Lee Zii Jia Dedah Banyak Belajar Dari Lee Chong Wei

Juara kejohanan Badminton paling tua di dunia, All England, Lee Zii Jia telah mendedahkan bahawa beliau banyak berlajar dari pemain badmintong legenda dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Lee Zii Jia merupakan harapan baru badminton Malaysia selepas bersaranya Lee Chong Wei pada tahun 2019 selepas berdepan dengan masalah kesihatan.

Lee Chong Wei telah memegang gelarang pemain nombor satu dunia untuk tempoh 359 minggu dan telah memenangi 69 gelaran juara sepanjang karier beliau.

Setahun ada 52 minggu, oleh sebab itu 359 minggu bersamaan 6.9 tahun dan jika dibundarkan menjadi 7 tahun. Lejen!

Pada perlawanan akhir All England, Lee Zii Jia berjaya menewaskan juara bertahan dan juga pemain nombor dua dunia dari Denmark, Viktor Axelsen di permainan rubber game.

Walaupun disebut-sebut sebagai pemain yang bakal menggantikan Lee Chong Wei dan akan meneruskan legasi besar yang ditingglakn Lee Zii Jia nyata tidak selesa.

Tidak Mahu Jadi Chong Wei

Anak kelahiran Alor Setan Kedah itu mahu semua pihak membandingkan beliau dengan Lee Chong Wei yang mempunyai karier yang mengagumkan dan mahu menjadi diri sendiri.

“Setiap masa orang ramai membandingkan saya dengan Lee Chong Wei, jadi aku cuba untuk ambil peduli perkara ini.”

“Saya hanya mahu menjadi diri sendiri dan menumpukan perhatikan kepada perkara perlu saya lakukan.”

Walaupun mempunyai nama keluarga yang sama dengan Chong Wee iaitu Lee kedua-dua pemain ini tidak mempunyai sebarang pertalian persaudaraan.

Lee Zii Jia juga menjelaskan bahawa Lee Chong Wei sentiasa memberi sokongan penuh kepada beliau dan sentiasa ada untuk beliau.

“Beliau akan sentiasa ada untuk saya. Saya sangat gembira dan sangat berterima kasih kepada beliau.”” Dedah Zii Jia.

“Saya tidak mahu menjadi Lee Chong Wei.”

Lee Zii Jia mahu menjadi pemain terbaik dunia tetapi tidak mahu menjadi Lee Chong Wei yang tiada galang ganti dan perkara ini pasti akan memberi tekanan kepada pemain muda itu.

“Sangat sukar, pada mulakan saya fikir mampu mengawal situasi ini kerana dengan tiba-tiba terlalu banyak tekanan dan terlalu banyak harapan diletakkan kepada saya kerana semua orang mula bercakap tentang saya dan Datuk Lee Chong Wei.”

“Saya masih muda dan sudah pasti kurang pengalaman malah saya tidak sebagus Datuk Lee Chong Wei.”

Harapan terlalu tinggi mula diletakkan di bahu Lee Zii Jia dan pada fikiran peminat Lee Zii perlu menang dalam semua kejohanan disertai, sama seperti ibu bapa yang mahu anak dapat straight A.

Bila semuanya tidak terjadi seperti yang dimahukan orang ramai maka Lee Zii Jia disalahkan dan secara tidak langsung tekanan datang.

“Bila saya kalah, orang ramai salahkan saya. ‘ Kenapat saya tidak boleh jadi macam Lee Chong Wei yang selalu menang’. Dari situ saya mula rasa terlalu banyak tekanan ke atas saya.’

“Jadi saya bagitahu diri saya. Saya tidak mahu jadi Lee Chong Wei. Mungkin saya juga tidak boleh jadi seperti Lee Chong Wei dalam perjalanan karie.”

“Saya hanya mahu jadi diri sendiri/”

Bila harapan terlalu tinggi diletakkan secara tiba-tiba atas seseorang maka tekanan akan hadir tanpa batas.

