Bekas Pemain Perancis Dakwa VAR Sama Seperti Hubungan Seks Tanpa Nikmat

Bekas pemain antarabangsa Perancis, Bixente Lizarazu telah menggambarkan teknologi VAR sebagai ‘melakukan seks tanpa merasai nikmat’ selepas melihat Monaco tewas secara kontroversi di tangan Paris Saint-Germain dalam final Coupe de la Ligue semalam.

Dalam aksi final tersebut, Monaco ditewaskan PSG dengan jaringan 3-0 bagi memenangi piala tersebut untuk 5 musim berturut-turut.

Mbappe dijatuhkan dalam kotak penalti, tetapi pengadil mengubah keputusan sebanyak dua kali sebelum membuat keputusan

Perlawanan tersebut juga disertai dengan insiden kontroversi meibatkan penggunaan teknologi ‘Video Assistant Referee’ atau lebih dikenali sebagai VAR.

Dua gol PSG disumbangkan oleh penyerang antarabangsa Uruguay, Edinson Cavani manakala satu gol lagi djaringkan oleh Angel Di Maria.

Gol pembukaan perlawanan dihasilkan melalui sepakan penalti yang disempurnkan oleh Cavani. Tetapi penalti tersebut dianugerahkan selepas pengadil mengambil masa yang agak lama untuk menganalisa ulang tayang sebelum membuat keputusan.

Pengadil perlawanan, Clement Turpin pada mulanya memberikan penalti kepada PSG selepas Kylian Mbappe dijatuhkan dalam kotak penalti. Selepas perbincangan dengan pembantu pengadil, beliau dilihat seperti mengubah keputusannya tersebut.

Tanpa Neymar, Cavani muncul hero PSG dengan dua gol

Walaubagaimanapun, Turpin meminta bantuan VAR untuk melihat ulang tayang insiden tersebut dan akhirnya mengubah sekali lagi keputusannya lalu memberikan penalti kepada PSG.

Selain insiden penalti tersebut, Radamel Falcao juga melihat gol jaringannya dibatalkan kerana offside. Tetapi ulang tayang VAR menunjukkan Falcao berada sangat rapat dengan garisan pertahanan dan tidak offside.

Lizarazu yang menonton perlawanan tersebut di stadium berasa sangat kecewa dengan beberapa kontroversi yang berlaku sepanjang perlawanan akhir yang diadakan di Bordeaux itu.

“VAR ni seperti melakukan seks tanpa merasa kenikmatan. Ketika peminat bersorak gembira menyambut gol, anda diminta berhenti seketika. Itulah yang dirasai peminat yang berada di stadium.”

“Peminat Monaco bersorak gembira selepas Falcao menjaringkan gol. Mereka berasa sangat gembira dan tiba-tiba mereka diminta untuk berhenti bersorak. Perkara sebegini sangat mengecewakan.”

Bermain sebagai bek kiri untuk Perancis. Pernah menjulang Liga Juara-Juara bersama Bayern Munich

“Peminat tidak terlibat dalam apa-apa perkara, seperti mereka tidak penting. Para peminat mahu turut serta dalam perlawanan tersebut, tapi mereka tidak dibenarkan berbuat demikian.”

“Kita perlu menggunakan bantuan video dengan lebih baik. Video tersebut sepatutnya ditunjukkan kepada semua pihak, termasuk yang berada di stadium dan mereka yang menonton di kaca televisyen. Peminat harus turut serta dalam perlawanan.”

Lizarazu pernah bermain bersama Bayern Munich dan Bordeaux sepanjang bergelar pemain. Di peringkat anatarabangsa pula, beliau merupakan sebahagian dari skuad emas Perancis yang berjaya memenangi Piala Dunia 1998 dan Kejohanan Eropah 2000.

Tengok sendiri perlawanan akhir ni. Nikmat ke tidak?

BACA:  Ejen FIFA Dedah Liverpool Sedia Tawarkan €300 Juta Untuk Mbappe Ke Anfield