Leonardo Jardim Kembali Ke Pangkuan Monaco Selepas 3 Bulan Dipecat Kelab Yang Sama

Monaco melantik kembali bekas pengurus, Leonardo Jardim sebagai pengurus Monaco yang baru menggantikan tempat Thierry Henry yang baru dipecat beberapa hari yang lalu.

Jardim sendiri pernah dipecat Monaco pada Oktober tahun lepas selepas melalui permulaan musim yang agak teruk.

Monaco mengaku kesilapan mereka memecat Jardim secara terburu-buru

Walau bagaimanapun, pengganti beliau, Henry gagal melaksanakan tugas dengan baik dan ia telah membuka ruang untuk Jardim kembali ke pangkuan Monaco buat kali ke-2.

Monaco kini berada di tangga ke-19 dalam Ligue 1, dan hanya mampu mengutip 15 mata dari 21 perlawanan setakat ini.

Naib Presiden Monaco, Vadim Vasilyev menerangkan keputusan untuk melantik kembali Jardim walaupun baru sahaja memecat pengurus tersebut 3 bulan yang lalu.

“Kelab ini sedang melalui fasa yang amat mencabar. Saya bersedia untuk mengaku yang saya bertanggungjawab atas apa yang berlaku terhadap Monaco sekarang.”

Gandingan Fabregas dan Henry berpisah sekali lagi

“Kami sedia maklum mengenai apa yang terjadi dalam jendela perpindahan pemain musim panas lalu. Kami menjual terlalu banyak pemain utama dan walaupun berbelanja besar, beberapa kesilapan dilakukan dalam mencari pengganti.”

“Ini menyebabkan kami gagal untuk mencipta sebuah pasukan baru yang kompetitif. Keputusan untuk memecat Jardim juga diambil dalam keadaan yang terburu-buru.”

“Sepanjang Leonardo Jardim menguruskan AS Monaco, seperti yang pernah saya cakap sebelum ini, akan diingati sebagai salah satu jilid paling berjaya dalam sejarah kelab ini.”

“Hari ini kami sedar perjalanan Jardim bersama kelab ini tidak berakhir seperti yang dikehendaki. Jardim sepatutnya diberi peluang untuk meneruskan kerjanya.”

Jardim berdepan tugas sukar membawa Monaco keluar dari zon relegasi

“Henry merupakan lagenda dalam bola sepak tetapi disebabkan keadaan yang tidak diingini, termasuk kecederaan yang berlaku terhadap ramai pemain, ia menyebabkan Henry gagal dalam membimbing pasukan ini dengan lebih berkesan untuk mengeluarkan Monaco dari krisis.”

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Henry kerana menerima cabaran untuk cuba membimbing bekas pasukan beliau untuk keluar dari fasa yang penuh mencabar ini.”

“Henry sepatutnya diberikan lebih banyak masa untuk melaksanakan rancangannya. Dari perspektif kami pula, malangnya kami tidak mempunyai tempoh masa tersebut. Kami perlu bertindak sekarang dan tidak mampu berlengah lagi.”

“Disebabkan itu, kami mengambil keputusan untuk menamatkan kerjasama kami dengan Henry.”

Buat masa sekarang, pembantu pengurus Frank Passi akan mengambil alih sesi latihan pasukan buat sementara waktu sementara kelab mengumumkan pengurus baru. Passi pernah menjadi pengurus sementara untuk Marseille dan Lille sebelum ini.

Ini merupakan kali pertama Henry menceburkan diri dalam bidang pengurusan sebagai pengurus. Sebelum ini beliau menjadi pembantu kepada Roberto Martinez dalam skuad kebangsaan Belgium.

Sebelum dilantik menjadi pengurus Monaco, Henry juga dikaitkan dengan jawatan pengurus di Aston Villa tetapi memilih untuk memulakan karier pengurusannya bersama kelab pertama beliau iaitu Monaco.

BACA:  Monaco Pecat Henry Walaupun Baru Mengambil Alih Pasukan Selama 3 Bulan