Lee Zii Jia Belajar dari Lee Chong Wei

Sejak menjadi pemain badminton profsional, Lee Zii mengakui bahawa beliau banyak belajar daripada Lee Chong Wei dan masih banyak lagi yang perlu beliau pelajari untuk menjadi pemain tebaik dunia.

Lee Zii Jia mengakui bahawa beliau paling kagum dengan semangat dan kekuatan mental Lee Chong Wei serta beliau masih lagi dalam proses pembelajaran untuk mendapatkan kekuatan mental.

Semangat dan kekuatan mental yang dimiliki Lee Chong Wei ini merupakan salah satu acuan yang Lee Zii Jia mahu ada pada dirinya.

“Saya fikir ada satu benda yang dimiliki Lee Chong Wei dan semua orang tahu, semangat – semangati tidak pernah berputus ada. Bahasa badan beliau di gelanggang sangat kuat.”

“Saya fikir itu merupakan satu perkara yang saya mahu ada dalam gelanggang. Setakat ini saya fikir saya tidak mempunyai perkara itu sekarang saya harap saya dapat memilikinya suatu hari nanti.”

Mungkin Lee Zii Jia tidak menyedari bahawa beliau telah menampilkan semangat dan kekuatan mental yang tinggi ketika menentan Viktor Axelsen ketika di final.

Selepas ini apa yang perlu dilakukan Lee Zii Jia mengekalkan momentum itu dan meningkatkan lagi ke tahap tertinggi agar sentiasa konsisten.

Nasihat Lee Chong Wei Kepada Lee Zii Jia

Lee Chong Wei yang akan mengepalai perarakan pasukan Malaysia di sukan Olimpik Tokyo2020 selaku chef-de-mission pernah memberi nasihat kepada Lee Zii Jia untuk menjadi seorang pemain badminton yang hebat.

Nasihat Lee Chong Wei ini diberikan kepada Lee Zii Jia menjelang kejohanan All England 2021 yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham.

Pemain badminton legenda itu telah menceritakan keperitan beliau untuk menjadi yang terbaik.

“Tak mudah, saya telah berada di sana dan telah melakukannya sebelum ini. Saya telah mengalami saat kehilangan keyakinan untuk beberapa kejohanan sebelum saya berjaya menemui jalan untuk mengatasi tekanan dan mula mendapat rentak.” Ujar Chong Wei kepada Bernama.

Menurut Zii Jia, Chong Wei merupakan seorang senior yang baik dan tidak lokek untuk diminta nasihat dan pandangan.

“Beliau seorang senior yang baik, beliau pernah cakap sebelum ini kepada saya, bila-bila masa dan di mana saja. Jika saya ada masalah boleh telefon dan mungkin boleh bertemu. Sudah pasti beliau akan tolong.” Dedah Jii Zia.

Satu nasihat paling berguna yang diberikan Chong Wei kepada Zii Jia sangat ringkas namun jarang orang dapat melakukannya.

“Nasihat beliau berikan kepada saya pada masa lepas ‘Jurulatih hanya mampu tolong awal 20 peratus je dalam karier, baki 80 peratus tu atas diri sendiri.”

“Semuanya atas diri sendiri, awak tak boleh hanya bergantung dengan jurulatih dan berharap jurulatih membantu awak sepanjang masa.”

“Kadang kala bila awak sengsara, awak kena berdepan dengan diri sendiri.”

“Saya fikir, beliau cuba beritahu saya mungkin saya perlu lebih berdisiplin dan berusaha keras dengan diri sendiri. Itulah nasihat beliau beri kepada saya.”

Semuanya kembali kepada diri sendiri untuk berjaya kerana semua sudah tersedia untuk Zii Jia meningkatkan permainan dan memperbaiki kesilapan dengan mempunyai sikap yang baik serta disiplin yang tinggi.

Sumber : Olympic Channel

BACA:  Sukan Asia: Lee Zii Jia Menang Mudah, Belasah Zefi Mourinho 21-0 Di Set Pertama