masih bergerak bebas seperti biasa.

Sebelum ini Jack Grealish ditangkap ingkar arahan. Terbaru Kyle Walker pula melakukan hal yang sama.

Sehari selepas beliau menasihati para peminatnya agar duduk dirumah untuk memutuskan rantaian virus Covid-19, pemain pertahanan Manchester City itu ditangkap mengadakan parti liar selama tiga jam menurut The Sun.

Walker dan rakannya telah mengajak dua escorts ke kediamannya dan berniat mahu melakukan parti liar.

Louise McNamara,21 tahun dan seorang gadis Brazil berusia 24 tahun berkunjung ke apartment mewah milik Walker di Hale, Cheshire.

Dua wanita itu berkunjung ke apartment mewah Walker kerana mereka menerima undangan khas dari pemain pertahanan Manchester City itu.

Menurut Louise, beliau tiba ke apartment itu pada jam 10.30 malam selasa menggunakan perkhidmatan taxi.

Sehari sebelum Walker membuat kenyataan dan pesanan kepada para peminatnya untuk terus berada dirumah.

“Saya bekerja dengan sebuah agensi di Manchester, saya menerima sms dari boss yang mengatakan seorang pelanggan berprofil tinggi mahu mendapatkan seorang gadis yang classy.”

“Saya mengambil teksi dari Manchester menuju ke alamat diberi, dan ada seseorang mengambil saya diluar lalu membawa saya masuk ke dalam apartment.”

“Kemudian kawannya keluar bertemu saya. Seorang lagi rakan saya masih berada di dalam kereta.”

Louise menceritakan bagaimana beliau masuk ke apartment mewah Walker.

Walker sehabis daya mencuba untuk sembunyikan identiti beliau. Namun Louise berjaya mengambil beberapa keping gambarnya pada malam itu.

“Saya tidak tahu siapa dia ketika itu. Tetapi saya ada ambil beberapa keping gambarnya.”

Jelas Louise.

Walker dan rakannya membayar dua gadis tersebut £2,200 secara tunai.

Selepas menyedari kesilapannya, pemain kebangsaan England itu meminta maaf kerana tidak menjaga penjarakan sosial.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf secara terbuka atas kesalahan yang saya lakukan minggu lalu.”

Walker mengeluarkan kenyataan pada malam sabtu lalu.

“Saya memahami posisi saya sebagai seorang pemain bola sepak profesional harus bertanggungjawab menjadi model ikutan umum.”

“Saya juga mahu memohon maaf kepada keluarga, rakan, kem Manchester City, para peminat dan masyarakat kerana membuat semua kecewa.”

“Ramai hero diluar sana sekarang sedang berkorban dan bertarung nyawa untuk membantu masyarakat. Saya sangat mengagumi dan menyokong mereka sepenuhnya.”

Dan terkini menurut Guardian, pemain pertahanan Manchester City itu dalam penyiasatan ekoran dari insiden itu.

” Manchester City sedar tentang berita yang kini tersebar mengenai kehidupan peribadi Kyle Walker, beliau telah melanggar peraturan penjarakan sosial yang diarahkan oleh kerajaan.”

“Pemain bola sepak merupakan global role model dan kebanyakkan pemain menunjukkan sokongan dalam menyokong usaha dari NHS dan mereka yang terlibat dalam menangani virus Covid-19.”

“Tindakan Kyle Walker agak memalukan dan beliau akan dikenakan tindakan disiplin dari pihak kami.”

Jelas dari wakil Manchester City.

BACA:  Walker Percaya Guardiola Mampu Bantu Beliau Jadi Bek Kanan Terbaik Dunia