Lihat Aksi Darwin Nunez Jadikan Hal Yang Mudah Nampak Mustahil

Darwin Nunez terus menerus mencuri perhatian peminat di media sosial dan kali ini beliau sekali lagi mempamerkan aksi hambar untuk Liverpool.

Bintang kebangsaan Uruguay itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa hambar ketika aksi kekalahan 1-0 Liverpool bertemu Red Bull Salzburg.

Pemain penyerang berusia 19 tahun, Benjamin Sesko yang hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Manchester United itu berjaya menjadi satu-satunya pemain yang meledak gol dalam perlawanan yang dilangsungkan di Red Bull Arena itu.

Pemain penyerang muda itu membuktikan kehebatan beliau tentang mengapa beliau dibandingkan dengan Erling Haaland.

Walau bagaimanapun, pemain yang sepatutnya lebih mencuri tumpuan, Darwin Nunez gagal untuk mempamerkan aksi persembahan seperti yang diharapkan.

Pemain yang ditandatangani dengan yuran perpindahan bernilai £85 juta itu dikritik teruk oleh para peminat kerana mempamerkan aksi persembahan yang sangat mengecewakan.

Pemain kebangsaan Uruguay itu gagal untuk menjaringkan gol dari dua perlawanan pertama beliau bersama Liverpool bertemu Manchester United dan Crystal Palace.

Dek kerana itulah beliau teruk dihentam oleh para peminat dan menjadi mangsa kritikan ramai kerana gagal mempamerkan aksi persembahan seperti yang diharapkan.

Walau bagaimanapun, ketika aksi bertemu RB Leipzig sebelum ini, Nunez berjaya menjaringkan empat gol walau hanya dimasukkan pada babak kedua dalam perlawanan tersebut.

Selepas mempamerkan aksi persembahan yang cukup meyakinkan itu, ramai peminat yang merasa yakin dan percaya dengan kemampuan sebenar pemain penyerang itu.

Nama beliau disebut-sebut sebagai calon pemenang kasut emas dan ramai yang yakin beliau akan mampu bersinar bersama Liverpool selepas kejayaannya meledak empat gol tersebut.

Nunez gagal untuk mengekalkan tahap persembahan terbaiknya dalam perlawanan bertemu Red Bull Salzburg dan peminat tidak menunggu lama untuk terus menganjing beliau.

Sebuah video bertajuk, ‘Darwin Nunez menjadikan hal mudah nampak mustahil’, sedang tular di media sosial pada ketika ini.

Video berdurasi 46 detik itu merangkumkan aksi hambar Nunez sepanjang 45 minit aksi beliau bertemu RB Salzburg.

Di dalam video tersebut boleh dilihat dengan jelas bagaimana teruknya sentuhan pertama beliau dan bekas bintang Benfica itu turut mensia-siakan banyak kesempatan untuk menjaringkan gol.

Beliau sepatutnya boleh lebih memanfaatkan kesempatan yang ada namun beliau dilihat mempamerkan aksi hambar yang sangat mengecewakan.

Beliau dimasukkan pada aksi babak pertama permainan dan selepas tamat rehat separuh masa, beliau telah digantikan dengan Roberto Firmino.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudah mendapat lebih dari 1.5 juta tontonan dan jelas sekali ruang komen penuh dengan komen menganjing bintang Uruguay itu.

Baru aksi pra musim, Nunez sudah mula teruk dikritik oleh peminat atas aksi hambar yang beliau persembahkan.

Segelintir penyokong Liverpool segera tampil mempertahankan pemain penyerang itu dengan mendakwa yang Fernando Torres daulu juga tidak bersinar ketika aksi pra musim.

Mereka jelas sekali sangat berharap agar Nunez akan mampu untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya selepas beliau beraksi untuk Liverpool pada musim baharu nanti.

Selepas mencatatkan kekalahan bertemu RB Salzburg, pengurus Liverpool mempertahankan pemain termahal beliau itu dan menyatakan bahawa Nunez memerlukan bantuan di bahagian serangan.

Bercakap kepada laman rasmi Liverpool, Klopp menyatakan bahawa:

“Tapi terutama sekali pada aksi babak pertama, kebanyakkan pemain perlu membiasakan diri dengan apa yang kita lakukan. Darwin terlalu kerap dibiarkan keseorangan.”

“Semua orang turun, semua orang terlibat dengan build up yang terlalu ke sisi dan kita hanya boleh hantar bola kepada Darwin di dalam kotak.”

“Dia ada rentak dia dan dia hampir menjaringkan gol, tapi dia perlukan lebih banyak sokongan sekitar dia. Kamu biarkan pemain lain sibuk tapi mereka tak bagi tumpuan kepada dia.”

“Babak kedua, bayangkan Darwin sekarang ada dalam kotak, itu akan sangat membantu. Ia memang macam itu, tak rasa hebat tapi kita terima dan kita akan mula dari sini.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Klopp Berang Dan Tinggalkan Temubual Selepas Kalah Bermaruah Kepada United