Lihat Kemewahan Hotel Milik Cristiano Ronaldo

Ronaldo telah menyatakan bahawa beliau akan terus beraksi untuk tempoh 10 tahun lagi, walaupun panjang lagi perjalanan kariernya Ronaldo tetap merancang untuk masa depan apabila telah membuka hotel keduanya di Lisbon.

Empat tahun lalu selepas Real Madrid seri menentang Eibar di Santiago Bernabeu, Ronaldo terus terbang ke Lisbon untuk pembukaan rasmi Hotel Pestana CR7 Lisboa.

lihat-kemewahan-hotel-milik-cristiano-ronaldo

Ini merupakan hotel kedua yang dibuka oleh Ronaldo selepas pembukaan hotel pertamanya ditempat kelahirannya Madeira pada awal musim panas ini.

Sebelum menceburi bidang perhotelan Ronaldo sudah mempunyai perniagaan seluar dalam jenama sendiri dan beliau jugalah model untuk seluar dalam tersebut. Nak tahu lebih lanjut pasal seluar dalam Ronaldo sila ketik link ini. Seluar Dalam Ronaldo.

seluar-dalam-ronaldo

Dalam ucapan pembukaan hotelnya Ronaldo mengakui dia mula merancang masa depan bagi menghadapi kehidupan selepas menamatkan karier bolasepak.

Beliau juga melahirkan rasa bangga kerana berpeluang membuka hotel di tempat yang penuh bermakna kepada beliau.

“Semasa muda remaja saya pernah mengimpikan untuk memiliki hotel sendiri.”

“Sekarang saya mempunyai dua buah hotel dan saya bangga satunya adalah di Lisbon.”

pestana-cr7-lisboa-bar-410-636106624772971844

Menurut Marca, sebanyak €15 juta (RM70 juta) dilaburkan oleh Ronaldo dan Pestana dan mereka merancang untuk membuka dua lagi hotel di New York dan juga Madrid pada tahun 2017 dan 2019.

Kepoweran Hotel Pestana CR7 Lisboa

Kepoweran hotel ini bermula disaat tetamu mula melangkah masuk ke lobby. Didalam lif terdapat skrin animasi yang memaparkan perjalanan hidup Ronaldo dan ditangga terdapat pengesan bunyi yang akan mengeluarkan bunyi sorakan penonton seperti anda berada distadium.

Didalam bilik pula pengalaman berada dalam dunia bolasepak terus bersambung dimana terdapat susunan 7 tapak kaki di karpet yang merupakan replika sebenar tapak kaki Ronaldo apabila melakukan pecutan di padang.

pestana-cr7-lisboa

Terdapat 82 buah bilik dan harga bermula dari €200 (RM929.91) semalaman hingga boleh mencecah €1,250(RM5811.94) untuk CR7 Suite yang teletak di tingkat paling atas.

Setiap bilik dilenkapi WI-FI berkelajuan tinggi, Apple TV bersama sambungan Bluetooth dan HDMI. Terdapat juga lampu LED di bilik mandi.

Tiada perempuan disediakan jika perlu carilah melalui WeChat.

pestana-cr7-lisboa-bar-400-636106624772346871

crroom

crroom

crsup3

Hotel Pestana CR7 Funchal

Hotel Pestana CR7 Funchal merupakan hotel pertama yang dibuka oleh Cristiano Ronaldo yang terletak di Pulau Madeira di Bandar Funchal.

Hotel bertaraf 4 bintang yang diberi nama Hotel Pestana CR7 Funchal hanya terletak 300 meter daripada jeti kapal persiaran berlabuh.

pestana-cr7-funchal-exterior-04-636047181162343232

Kewujudan hotel ini adalah hasil kerjasama Christiano Ronaldo dan Kumpulan Pestana Hotel.

Tempat penginapan ini yang memenuhi gaya hidup mewah menawakan rekaan terkini dan menjadikan Funchal sebagai tempat tumpuan.

Hotel ini dilengkapi kolam renang dibumbung, sauna dan jacuzzi outdoor.

pestana-cr7-funchal-pool-02-636047145643996061

Bar di bumbung juga membolehkan anda menikmati keindahan matahari terbenam menanti malam menjelma.

pestana-cr7-funchal-exterior-07-636047181166115345

pestana-cr7-funchal-exterior-03-636047181161716965

Kemudahana gimnasium dan Wi-Fi percuma disediakan disamping bilik kalis bunyi.

pestana-cr7-funchal-exterior-01-636047145653180912

quarto-standard-vista-montanha-636047145697871587

pestana-cr7-lisboa-room-290

pestana-cr7-funchal-lugar-comum03-636047174062898122

pestana-cr7-funchal-corredor-03-636047181157809836

pestana-cr7-funchal-corredor-04-636047181159373889

Sumber : Squawka

Kredit Gambar : PestanaCR7

BACA:  Ronaldo Ketepikan Cristiano Ronaldo Dari Lima Pemain Terbaik Pilihannya