Liverpool Ajar City dan Dunia Bagaimana Bola Sepak Elit yang Sebenar Dimainkan

Liverpool terus membuktikan keunggulan apabila telah mengajar Manchester City dan dunia bagaimana bola sepak elit sebenar dimainkan apabila mudah untuk meratah City di Community Shield.

Dengan permainan begitu bersahaja Liverpool mencatatkan kemenangan mudah dan telah menghilang bisa yang ada pada Erling Haaland yang gah sebagai penyerang prolifik.

Community Shield bagi musim 2022/23 telah pun berlangsung dengan menemukan pasukan juara Premier League. Manchester City menentang bakal juara semua piala musim ini, Liverpool yang merupakan juara Piala FA.

Berlangsung Community Shield atau Perisai Masyarakat ini menjadi satu perlambangan bahawasanya musim baharu Premier League akan bermula kurang seminggu lagi.

Bagi pasukan yang bertanding merebut perisai masyarakat, perlawanan ini boleh diangap sebagai penutup sebenar kepada jelajah pra-musim pasukan.

Perlawanan antara yang dinanti peminat bola sepak bagi melihat adaptasi Erling Braut Haaland bersama City dan juga Darwin Nunez yang memegang tanda harga yang tinggi.

Permainan pressing bertekanan tinggi dipamerkan menyaksikan tiada aksi menarik yang ditampilkan untuk tempoh 20 minit pertama.

Selepas perlawanan penuh membosankan akhirnya Liverpool mencipta bahaya namun mudah dipatahkan Manchester City.

Tidak lama selepas itu Liverpool berjaya di hadapan melalui jaringan Trent Alexander Arnold.

Liverpool saling bertukar hantaran dan berlegar di kawasan Manchester City, hantaran Mohamed Salah kepada Trent Alexander Arnold.

Tanpa berlengah Trent Alexander Arnold cuba melakukan hantaran namun terkena kepala Nathan Ake yang terus menerjah jaring.

Kemudian permainan kembali membosankan di mana Manchester City melakukan satu dua percubaan namun gagal menghasilkan gol.

Gol Trent Alexander Arnold pada minit ke-21 kekal hingga tamat 45 minit pertama.

Kemunculan yang dinanti tiba apabila Darwin Nunez dimasukkan menggantikan Roberto Firmino pada minit ke-59. Julian Alvarez membuat penampilan dengan masuk menggantikan Riyad Mahrez.

Manchester City berkerja keras mencari gol penyamaan, Erling Braut Haaland memperoleh beberapa peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal disudahkan.

Pada minit ke-70 Julian Alvare berjaya menyamakan kedudukan namun video assistant referee (VAR) campur tangan kerana ada unsur subahah untuk gol itu.

Selepas penelitian dilakukan maka VAR telah mengekalkan keputusan dan gol Julian Alvarez telah disahkan untuk kedudukan kembali seimbang.

Ketika perlawanan berbaki 7 minit, Liverpool memperoleh sepakan penalti yang pada mulanya tidak diendahkan pengadil namun campur tangan video assistant referee (VAR) telah mengubah keputusan awal pengadil.

Dalam pemerhatian lanjut VAR jelas kelihatan bola telah terkena tangan Ruben Dias untuk sepakan penalti buat Liverpool walaupun Dias membantah keras keputusan pengadil.

Mohamed Salah tiada masalah untuk menjaringkan penalti walaupun Ederson Morais hampir saja membuat penyelamatan namun sepakan Salah terlalu laju.

Manchester City mula menekan butang panik untuk kembali menyamakan kedudukan dan berusaha keras untuk mencari gol yang diperlukan tetapi sebaliknya terjadi.

Darwin Nunez yang agak dipertikaikan prestasinya lantaran tanda harga yang tinggi membuktikan pembeliannya adalah tepat dengan menjaringkan gol ketiga.

Hantaran melalui sundulan dari Andrew Robertson berjaya disudahkan Darwin Nunez juga melalui kepala dan gol itu diraikan dengan bukaan baju mempamerkan susuk tubuh yang berketak-ketak.

Gol penghujung perlawanan dari Nunez ini terus membunuh perlawanan dan kerana keraiannya itu, Darwin Nunez telah dilayangkan kad kuning.

Darwin Nunez menjadi pemain keempat Liverpool yang menjaringkan gol dalam debut dibawah Jurgen Klopp selepas Sadio Mane, Mohamed Salah dan Virgil van Dijk.

Kemenangan mutlak buat Liverpool yang sememangnya memulakan musim 2022/23 dengan langkah kanan bagi menjadi juara semua kejohanan musim ini.

Kesebelasan utama Liverpool (4-1-2-3) Adrian; Trent Alexander-Arnold, Joel Matip, Virgil van Dijk, Andrew Robertson; Fabinho; Jordan Henderson, Thiago; Mohamed Salah, Roberto Firmino, Luis Diaz.

Pemain simpanan : Davies, Joe Gomez, Ibrahima Konate, James Milner, Naby Keita, Jones, Harvey Elliott, Darwin Nunez, Carvalho.

Kesebelasan utama Manchester City (4-1-2-3) Ederson; Kyle Walker, Dias, Ake, Cancelo; Rodri; De Bruyne, Bernardo; Mahrez, Haaland, Grealish.

Pemain simpanan : Ortega Moreno, Phillips, Stones, Gundogan, Alvarez, Foden, Mbete, Palmer, Wilson-Esbrand.

Liverpool Power!!

BACA:  Penyokong City Anggap Pengadil Dan VAR Rompak Kemenangan The Citizens