Senarai pendek 30 calon penerima anugerah Ballon D’or telah didedahkan oleh France Football baru-baru ini, dengan ramai nama-nama besar yang tersenarai dalam senarai tersebut.
Melihat kepada 30 nama yang ada dalam senarai itu, sepertinya ia tidak begitu mencetuskan kontroversi memandangkan kesemua pemain memang layak.
Bintang ternama seperti, Cristiano Ronaldo, Robert Lewandowski, Lionel Messi, Neymar, Mbappe dan ramai lagi nama lain berada dalam senarai tersebut.
The majority of players in this photo are Ballon d'Or nominated 🇮🇹 pic.twitter.com/1K99z6rBAR
— Goal (@goal) October 9, 2021
Tidak dinafikan kesemua calon yang ada sememangnya berhak untuk dinobatkan sebagai penerima anugerah tersebut, dan sememangnya mereka antara pemain terbaik yang ada dalam dunia bola sepak hari ini.
Walau bagaimanapun, dari kesemua nama yang ada, sebenarnya ada beberapa nama yang sepertinya hilang dari senarai walau mereka layak untuk tercalon sama.
Masih ada pemain yang sebenarnya telah mempamerkan aksi persembahan mantap sepanjang tahun ini, namun tidak tersenarai dalam senarai 30 calon penerima anugerah Ballon D’or pada tahun ini.
Dari kesemua pemain yang sepatutnya ada dalam senarai ini tetapi tidak disenaraikan, terdapat lima pemain yang jelas layak untuk diiktiraf kehebatan mereka, atas persembahan mantap yang ditunjukkan.
No club has more 2021 Ballon d’Or nominees than Chelsea (5).
Kings of Europe. 🔵 pic.twitter.com/G94HQcFsoc
— LDN (@LDNFootbalI) October 9, 2021
Kesemua lima pemain itu telah menunjukkan tahap persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan sepanjang tahun ini, dan memainkan peranan cukup penting baik untuk kelab mahupun negara.
Siapa lima pemain yang dimaksudkan itu? Berikut merupakan senarai lima pemain yang sepatutnya berada dalam senarai 30 calon penerima anugerah Ballon D’or tahun ini, namun tidak disenaraikan.
1) Thomas Muller (Bayern Munich/Germany)
Robert Lewandowski tidak diragukan lagi sememangnya antara pemain terpenting Bayern Munich pada musim lalu dan calon kegemaran untuk memenangi anugerah Ballon D’or tahun ini.
Namun aksi dan persembahan Thomas Muller sepanjang tahun 2021 ini juga tidak boleh dipandang rendah, dengan beliau kerap mempamerkan aksi yang sungguh menakjubkan.
Thomas Muller in Bundesliga 20/21:
• Most key passes
• Most assists
• 11 goals + 18 assists
• 29 G/ANeymar Jr in LIGUE-1 20/21:
• 23rd in league for G/A
• 4 npg goals
• 9 G + 5 A
• 14 G/AMuller is not nominated. Still underappreciated pic.twitter.com/bGG4uBt2pS
— Roy¹³ (@Roy7iii) October 8, 2021
Pemain kebangsaan Jerman itu berjaya menjaringkan 11 gol dan turut mencatatkan 19 assists dari 33 penampilan dalam saingan Bundesliga pada musim lalu.
Kebijaksanaan beliau dalam merencana gerakan, membuka ruang untuk pemain seperti Gnabry dan Lewandowski jelas sekali satu hal yang sungguh mengagumkan.
Musim ini, Thomas Muller telah kembali menyambung persembahan hebatnya pada musim lalu, dengan beliau sudah terlibat dengan empat gol Bayern Munich dari tujuh penampilan dalam saingan Bundesliga.
Beliau juga merupakan pemain paling disayangi oleh para penyokong Bayern Munich dan dianggap legenda dalam dunia bola sepak Jerman.
Another season where Thomas Muller misses out on the Top 30 in the Ballon d’Or.
15 goals and 24 assists (21 in the league) in 45 games.
One of most underrated and disrespected footballers of this generation. pic.twitter.com/hlAHLL4Fih
— h (@htomanutd) October 9, 2021
Bintang berusia 32 tahun itu jelas sekali telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat cemerlang sejak 12 bulan terakhir ini.
Namun melihat nama beliau tidak tersenarai dalam senarai pendek 30 calon pemenang anugerah Ballon D’or ini, jelas sekali agak mengecewakan.
