Lingard Yakin Dirinya Masih Pemain Terbaik Dunia

Jesse Lingard masih menganggap dirinya sebagai salah satu pemain nombor 10 yang terbaik di Eropah.

Lingard dilihat agak struggle dalam dua musim kebelakangan ini dan sebelumnya beliau adalah prospek yang hebat di United.

Pemain kebangsaan England itu pernah menjadi antara pemain harapan yang bakal menggegar dunia bola sepak.

Dua tahun lalu beliau adalah pemain yang telah membantu pasukan kebangsaan England untuk mara hingga ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018.

Selepas dari itu Lingard mengalami detik kesukaran dalam kariernya. Beliau sudah berusaha untuk memberikan impak kepada pasukan United walau kadang kala nampak seperti bermain-main sewaktu menjalani latihan.

Namun langit tidak selalu cerah, pemain Antarabangsa England itu hanya mampu menjaringkan dua gol sahaja dalam semua pertandingan musim ini.

Jaringan terakhir beliau dalam saingan Liga Perdana adalah pada Disember 2018 ketika Lingard berjaya menjaringkan gol untuk perlawanan pertama bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Tetapi kini Lingard tidak lagi mendapat tempat sebagai kesebelasan utama dibawah kendalian Solskjaer.

Pemain midfield England ini lebih kerap digunakan untuk pertandingan lain seperti Europa League dan Piala FA. Beliau jarang diberi minit permainan ketika dalam saingan Liga Perdana.

Lingard tidak beraksi dalam empat perlawanan terakhir Liga Perdana untuk United. Malah beliau hanya bermain sekitar 25 minit sahaja dari lapan perlawanan terakhir setan merah.

Namun, walaupun Lingard dilihat agak struggle dalam dua musim terakhir ini, hal itu tidak sedikit pon merencatkan keyakinan beliau.

Menurut GOAL, Lingard masih percaya bahawa dirinya adalah salah seorang pemain nombor 10 yang terbaik di Eropah setakat ini.

Tetapi itu adalah dari sudut penilaian dirinya sendiri. Malangnya Solskjaer tidak mempunyai penilaian yang sama terhadapnya.

Solskjaer tidak berpuas hati dengan persembahannya pada musim ini. Ramai yang mempersoalkan apa yang dilakukan oleh Lingard ketika sesi latihannya.

Pengurus pasukannya sendiri pernah membuat kenyataan yang menuntut Lingard untuk memperbaiki etika dan persembahannya.

Rentetan dari itu, pengurus dari Norway ini dilaporkan sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap Lingard dan bersedia untuk menjualnya pada musim panas nanti.

United kini dalam perancangan untuk membawa masuk seorang pemain untuk memperkuat barisan serangan mereka.

Antara pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke United musim panas nanti adalah Jadon Sancho, Jack Grealish dan James Maddison.

Dengan dana yang ada, Ole Gunnar Solskjaer berminat untuk menggunakannya bagi mendapatkan salah satu dari tiga pemain itu.

Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada pasukan yang menunjukkan minat untuk mendapatkan Lingard. Tetapi sekiranya ada tawaran sebelum jendela perpindahan musim panas ditutup segala kemungkinan boleh berlaku.

Lingard telah bersama United selama hampir 20 tahun dan telah menyertai setan merah sejak seawal usia tujuh tahun.

Siapa tahu Lingard akan lebih bersinar bersama pasukan baru atau mungkin aksi mantap beliau yang Kian hilang boleh kembali.

BACA:  Dua Gergasi Eropah Berebut Mahu Dapatkan Khidmat Jesse Lingard