Laporan Perubatan Tony Ferguson Selepas Perlawanan Menentang Gaethje

Tony Ferguson baru saja tewas untuk kali pertama dalam tempoh lapan tahun ini kepada Justin Gaethje dalam satu pertarungan yang hebat di UFC 249.

Ferguson tidak mampu untuk terus mempamerkan kecemerlangannya dalam gelanggang. Beliau gagal untuk mempertahankan sabuk kejuaraan interim yang dimilikinya.

Dalam perlawanan penuh epik di Florida itu, Gaethje dilihat berjaya mendominasi hampir kesemua lima pusingan dalam pertarungan tersebut.

Gaethje berjaya melepaskan lebih dari 100 serangan ke arah lawannya, Tony, sehingga akhirnya beliau di berikan kemenangan secara TKO.

Rumusan perlawanan Tony VS Gaethje

Ferguson dan Gaethje memulakan pertarungan dengan penuh berhati-hati namun sesekali Gaethje melepaskan juga tumbukan kearah lawannya.

Selepas menerima beberapa siri tumbukan dari Gaethje yang tepat mengenai mukanya, Ferguson akhirnya menjadi lebih ofensif.

Pusingan kedua pula memperlihatkan Tony Ferguson berjaya melepaskan beberapa siri tumbukan kearah Gaethje.

Serangan yang dilancarkan oleh Ferguson berjaya diserap dengan tenang oleh Gaethje dan pertarungan dipusingan kedua terlihat seimbang dengan kedua-dua petarung saling berbalas serangan.

Pusingan ketiga dilihat lebih terbuka dan dalam pusingan ini lah Tony terkena tumbukan padu dari Gaethje yang menyebabkan mata kanannya membengkak.

Tidak cukup dengan mata kanannya yang bengkak, kecuaian Tony menyebabkan mata kirinya pula menjadi sasaran tumbukan padu Gaethje.

Menyedari kelebihan yang dimiliki oleh Gaethje, Ferguson tiada pilihan lain untuk menang selain dari kemenangan dengan membuatkan lawannya KO.

Namun untuk memecahkan dominasi Gaethje dalam perlawanan ini bukanlah hal yang mudah. Ferguson tetap di serang dengan bertubi-tubi dan beliau terpaksa lebih bertahan berbanding menyerang.

Tetapi kekentalan yang ditunjukkan oleh Tony Ferguson juga harus dihormati, beliau terus kekal bertahan dan tidak tersungkur dengan mudah hasil serangan dari Gaethje.

Ferguson dua kali mengalami pendarahan dalam perlawanan ini dan itu menunjukkan bahawa Gaethje jelas sedang mendahului perlawanan.

Ferguson menerima lebih banyak siri serangan dari Gaethje dan beliau masih teguh berdiri menunjukkan bertapa dirinya bukan sebarangan lawan.

Seperti semua sedia maklum senjata utama Ferguson adalah dengan menggunakan sikunya, tetapi dalam perlawanan ini beliau langsung tiada kesempatan untuk menggunakan senjata utamanya itu.

Berdasarkan kiraan mata ketika itu, jelas Ferguson tidak mampu untuk menandingi Gaethje. Maka kerana itu lah beliau semakin tertekan kerana satu-satunya cara untuknya menang adalah dengan melakukan KO keatas lawannya.

Gaethje berjaya memanfaatkan kesempatan dengan memanipulasi tekanan pada Ferguson dengan terus mengasak lawannya itu dan terus memberi Tony tekanan.

Gaethje melepaskan beberapa siri tumbukan satu dua ke arah Tony yang jelas sudah tidak berdaya untuk menyerap asakan darinya dan hanya mampu untuk cuba melarikan diri saja dari diserang.

Gaethje akhirnya melepaskan satu tumbukan padu yang membawa kepada kemenangan TKO untuknya.

Laporan kesihatan Tony Ferguson

Presiden UFC Dana White dalam satu sidang media selepas itu mengesahkan Ferguson mengalami kecederaan orbital [kawasan mata] ketika pertarungan.

Hasil dari laporan perubatan selepas Ferguson dikejarkan ke hospital, beliau telah disahkan mengalami keretakan pada soket mata.

Dengan keadaan sebegitu, tidak pasti bagaimana Ferguson mampu bertahan dan meneruskan pertarungan dengan Gaethje.

Berdasarkan perkongsian Ferguson di Instagram milknya, nyata beliau tidak patah semangat walaupun mengalami kecederaan yang agak parah pada kali ini.

Kenyataan Tony Ferguson

“Saya melalui sesi latihan yang panjang. Saya bersedia sejak dari November. Tarikh asal pada 18hb tidak menjadi Kenyataan.”

Jelas Ferguson kepada Joe Rogan selepas perlawanan.

“Justin [ Gaethje] adalah satu-satunya yang mahu tampil berlawan. Ia kem yang panjang. Tindakan menurunkan berat badan tidak ada kaitan dengan [kekalahan ini]. Justin adalah lawan yang sukar.

“Saya terlalu focus untuk menentang Khabib, sampai saya langsung tidak melakukan persediaan untuk berlatih menyerang. Apa boleh buat, saya lebih rela memilih untuk menghabiskan apa yang sudah saya mulakan berbanding mencari pengganti untuk mengambil alih tugas saya.”

“Saya akan segera bangkit dan kembali memenangi sesuatu. Tahniah Kepada Justin Geathje dan pasukannya dan terima kasih kerana sudi berlawan dengan saya.”

Bunyi macam tak puas hati dengan Khabib je kan?

BACA:  Kenali Rakan Khabib Berbaju Merah Yang Menyerang McGregor Di Dalam Octagon