2) Jan Oblak (Atletico Madrid/Slovenia)
Atletico Madrid sekali lagi berjaya mengatasi Real Madrid dan Barcelona pada musim lalu dalam saingan La Liga.
Luis Suarez jelas memainkan peranan penting dalam membantu Atletico untuk muncul sebagai Juara saingan La Liga, dengan menjadi penjaring gol utama.
Jan Oblak 🇸🇰 vs Gianluigi Donnarumma 🇮🇹 20/21
▪️Games: 38–37
▪️Goals Prevented(PSxG-GC): 9.8–2.7
▪️Save %: 80.4%–70.7%
▪️Penalties Saved: 4–4
▪️Goals Against/90: 0.66–1.03
▪️League Position: 1st🏆–2ndGuess the only goalkeeper to be nominated pic.twitter.com/3j4QDHnneG
— Levi (@FutbolDemons) October 8, 2021
Namun, antara pemain lain yang sepatutnya diberi perhatian lebih tentunya penjaga gol mereka, Jan Oblak yang cemerlang menjaga gawang gol Atletico dengan sangat baik sepanjang musim lalu.
Beliau tidak dinafikan lagi antara penjaga gol paling konsisten dalam dunia bola sepak, dan turut dianggap antara penjaga gol terhebat dunia sejak tiga ke empat tahun sebelum ini.
Beliau berjaya memenangi La Liga Zamora Trophy pada tahun 2021, dengan bintang Slovenia itu tidak diragukan lagi antara pemain terpenting dalam sistem kendalian Diego Simeone.
Did you know that Jan Oblak of Atletico Madrid has become the first keeper of the 21st century to keep three clean sheets against Barcelona in a row? 🔥 pic.twitter.com/biLjsn3Vv1
— Stats24 (@_Stats24) October 5, 2021
Sama seperti Emi Martinez, Oblak turut tercalon dalam senarai pendek untuk memenangi anugerah Yachine Trophy, namun kerana melihatkan nama beliau tercicir dari senarai pendek 30 calon pemenang anugerah Ballon D’or, ia sedikit mengecewakan.
3) Federico Chiesa (Juventus/Italy)
Lima pemain Itali berjaya untuk masuk ke dalam senarai 30 calon pemenang untuk memenangi anugerah Ballon D’or pada tahun ini, namun sepertinya satu nama penting telah tercicir.
Bintang Juventus, Federico Chiesa merupakan pemain penyerang yang mempunyai kelajuan yang sungguh mengagumkan.
Federico Chiesa had one of the best seasons in the world winning 3 trophies, 2 euro MOTM, scoring goals in the biggest games in Italy, CL, EURO and isn’t nominated over Mount, Azpi, Mahrez, Foden, Bruno, Sterling, Dias, Kane.
Don’t ever tell me Premier League bias doesn’t exist. pic.twitter.com/FmNZik1Ohw
— JClub 🇮🇹 (@blvckgianni) October 8, 2021
Bintang berusia 23 tahun itu mampu membuat larian pantas sambil menggelecek dan turut cemerlang dalam memberikan masalah kepada barisan pertahanan lawan.
Chiesa juga memainkan peranan penting dalam membantu Itali menjuarai saingan Euro 2020, dengan beliau menjaringkan gol penting ketika aksi peringkat separuh akhir.
Beliau tidak dinafikan lagi sememangnya pemain terbaik Juventus pada ketika ini, dan bintang Itali itu jelas sekali berhak untuk merasa kecewa kerana namanya tercicir dari senarai pendek calon pemenang anugerah Ballon D’or.
Andai Chiesa terus kekal mempamerkan aksi persembahan yang sama, beliau jelas sekali akan berada dalam senarai lima teratas untuk memenangi anugerah Ballon D’or tahun hadapan.
Federico Chiesa's game by numbers vs. Chelsea:
91% pass accuracy
7 duels won
5 ball recoveries
2 take ons attempted
2 take ons completed (most)
2 shots (=most)
1 goalGreat performance. 💪 pic.twitter.com/QSLUyIPLbl
— Squawka Football (@Squawka) September 29, 2021
4) Emi Martinez (Aston Villa/Argentina)
Kejayaan Argentina menjuarai saingan Copa America 2021 telah menjadikan Lionel Messi sebagai calon kegemaran untuk dinobatkan sebagai penerima anugerah Ballon D’or tahun ini.
Walau bagaimanapun, salah seorang pemain lain yang paling berprestasi dan dianggap nadi penting dalam membantu kejayaan Argentina sebenarnya adalah, Emiliano Martinez.
