Penyerang muda Perancis, Kylian Mbappe dikatakan agak bengang dengan jawapan yang diberikan rakan sepasukan dan seposisi, Olivier Giroud dalam satu sidang media selepas perlawanan persahabatan menentang Bulgaria, dan dia dikhabarkan mahu mengadakan sidang media yang panas untuk membalas kenyataan Giroud tersebut.
Penyerang Chelsea, Giroud, diturunkan pada separuh masa kedua dan menjaringkan gol di lewat permainan ke atas anak buag Yasen Petrov, menjelang perlawanan pertama Euro menentang Jerman dalam tempoh kurang seminggu lagi. Dalam sidang media tersebut, dia telah menuduh rakan sepasukannya itu tidak mahu menghantar bola kepadanya.
Kalau ikutkan, keputusan perlawanan berpihak kepada Les Blues dengan Antoine Griezmann turut muncul sebagai penjaring dalam kemenangan 3-0 tersebut, tetapi komen Giroud menukar kegembiraan menjadi kepanasan.
Kylian Mbappé was angry on Tuesday night following Olivier Giroud's comments that certain individuals weren't passing to him frequently enough – he felt so attacked & so angry, that he wanted to appear in a press conference to make a statement, according to L'Équipe.
— Get French Football News (@GFFN) June 9, 2021
Apa yang Giroud cakap tu?
Selepas wisel penamat, bekas penyerang Arsenal dan Montpellier itu memberitahu wartawan,”Kadang-kadang kau lakukan larian tapi bola tak sampai. Mungkin kalau kami saling nampak antara satu sama lain, haaa tu dia.”
Adalah dipercayai penyerang berusia 34-tahun itu membuat komen yang tidak berlapik itu terhadap Mbappe.
Malah, media Perancis, L’Equipe mengatakan bahawa penyerang Paris Saint Germain itu tersangatlah marah dengan komen Giroud dan mahu meluahkannya kepada umum.
Pengurus Perancis, Didier Deschamps enggan menuduh atau membela mana-mana pemain dalam komennya selepas perlawanan dalam usaha dia cuba menenangkan keadaan dan meredakan khabar angin tentang pergaduhan tersebut.
Olivier Giroud 6 goals away from beating Thierry Henry’s all-time goal scoring record for France.🇫🇷⚽️ pic.twitter.com/zgZx7UAtUb
— PF | Transfer News (@PurelyFootball) June 8, 2021
“Kalau kau terima bola setiap kali lepas kau minta, sama je,” katanya.
“Yang menyerang duk kata, ‘aku buat larian, tapi salah pemain tengah.’ Pemain tengah pula duk kata ke penyerang.
“Kadang-kadang hantaran bola tu tak sampai, kadang-kadang disebabkan pergerakan.
“Tapi ni bukan aku nak kata ke Mbappe atau siapa-siapalah.”
Dalam perlwanan tersebut, Mbappe kelihatan tidak gembira selepas dikeluarkan ketika perlawanan berlangsung.
Mbappe Legit don’t rate Giroud, man walks away wen Giroud scores https://t.co/4pLyCU6jjz pic.twitter.com/EeQq9tGyLy
— CapPulisic ➐ ☆ ☆ (@CapPulisic) June 10, 2021
Penyerang muda PSG tersebut dituduh mempunyai perangai pentingkan diri sendiri oleh bekas pemain kebangsaan Perancis, Johan Micoud.
“Jadi memalukan tau tak, walaupun lepas dia dikeluarkan,” kata Micoud selepas perlawanan.
“Kau main dua perlawanan pemanas badan sahaja, perlawanan elok je dan bila mana dia dikeluarkan dah jadi macam pasukan tengah ketinggalan 4-0.
“Kekecewaan tu..kadang-kadang, bukan semua benda pasal kau.”
Micoud mewakili Perancis sekitar tahun 1997 sehingga 2004, dan melakukan sebanyak 17 penampilan sahaja. Hal ini kerana Micoud bermain di posisi yang sama dengan lagenda, Zinedine Zidane.
Untuk rekod, kali terakhir Perancis memenangi Kejohanan Eropah atau Euro adalah pada tahun 2000 di mana mereka menewaskan pasukan Itali 2-1.
Dalam perlawanan tersebut, Itali terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Marco Delvecchio pada minit ke-56. Ketika piala dilihat hampir pasti dibawa pulang ke Rom, Sylvian Wiltord muncul penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 96, sekaligus memaksa perlawanan dibawa ke masa tambahan.
Pada tahun tersebut, peraturan gol emas masih digunapakai dan melalui peraturan itulah Euro 2000 dibawa pulang ke Paris.
Ketika perlawanan masa tambahan masuk ke minit ke-13, penyerang Perancis yang dibawa masuk menggantikan Youri Djorkaeff, David Trezeguet, telah merembat deras bola ke gawang Itali, sekaligus mengecewakan pasukan Azzuri dan membuatkan penyokong dan barisan Perancis bersorak kegembiraan.
Tahun ini Perancis dilihat sebagai pasukan pilihan. Tapi tak tahu lah, kan.
Entah-entha kumpulan pun tak lepas.
Berita : SportBible