Sebelum ini Newcastle dan West Ham merupakan dua pasukan yang menunjukkan minat untuk menandatangani Lingard dari Manchester United pada jendela perpindahan pemain musim panas nanti.
Selepas itu muncul lagi dua pasukan yang mahu mendapatkan khidmat dari pemain berusia 27 tahun itu. Dua kelab tersebut adalah Everton dan Leicester City.
Keempat-empat pasukan tersebut berminat untuk menandatangani Lingard yang mana mereka percaya pemain kebangsaan England itu boleh bermain di pelbagai posisi serangan untuk pasukan.
Newcastle, Everton, West Ham and Leicester are all reportedly interested in signing Man Utd England International Jesse Lingard ⚽️
🤔 Just how much is he worth?! pic.twitter.com/zd4b2eBnkL
— Oddschanger (@Oddschanger) May 3, 2020
Walau bagaimanapun, Jesse Lingard menegaskan bahawa beliau mahu terus memberikan komitmennya dan mahu memenangi Piala kejuaraan bersama pasukan setan merah.
“Saya mempunyai sikap yang tegas, saya mempunyai keinginan yang tepat, saya mempunyai rasa lapar yang tepat untuk memenangi perlawanan bersama United dan mahu memenangi trofi merupakan satu perkara yang sangat saya inginkan.”
Jelas Lingard ketika dalam temu bual di Adidas Home Team The Huddle.
“Saya rasa selesa bersama pasukan sekarang, saya rasa kami akan mencapai matlamat kami, kami akan sentiasa berkerjasama dan saling mendorong satu sama lain untuk mencapai tahap yang lebih baik, kami akan perbaiki kelemahan kami setiap hari dalam sesi latihan.”
“Jadi saya sendiri rasa hairan dan tidak faham mengapa ada yang menganggap kami tidak mampu untuk terus mara dalam persaingan ini.”
Lingard jelas bertekad mahu membantu United untuk memenangi Piala kejuaraan dan komennya menunjukkan beliau tidak berminat untuk berhijrah ke pasukan lain.
Berita ini pastinya menyedihkan untuk pasukan Newcastle, Everton, West Ham dan Leicester City yang sangat berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
West Ham, Newcastle, Everton and Leicester dey eye Jesse Lingard matter at #mufc.
Make Man United sell am? 👇🏾 pic.twitter.com/iYsQTiNTW1
— Man United in Pidgin (@ManUtdInPidgin) May 3, 2020
Walau menjadi rebutan untuk pasukan lain, para peminat setan merah merasakan Lingard tidak cukup bagus untuk pasukan dengan aksi dipamerkan beberapa musim ini.
Peminat United turut menyokong pemain berusia 27 tahun itu untuk berhijrah ke pasukan lain demi untuk mendapatkan tahap prestasi terbaiknya.
Walau dianggap tidak cukup bagus, Lingard tetap positif untuk terus memberikan yang terbaik kepada setan merah dan mahu membuktikan dirinya masih pemain terbaik yang dimiliki oleh pasukan.
Menurut kajian dari WhoScored, Lingard musim ini telah membuat sembilan penampilan sebagai pemain utama dan 11 kemunculan sebagai pemain gantian untuk pasukan setan merah.
Bekas prospek masa hadapan United itu juga telah membuat tiga penampilan sebagai pemain utama dan empat penampilan sebagai pemain gantian dalam saingan Europa League untuk setan merah musim ini.
Dari kesemua penampilan yang dilakukan olehnya, Lingard cuma berjaya menjaringkan satu gol dan mencatatkan satu assist sahaja sepanjang musim ini.
🔴🔴Newcastle, West Ham, Everton and Leicester City have all registered an interest in Manchester United midfielder Jesse Lingard.#JesseLingard #MUFCunite
[🗣️:90min]
[📷:Getty images] pic.twitter.com/PPElXLWQxZ— MUFC unite (@MUFCunite) May 3, 2020
Lingard merupakan salah seorang pemain dari akademi United yang berjaya untuk menandatangani kontrak bersama pasukan utama setan merah.
Sebelum ini Lingard dengan yakinnya telah mendedahkan bahawa dirinya masih lagi pemain role nombor 10 terbaik di benua Eropah.
Namun atas apa yang dipersembahkan sepanjang dua musim ini, sukar untuk mengiyakan kenyataan yang dibuat oleh pemain midfield England itu.
90min are linking #NUFC to Manchester United’s Jesse Lingard😐
Everton, Leicester and West Ham have also been linked. pic.twitter.com/sKAXGgOZ2G
— Newcastle Fans TV (@NewcastleFansTV) May 3, 2020
Tidak pasti United mahu menawarkan kontrak kepadanya atau tidak, tetapi banyak pasukan diluar sana yang sentiasa menanti untuk mendapatkan khidmatnya.