Penjaga gol berusia 29 tahun itu kerap melakukan aksi penyelamatan penting dan turut menjadi wira kemenangan Argentina ketika aksi penentuan sepakan penalti bertemu Colombia di peringkat separuh akhir.
.@emimartinezz1 kept a clean sheet for Argentina as they drew 0-0 with Paraguay in a World Cup qualifier, extending their unbeaten run to 23 games. 🇦🇷 pic.twitter.com/fcFX2RKw2V
— Aston Villa (@AVFCOfficial) October 8, 2021
Beliau juga tidak dinafikan lagi sememangnya antara penjaga gol terhebat dunia pada ketika ini, dan Martinez sudah mula mempamerkan persembahan mantap seperti ini sejak dari tahun lalu lagi.
Mampu memberi arahan dari dalam kotak dan turut cemerlang menyelamatkan gawang golnya dari dibolosi lawan.
Martinez merupakan wira untuk Aston Villa dan Argentina sejak dua tahun terakhir ini, dan jelas sekali agak mengejutkan untuk melihat nama beliau tercicir dari senarai 30 calon pemenang anugerah Ballon D’or.
5) Casemiro (Real Madrid/Brazil)
Casemiro tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain defensive midfielder terbaik dalam dunia bola sepak hari ini.
Beliau telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan sepanjang tahun ini bersama Real Madrid dan skuad kebangsaan Brazil.
📊| Casemiro (€70m), is Real Madrid's most valuable player. @Transfermarkt #rmalive pic.twitter.com/miOWeAiGhI
— TALKRMCF (@Talkrmcf) October 5, 2021
Beliau mampu mematahkan serangan lawan, dan turut cemerlang membantu jentera serangan dalam merencana serangan ke kubu lawan.
Beliau juga merupakan antara pemain yang senantiasa akan diberi kepercayaan untuk turun beraksi kerana Casemiro jelas dianggap nadi pasukan.
Beliau juga merupakan ketua pasukan untuk skuad kebangsaan Brazil, dan persembahan Casemiro sepanjang tahun ini sepatutnya melayakkan beliau untuk turut berada dalam senarai 30 calon untuk memenangi anugerah Ballon D’or.
Kehadiran Casemiro di atas padang akan memberi ruang kepada Toni Kroos, Luka Modric dan barisan pemain Real Madrid yang lain untuk bergerak lebih bebas.
Xavi in 2018:- " There are midfielders like Casemiro who don't understand how to play for Barcelona"
Casemiro:- "He can say whatever he wants but I've been here for 4 years and played 4 UCL finals" pic.twitter.com/RLksfKhvpC
— Fire (@Kap_Blanco) October 10, 2021
Pemain kebangsaan Brazil itu tidak dinafikan lagi sememangnya pemain midfield terhebat dalam dunia bola sepak pada ketika ini, dan agak mengejutkan untuk melihat nama beliau tercicir dari senarai tersebut.
30 Calon Akhir Ballon d’Or 2021
1. Cesar Azpilicueta (Chelsea)
2. Nicolo Barella (Inter Milan)
3. Karim Benzema (Real Madrid)
4. Leonardo Bonucci (Juventus)
5. Kevin De Bruyne (Manchester City)
6. Giorgio Chiellini (Juventus)
7. Cristiano Ronaldo (Manchester United)
8. Ruben Dias (Manchester City)
9. Gianluigi Donnarumma (Paris Saint-Germain)
10. Bruno Fernandes (Manchester United)
11. Phil Foden (Manchester City)
12. Erling Braut Haaland (Borussia Dortmund)
13. Jorginho (Chelsea)
14. Harry Kane (Tottenham Hotspur)
15. N’Golo Kante (Chelsea)
16. Simon Kjaer (AC Milan)
17. Robert Lewandowski (Bayern Munich)
18. Romelu Lukaku (Chelsea)
19. Riyad Mahrez (Manchester City)
20. Lautaro Martinez (Inter Milan)
21. Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain)
22. Lionel Messi (Paris Saint-Germain)
23. Luka Modric (Real Madrid)
24. Gerard Moreno (Villarreal)
25. Mason Mount (Chelsea)
26. Neymar (Paris Saint-Germain)
27. Pedri (Barcelona)
28. Mohamed Salah (Liverpool)
29. Raheem Sterling (Manchester City)
30. Luis Suarez (Atletico Madrid)
Sumber gambar: Goal