Dalam pada kebanyakkan peminat bola sepak dilanda kebosanan kerana semua Liga bola sepak utama diberhentikan, James Milner muncul untuk memberi sedikit hiburan diwaktu kesukaran begini.
Pemain veteran berusia 33 tahun itu masih memainkan peranan penting buat Liverpool musim lalu dalam perebutan takhta Premier League dan juga julangan trofi Champions League buat kali ke-6 mereka.
Milner telah muncul sebagai pemain Liverpool paling cergas buat tahun kelima berturut-turut.
Tahun ini tiada beza buat Milner sejak menyertai Liverpool apabila tenang melepasi ujian tahunan ‘bleep test’ dan menjadi pemain paling cergas.
Milner yang sudah berusia 34 tahun tiada masalah untuk mengatasi pemain jauh lebih muda seperti Joe Gomez, Alex Oxlade Chamberlain dan Fabinho.
Disiplin yang tinggi serta contoh yang baik ditunjukkan oleh Milner ini nyata disenangi oleh peminat.
Tiada satu hal pon yang mampu membuatkan James Milner berasa bosan di dunia ini.
Iya, apa saja yang boleh buat pemenang dua kali gelaran Liga Perdana, pemenang Liga Juara-juara, Super Cup, Club World Cup dan Piala FA ini bosan
Walau Milner sering dikenali dengan julukan nama boring Milner, namun sebenarnya lelaki ini sangat suka menghiburkan semua dengan perangai peliknya.
Dari segi aksi didalam padang, pemain berusia 34 tahun ini sangat dihormati oleh pemain lain kerana sikap professional yang sering ditunjukkan.
Milner seorang pemain yang sentiasa bersemangat dan tidak pernah menunjukkan sikap berputus asa ketika aksi didalam padang.
Tidak Kira pasukannya sedang mendahului atau ditinggalkan, Milner akan bermain habis-habisan untuk memberi aksi terbaik.
Walau diusia begini, Milner masih boleh berlari tanpa henti seperti manusia yang tidak mempunyai jantung atau rasa penat. Kerana itu lah beliau sangat dikagumi oleh pemain muda lain.
Ketika semua liga utama bola sepak dalam penggantungan kerana penularan virus Covid-19. Kebanyakkan pemain diminta untuk mengasingkan diri.
Tammy Abraham dan Sergio Aguero sering memuat naik video mereka berlatih di Gym peribadi bagi mengekalkan kecerdasan mereka.
How’s self-isolation going?
Oxlade-Chamberlain:
— LFCVine (@LFCVine) March 14, 2020
Oxlade-Chamberlain pula masih tidak henti mempamerkan kemahiran menari beliau kepada umum dan semoga saja beliau gembira dengan apa yang dilakukan.
Tetapi apa yang dilakukan oleh Milner ketika berada dalam pengasingan?
Milner mula-mula memuat naik status beliau mengasingkan tea bag dan muncul di ruang Komen rakan-rakannya untuk berkongsi hal itu.
Terbaru, boring Milner kembali menghiburkan peminat dengan memuat naik video beliau mengukur rumput.
Now the tea bags are sorted I’ve got time to level out this lawn… wonder if I can borrow Anfield’s Keep off the Grass sign 🤔#onebladeatatime #productiveday#snipsnip ✂️ pic.twitter.com/ap510x6mIf
— James Milner (@JamesMilner) March 17, 2020
Hey @Alex_OxChambo Barrels of laughs here in the Milner household as well – rationing the tea bags for the week👍👍#crazydays#somuchtogetonwith#notgotthemovestocompete pic.twitter.com/WLDAJjyHOc
— James Milner (@JamesMilner) March 15, 2020
Belum cukup 14 hari dah macam tu sekali boringnya si Milner, lepas ni entah apa pula hiburan dia nak kasi.
Para peminat juga sebenarnya sukar untuk menghadapi hari-hari tanpa aksi dari pasukan dan pemain kesayangan mereka. Namun kesihatan harus di utamakan.
Semoga saja virus Covid-19 ini segera dikawal dan liga boleh bermula semula.
Never change, James Milner! pic.twitter.com/cpPvRd4w5I
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) March 18, 2020
Walau Milner memuat naik video mengukur rumput di luar rumahnya, namun sebenarnya Milner masih mengikut saranan pihak berkuasa untuk tidak keluar dan hanya berada di rumah sahaja.
Diharap yang lain-lain tu pun boleh lah bersama memudahkan urusan apa yang patut agar virus yang kini sedang teruk melanda itu berjaya dikawal.