Lihat Aksi Dungu Penyokong Arsenal Bergocoh Sesama Sendiri Ketika Ditewaskan Man Utd

Sebuah video tiba-tiba menjadi tular, menunjukkan penyokong Arsenal bertomoi sesama sendiri ketika perlawanan persahabatan menentang Manchester United di Amerika Syarikat pada hujung minggu lalu.

The Gunners tewas 2-0 kepada United dalam perlawanan yang diadakan di Stadium MerLife itu, hasil jaringan Bruno Fernandes dan Jadon Sancho di separuh masa pertama.

Walaupun perlawanan tersebut mempunyai sepakan penalti sebagai hiburan, Arsenal sekali lagi tewas kepada pasukan yang pernah menjadi seteru utama mereka itu di peringkat domestik.

Walaupun perlawanan tersebut sekadar dilabel sebagai perlawanan persahabatan, ia tetap menimbulkan ketegangan. Anehnya, ia berlaku di kalangan penyokong Arsenal sahaja.

Melalui rakaman amatur oleh salah seorang penyokong Arsenal yang berada di tempat kejadian, beberapa penyokong Arsenal dilihat melemparkan tumbukan padu maut sesama mereka.

Yang paling menarik perhatian adalah aksi dua penyokong Arsenal, seorang memakai jersi Home, dan seorang lagi jersi Away yang tidak pandai berhenti bertumbuk sehingga terbaring di anak tangga ayam stadium.

Titisan darah turut kelihatan di muka salah seorang penyokong Arsenal itu, dipercayai terkena tumbukan berapi lawannya.

Tidak dapat dipastikan apakah punca pergaduhan tersebut. Boleh jadi kerana nasi yang dimakan di Amerika Syarikat tidak sedap, atau kerana mereka berebut nak ambil penalti selepas kecewa dengan aksi dungu tewas kepada MU selepas Arsenal dilabel sebagai pasukan hampir juara pada musim lalu.

Aksi di tengah padang juga tidak kurang panasnya membuatkan telur penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan itu menggelegak.

Terjahan lewat daripada Lisandro Martinez terhadap Bukayo Sako hampir mencetuskan pergaduhan di tengan padang menyaksikan pemain dari Argentina itu terpaksa dileraikan daripada kapten Arsenal, Martin Odegaard yang tampil mempersoalkan kekasaran lawannya itu.

Malah pada satu ketika Martinez hampir sahaja melakukan terjahan kepada rakan sepasukannya sendiri, Kobbie Mainoo.

Secara keseluruhan perlawanan tersebut menyaksikan 3 layangan kad kuning. Dua lagi pemain yang turut dilayangkan kad kuning oleh pengadil adalah mantan kapten, Harry Maguire dan juga Gabriel Jesus.

BACA:ย  Arsenal Bakal Didenda Selepas Kemenangan Atas Liverpool