Lionel Messi Bernasib Baik Tidak Dilayang Kad Merah

Setelah mengalami kekalahan dalam perlawanan menentang Real Madrid dalam saingan La Liga minggu lalu, Barcelona telah jatuh ketangga kedua dalam Liga satu mata dibelakang Real Madrid.

Barcelona turun menentang pasukan Real Sociedad untuk perlawanan ke-27 La Liga dan telah beraksi di halaman mereka sendiri.

Lionel Messi yang gagal mempamer aksi mantap ketika menentang Real Madrid bertekad mahu bangkit dalam perlawanan ini.

Tetapi pemain Argentina itu telah dilayangkan kad kuning dalam perlawanan ini setelah mengasari Mikel Merino pada aksi babak pertama perlawanan.

Peminat kecewa melihat aksi serba tidak menjadi yang ditunjukkan oleh Messi dalam perlawanan ini. Adakah Messi masih kecewa dengan kekalahan dan aksi tidak menjadi beliau ketika menentang Real Madrid minggu lalu?

Bukan setakat itu sahaja, kebanyakkan peminat Barcelona menganggap aksi kurang menjadi yang dipamerkan oleh Messi ada kaitan dengan perselisihan antara beliau dengan Eric Abidal.

Messi kelihatannya seperti sudah tidak seronok untuk beraksi bersama pasukan Barcelona. Aksi beliau sejak kebelakangan ini jelas berbeza dan berada jauh dari kemampuan sebenar beliau.

Namun dalam satu insiden didalam perlawanan menentang Real Sociedad ini, Messi bernasib baik kerana tidak dilayangkan kad merah selepas mengasari Diego LIorente pada aksi babak pertama perlawanan.

Messi dan LIorente bersaing untuk merebut bola, namun dalam aksi perebutan itu, LIorente telah jatuh tersembam ke tanah.

Messi yang ketika itu kelihatan seperti sudah hilang kawalan terus bergerak ke arah LIorente lalu memijak pergelangan kaki pemain Real Sociedad itu.

Lihat sendiri bagaimana bahayanya tindakan Messi itu. Jika difikirkan tindakan itu sepatutnya dilayangkan kad merah. Namun Messi bernasib baik kerana tidak dihukum atas kesalahan beliau itu.

Harapan Barcelona untuk mempertahankan gelaran La Liga menemui jalan sukar apabila mereka tewas dalam perlawanan El Clasico minggu lalu.

Aksi seperti rollercoaster yang ditunjukkan oleh pasukan Barcelona sejak mereka menggantikan Ernesto Valverde kepada Quique Setien Januari lalu.

Mereka tidak berada pada tahap terbaik dengan aksi dan taktikal yang kadang serba tidak menjadi. Yang sering menjadi kambing hitam kepada kekalahan pasukan Barcelona adalah Messi.

Lionel Messi muncul wira Barcelona dalam perlawanan ini apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi tendangan penalti.

Pemenang enam kali Ballon d’Or berjaya menyempurnakan penalti itu. Beliau kini sudah menjaringkan 19 gol untuk sepanjang musim ini.

Barcelona sepatutnya mendapatkan jaringan kedua mereka pada masa kecederaan dibabak kedua perlawanan menerusi Jordi Alba, namun jaringan itu telah dibatalkan oleh VAR kerana Ansu Fati berada dikedudukan offside sebelum menghantar bola ke Jordi.

BACA:  Lionel Messi Menyahut Cabaran #StayAtHome Dari Xavi