Lepas Kutuk Liverpool, Kini Arsenal Pula Minta Ditunda Atas Alasan Yang Sama

Sebelum ini penyokong Arsenal mengutuk Liverpool yang meminta penundaan aksi separuh akhir pertama Piala Carabao yang sepatutnya berlangsung di Emirates.

Liverpool memohon penundaan tersebut kerana kurang 14 pemain atas beberapa alasan termasuk kuarantin, kecederaan dan penggantungan.

Peminat Arsenal mulai melancarkan kecaman ke atas Liverpool yang dianggap takut nak bertemu Arsenal tanpa Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Selain itu, penyokong Arsenal mengecam dan menuduh Liverpool sebagai memalsukan pemain yang terkena covid.

Seterusnya, Liverpool yang kehilangan pemain ke Afcon membuatkan skuad mereka menipis dan kurang 14 pemain. Dalam peraturan Piala EFL, ianya berbeza dengan Piala FA. Di mana EFL meningkut peraturan EPL. Apabila sesebuah pasukan gagal menyediakan 14 pemain dalam pasukan utama atas faktor kecederaan, kuarantin dan lain lain, mereka boleh memohon penundaan aksi.

Lalu Liverpool memohon penundaan aksi. Walaupun Liverpool kerap menurunkan kanak kanak wechat dalam aksi mereka musim ini. Namun hanya Tyler Morton sahaja yang dikira pemain senior daripada skuad pembangunan kerana pernah beraksi dalam EPL. Pemain skuad pembangunan yang sekadar bermain di Piala FA atau Piala Carabao tidak dikira sebagai pemain utama.

Oleh sebab Liverpool tidak cukup pemain maka, mereka diberikan restu untuk menunda aksi.

Kini Arsenal menggunakan alasan yang serupa. Kecederaan dua pemain mereka dalam aksi di Anfield pada aksi separuh akhir pertama Piala Carabao iaitu Bukayo Saka dan Cedric Soares telah menambahkan lagi senarai kecederaan Arsenal.

Hanya seorang pemain dikuarantin kerana wabak ketika ini iaitu Martin Odegaard.

Seterusnya Arsenal hilang 4 pemain yang pergi ke Piala AFCON iaitu Aubameyang, Thomas Partey, Pepe dan juga Elneny.

Lebih memburukkan keadaan, Granit Xhaka digantung perlawanan. Lebih tak masuk akal, di kala pasukan mereka semakin tak ramai pemain, Arsenal meminjamkan Maitland Niles dan Bolagun ke kelab lain.

Ianya telah membuatkan Arsenal hanya ada 13 pemain ketika ini. Dengan Premier League mengesahkan bahawa Arsenal sudah menghantar rayuan rasmi untuk menunda aksi berdepan dengan Tottenham Hotspur pada Ahad ini.

Aksi derbi Utara London itu akan dibincangkan oleh lembaga pengarah Premier League dalam mesyuarat mereka hari ini. Dan keputusan akan diberitahu kepada kedua dua kelab.

Difahamkan, ada beberapa pemilik kelab mulai mempersoalkan permintaan Arsenal kerana mereka telah meminjamkan pemain mereka ke kelab lain walaupun sudah dibelenggu krisis kecederaan.

Namun Arsenal menganggap itu bukan alasan untuk permohonan mereka tidak diluluskan kerana mereka melakukan transaksi pada jendela perpindahan. Selain itu Arsenal pastinya tidak akan menerima kalau permintaan mereka ditolak sedangkan permintaan Liverpool sebelum ini sudah diberikan kelulusan.

Walaupun Arsenal mungkin lemah di mata orang ramai, namun Arsenal ada maruah. Mereka sekarang sedang dalam mood meraikan seri menentang Liverpool dengan 10 pemain. Ibarat mereka sahaja yang pernah melakukannya dalam sejarah.

Penyokong penyokong Arsenal masih galak berkongsi statistik pemain pemain mereka di media sosial. Walaupun seringkali mengutuk Spurs kalau pasukan itu meraikan seri dengan mereka. Dalam dunia ini cuma Arsenal sahaja boleh meraikan seri. Tak kisah dengan mana mana kelab termasuk seri dengan Chelsea dahulu, mereka meraikannya seperti menang trofi.

Penyokong Arsenal juga mengklaim mereka menenggelamkan sorakan penyokong Liverpool di Anfield dengan bersorak: “Di mana atmosfera yang popular kamu banggakan tu?”

Ternyata ramai yang tidak bersetuju dengan pengklaiman tersebut.

Berbalik kepada kisah Arsenal minta penangguhan. Sama sama kita tunggu sejauh manakah Premier League boleh bertolak ansur dengan Arsenal.

BACA:  Sanchez Semakin Hampir Sertai United, Gaji Lebih Tinggi Dorongan Utama Tolak City