Lagenda bola sepak Jerman yang berjaya membawa pasukan Die Mannschaft ke perlawanan akhir Piala Dunia 2002, Michael Ballack, mendakwa pasukan tersebut tidak mempunyai pemain yang mencukupi untuk menewaskan England dalam pusingan dalam pusingan 16-pasukan nanti.
Bekas pemain tengah Bayern Munich dan Chelsea itu yang telah melakukan 98 penampilan buat pasukan Jerman dalam tempoh 11 tahun itu juga turut memperlekeh kemampuan Joachim Low, jurulatih Jerman.
Kenyataan tersebut dibuat selepas dia melihat aksi Jerman yang agak terkial-kial ketika mereka seri 2-2 dengan Hungary dalam perlawanan terakhir kumpulan F tempoh hari.
#OnThisDay in 2⃣0⃣0⃣2⃣
🇩🇪 🆚 🇰🇷 1-0
⚽️ Michael @Ballack#FlashbackFriday | #WorldCup | @DFB_Team pic.twitter.com/SfvauCSBtq— UEFA.com DE (@UEFAcom_de) June 25, 2021
Malam tersebut merupakan malam yang sukar buat anak buah Low di mana pada satu ketika, mereka berada di tangga terbawah kumpulan yang turut dibarisi oleh Portugal dan Perancis, selepas dua kali ketinggalan.
Tetapi gol daripada pemain yang bakal menjadi lagenda Chelsea, Kai Havertz dan juga Leon Goretzka akhirnya membawa pasukan ini menempah tiket ke pusingan 16-pasukan.
Ballack kemudiannya memberi komen tentang peluang Jerman menentang pasukan Tiga Singa nanti.
“Kita selalu mengalami kesukaran bila kita bertemu negara yang mempunyai mental yang kuat dan bagus ketika situasi satu lawan satu,” ujar Ballack kepada The Sun.
“Kita ada beberapa pemain yang ada karakter macam ni, tapi tak cukup ramai.
“Malangnya kita ada ramai pemain yang tak reti nak belajar jadi fleksibel sikit dalam permainan. Diorang terpaksa main habis-habisan dalam situasi sukar bila diorang perlukan kemenangan dengan buat apa sahaja berbanding merancang untuk menang.”
FT: Germany 2-2 Hungary.
GERMANY QUALIFY! pic.twitter.com/IrPgeXeLGI
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) June 23, 2021
Bukan setakat itu sahaja, malah Ballack turut menghambur kecaman kepada pengurus Jerman, Low.
“Secara umumnya aku rasa elok juga kalau ada orang yang boleh bagi idea kalau diorang yakin dengan idea tu.
“Tapi aku dapat rasa yang Jogi Low ni hanya akan buat benda yang betul kalau ada orang di luar pasukan kebangsaan yang bagitahu tentang buat perubahan.
“Dia tak patut rasa sentap lah atau tengok tu sebagai satu benda yang tak bagus bila dia perlu ubah itu ini nanti.”
🇩🇪El exmediocampista, Michael Ballack, analizó a la selección alemana en fase de grupos.
Esto dijo sobre los jugadores y del entrenador👇https://t.co/dvL4MCYHRZ
— ESPN Guatemala (@ESPN_GT) June 25, 2021
Bek sisi Jerman, Joshua Kimmich, walaubagaimanapun berasa sangat yakin menjelang pertemuan menarik tersebut dan mengatakan ‘ada lagi perlawanan yang lagi teruk’ daripada England.
Selepas perlawanan menentang Hungary,Kimmich telah mengulas sebab apa dan bagaimana mereka terkontang-kanting ketika bertemu pasukan tersebut sampai mereka dua kali ketinggalan.
“Kitorang tak tekan sangat Hungary, jadi ada banyak benda yang boleh kitorang baiki lagi,”ujar pemain berusia 26 tahun itu kepada pihak media dalam satu sidang media selepas perlawanan.
“Kitorang juga ada masalah sikit dalam nak cipta peluang, kitorang gagal masuk ke belakang barisan pertahanan dan tak berada di posisi yang baik bila hilang bola.
“Kitorang bagi Hungary banyak sangat ruang kosong – kesilapan yang sama kitorang buat masa lawan Perancis dan Portugal.
“Hungary main sebijik macam yang kami jangka, kitorang cuma barai bila tiada bola. Ini bukanlah satu benda yang kitorang nak tunjuk, terutamanya masa tak ada bola, tapi juga masa menguasai bola.
“Kitorang tak ada idea yang bernas, tak mampu fokus betul-betul untuk dapatkan bola balik cepat-cepat, tak boleh nak tekan pihak lawan untuk buat silap.
“Kita juga tak berada di posisi yang betul atau membentuk rangka yang betul, dan tak boleh nak benda tu langsung. Jadi susahlah untuk semua orang dan kitorang tak jad ancaman langsung pun.
Nobody is talking about how Germany got a perfect replacement for Philip Lahm, in Joshua Kimich. Kimich is so mature and efficient
— ⭐⭐unner (@OJ_Stunner) June 19, 2021
“Tapi lawan England ni akan jadi satu benda yang lain terus, lawan yang betul-betul lain dan akan menggunakan sistem yang lain.
“Ada banyak lagi perlawanan yang lagi teruk berbanding lawang England di Wembley. Aku rasa kitorang mampu buat yang terbaik dan berjaya.”
Nampak yakin sekali Kimmich di situ. Dia tak tahu Harry Kane saja je simpan kuku dalam perlawanan peringkat kumpulan tu.
Berita ; sportBIBLE