Lionel Messi Terus Mendominasi Pentas Saingan Copa America

Lionel Messi meraikan cap ke-148 beliau bersama skuad kebangsaan Argentina dengan menjaringkan dua gol dan mencatatkan satu assists ketika membelasah Bolivia 4-1.

Kemenangan tersebut mengukuhkan lagi kedudukan sebagai pendahulu kumpulan A dengan mengumpul 10 mata dari empat perlawanan.

Messi yang sebelum ini berjaya menyamai rekod Mascherano sebagai pemain paling banyak caps dalam skuad kebangsaan Argentina dengan memiliki 147 caps, telah memecahkan rekod tersebut selepas beliau membuat penampilan ke-148 bertemu Bolivia.

Beliau meraikan kejayaannya memecahkan rekod tersebut dengan menjaringkan dua gol yang padu berserta satu assists untuk bantu Argentina benam Bolivia 4-1.

Kemenangan yang dicatatkan oleh mereka di Cuiaba Arena Pantanal Stadium itu membantu Argentina untuk mara ke peringkat suku akhir bertemu pasukan yang menduduki kedudukan keempat dalam kumpulan B, Ecuador.

Bolivia yang sememangnya sudah tersingkir dari kejohanan ini selepas mencatatkan tiga kekalahan diperingkat kumpulan telah menjadi mangsa skuad Argentina yang sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka.

Argentina hampir mendahului permainan selepas hanya tiga minit perlawanan berlangsung, namun penjaga gol Bolivia, Carlos Lampe berjaya melakukan double save yang menakjubkan untuk menafikan percubaan dari Sergio Aguero dan Angel Correa.

Namun Argentina tidak perlu menunggu lama untuk memecah kebuntuan dengan mereka memperoleh gol pertama menerusi Papu Gomez pada minit ke-6 permainan.

Papu Gomez menjaringkan gol yang cukup cantik selepas beliau menerima umpanan yang super padu dari Lionel Messi.

Argentina kemudiannya berjaya menggandakan kedudukan pada minit ke-33 permainan selepas Gomez dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Diego Bejarano.

Messi tampil untuk mengambil sepakan penalti tersebut dan beliau cemerlang menewaskan Lampe untuk Argentina mendahului permainan 2-0.

Bolivia kemudiannya hampir untuk menjaringkan gol pertama mereka menerusi Jeyson Chura yang merembat padu bola dari jarak jauh, namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Argentina, Franco Armani.

Argentina kemudian terus mendominasi permainan dengan Messi meledak gol kedua peribadinya pada penghujung aksi babak pertama permainan.

Messi ketika itu menerima hantaran cantik dari rakan sepasukannya bersama Barcelona, Aguero sebelum melambungkan bola menewaskan penjaga gol Bolivia untuk Barca mendahului permainan 3-0.

Bolivia kemudiannya berjaya menjaringkan gol pertama mereka pada minit ke-60 permainan menerusi Ervin Saavedra hasil build up dari Chura dan Leonel Justiniano.

Argentina kemudian membalas gol tersebut dengan memperoleh gol keempat mereka menerusi pemain gantian, Lautaro Martinez.

Messi dalam perlawanan bertemu Bolivia telah dinobatkan sebagai pemain terbaik selepas mencipta statistik yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau berjaya melakukan 93 sentuhan, menjaringkan 2 gol, mencipta lima peluang dengan empat darinya merupakan percubaan tepat, mencatatkan satu assists, melakukan 9 hantaran jarak jauh, melengkapkan 59 hantaran dan berjaya melakukan empat gelecekan.

Anugerah pemain terbaik yang beliau menangi itu merupakan yang ke-25 dari 34 perlawanan sepanjang tahun 2021 ini dan ia merupakan rekod yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau ketika ini merupakan pemain paling banyak mencatatkan assists dalam dunia bola sepak dengan mencatatkan 305 assists.

Dari 305 assists itu, 52 darinya berjaya dilakukan di pentas bola sepak antarabangsa dan ia merupakan jumlah tertinggi yang berjaya dilakukan oleh seseorang pemain.

Dua Gol Satu Assists Dalam Penampilan Ke-148 Untuk Argentina

Dari 148 penampilan bersama skuad kebangsaan Argentina, Messi berjaya menjaringkan 75 gol dan mencatatkan 44 assists, yang mana ia merupakan rekod terbaik dalam sejarah bola sepak Argentina.

Beliau turut menjadi pemain Argentina paling banyak menjaringkan gol dalam pertandingan rasmi (41) dan turut menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk negaranya ketika pusingan kelayakan (23).

Messi ketika ini hanya dipisahkan dengan dua gol sahaja lagi untuk menyamai rekod Pele sebagai penjaring terbanyak di pentas antarabangsa oleh pemain dari Amerika Selatan.

Dengan saingan peringkat kumpulan sudah berakhir, Lionel Messi telah mencatatkan statistik yang sungguh mengagumkan dalam saingan Copa America 2021 setakat ini.

Beliau berjaya menjaringkan 3 gol, mencatatkan dua assists, mencipta dua pre-assists, mencipta 12 peluang, melengkapkan 21 gelecekan, melakukan 10 key passes, memenangi 40 perebutan bola, melakukan 12 hantaran jauh, mencipta 11 recoveries dan memenangi tiga kali anugerah pemain terbaik.

Fakta menarik, dari 29 pemain yang mencuba untuk menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dalam saingan Euro 2020 dan Copa America 2021, hanya Messi sahaja yang berjaya melakukannya, sementara 28 pemain yang lain gagal.

Dalam satu lagi perlawanan peringkat kumpulan A, Uruguay berjaya menduduki kedudukan kedua selepas kejayaan mereka menewaskan Paraguay 1-0 di Rio de Janeiro.

Jaringan Edinson Cavani mengesahkan tempat untuk ‘La Celeste’ mara ke peringkat suku akhir dan dijadualkan akan bertemu Colombia selepas ini.

Paraguay mengakhiri saingan peringkat kumpulan dengan menduduki kedudukan ketiga dan mereka akan bertemu Peru pada hari Jumaat nanti.

Sementara Chile yang menduduki kedudukan keempat dalam saingan kumpulan A akan berdepan dengan tugas berat selepas ini, dengan mereka bakal berdepan Brazil di peringkat suku akhir nanti.

Sumber: The Field

BACA:  Pochettino Gelar Pemainnya 'Hero' Walaupun Tumpas Di Tangan Barcelona