Legenda England Dihentam Teruk Kerana Menzalimi Penyokong Kanak-kanak

Legenda bola sepak England, Paul Gascoigne teruk dihentam oleh para peminat selepas beliau dilihat menzalimi salah seorang penyokong kanak-kanak.

Beliau ketika itu kononnya mahu bergurau dengan menjemput kanak-kanak tersebut masuk ke padang dan tidak lama selepas itu beliau dilihat dengan sengaja telah menjatuhkan penyokong cilik tersebut.

Legenda England itu turun beraksi untuk Rangers dalam satu perlawanan amal bertemu skuad kesebelasan terbaik pilihan Luis Figo.

Beliau berjaya menjaringkan gol dalam 10 minit aksinya sebagai cameo dalam perlawanan tersebut.

Agak menakjubkan untuk melihat ‘Gazza’ kembali mencatat nama sebagai penjaring gol, namun telah berlaku satu insiden lain yang mengubah keadaan menjadi lebih buruk.

Dek kerana kedunguan sendiri, kejayaan beliau menjaringkan gol dilupakan sebaliknya aksi dungu yang beliau lakukan lebih mencuri perhatian peminat.

Gascoigne dilihat menjemput seorang penyokong cilik untuk masuk ke padang di Ibrox dan kononnya beliau mahu kanak-kanak itu melakukan sesuatu.

Kanak-kanak itu berlari sambil membawa bolanya sendiri dan Gascoigne memintanya untuk berdiri di arah bertentangan di atas padang di mana beliau sedang berdiri.

Kanak-kanak tersebut dengan riang mahu berlari, namun legenda berusia 54 tahun itu dengan tiba-tiba membentes kakinya dan menyebabkan penyokong cilik itu jatuh tersembam.

Kanak-kanak itu mengambil masa yang agak lama untuk kembali bangun dengan Gascoigne melambai-lambai ke arah penyokong sambil ketawa seolah-olah peminat terhibur dengan hal tersebut.

Berbanding memastikan budak itu berada dalam keadaan terbaik, beliau bahkan sekadar membantunya untuk berdiri, dan sekadar membiarkan sahaja staff lain yang memeriksa keadaan penyokong cilik tersebut.

Ketika petugas sedang membantu kanak-kanak tersebut untuk kembali bangun, Gascoigne dilihat menyepak bola keluar dari padang.

Para peminat rata-rata faham niat sebenar legenda Tottenham Hotspur itu mahu bergurau, namun cara beliau itu sepertinya sedikit tak sesuai.

“Adakah dia rasa ia lucu? Menjatuhkan budak itu dan ketawakan dia ketika dia sedang kesakitan? Dia tak lakukan sesuatu untuk pujuk budak tu semula?”

“Budak tu masuk bersemangat kerana dia dipanggil, tapi apa yang Gascoigne lakukan? Bergurau seperti itu dengan seorang kanak-kanak?”

“Saya tak nampak sisi kelakar perbuatan dia tu, cuba bayangkan kalau itu anak dia, adakah dia terima orang buat anak dia macam tu?”

“Gurauan yang agak keterlaluan dan saya rasa dia tak patut bergurau sampai tahap itu, lepas budak tu jatuh, adakah itu je yang dia lakukan? Ini yang kita sanjung sebagai legenda?”

“Ya, seorang legenda menunjukkan contoh paling keji dengan melakukan hal seperti itu terhadap penyokong kanak-kanak. Sungguh memalukan.”

Gascoigne masuk menggantikan Michael Mols pada minit ke-80 permainan dengan beliau mendapat standing ovation dari para penyokong seluruh stadium.

Bekas pemain midfield Tottenham Hotspur itu pernah menghabiskan waktu selama tiga tahun di Scotland pada tahun 1995 hingga 1998.

Tidak lama selepas beliau dimasukkan, beliau berjaya menjaringkan gol menewaskan bekas penjaga gol Premier League, David James.

Jika dilihat rakaman ulang gol jaringan beliau itu, jelas sekali David James memainkan peranan paling penting dalam menghasilkan gol tersebut.

Walau bagaimanapun, gol tersebut tak cukup untuk membantu Rangers kerana mereka akhirnya tewas 3-2 di tangan skuad pilihan Luis Figo itu.

Shota Arveladze membuka tirai jaringan untuk pasukan Rangers, sebelum Carlos Marchena, Nuno Gomes dan Ricardo Quaresma menjaringkan gol untuk skuad Figo.

Gol jaringan Gascoigne sekadar mampu membantu Rangers untuk merapatkan defisit dengan perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 3-2.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Southgate Sedar Diri, England Bukanlah Pasukan Yang Mempunyai Sejarah Gemilang