Liverpool Bakal Jadi Juara Selepas Tamat Perlawanan Pertama Sekembalinya Saingan Liga

Jurgen Klopp dan anak-anak buahnya mungkin akan merayakan kejuaraan saingan premier league musim ini di bandar Manchester atau mungkin juga ditempat lain.

Hal ini kerana Liverpool berkemungkinan tidak akan dibenarkan untuk beraksi di Anfield sehingga mereka sudah secara rasminya bergelar Juara.

The Reds kini cuma memerlukan dua kemenangan sahaja lagi untuk memenangi gelaran liga yang pertama mereka dalam tempoh 30 tahun ini.

Ditempat kedua dalam saingan liga kini adalah Manchester City yang dijadualkan akan bertemu Arsenal untuk perlawanan pertama sekembalinya saingan liga pada 17 Jun nanti.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp itu mempunyai potensi yang tinggi untuk bergelar Juara pada perlawanan pertama mereka sekembalinya saingan liga nanti.

Sekiranya City tewas kepada Gunners dan Liverpool mampu menumbangkan Everton dalam Merseyside derby yang dijadualkan berlangsung pada 20 Jun, mereka akan terus ditabalkan sebagai Juara.

Menurut laporan dari The Mirror, perlawanan Merseyside derby itu dijangka akan dilangsungkan di gelanggang milik Manchester City, Etihad Stadium.

Hal ini kerana pihak berkuasa bimbang penyokong pasukan Liverpool akan merayakan kemenangan mereka di sekitar kawasan bandar dan melanggar perintah penjarakan sosial.

Menurut laporan sama, the reds hanya dibenarkan untuk beraksi di Anfield selepas mereka sah bergelar Juara dan sebelum itu terjadi mereka akan bermain di gelanggang lain.

Selain itu, perlawanan north London derby juga antara perlawanan yang dikategorikan sebagai berisiko dan mungkin akan diadakan di gelanggang luar demi mengelakkan kekecohan dalam kalangan peminat.

Walau bagaimanapun, kesemua pasukan sudah memohon kepada pihak berkuasa tempatan agar kesemua perlawanan itu dilangsungkan di gelanggang yang telah ditetapkan seperti biasa.

Khamis hadapan pihak pengurusan akan mengadakan sekali lagi perjumpaan dan perbincangan untuk menentukan dimana perlawanan tersebut akan dilangsungkan.

Ketua Executive Premier League, para peminat dan kelab sendiri mahukan kesemua perlawanan tersebut diadakan di gelanggang seperti biasa mereka mainkan.

Keputusan untuk mengadakan perlawanan di gelanggang luar menyebabkan para peminat berasa terhina kerana merasakan pihak berkuasa tidak mempercayai mereka.

Menurut peminat di UK, mereka seolah dianggap kurang bijak sampai tidak tahu menjaga jarak antara satu sama lain serta tidak pandai mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Hakikatnya sehingga kini mereka sendiri masih berhati-hati dan sentiasa mematuhi segala garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran negara.

Pada pagi Jumaat lalu, Jamie Carragher dalam Football Show di Sky Sports telah mendedahkan bahawa beliau percaya Liverpool akan terap menjadi Juara Liga musim ini walau tewas kesemua baki perlawanan.

Jamie mendakwa City sukar untuk memenangi kesemua baki perlawanan mereka dan dengan dua kekalahan sudah cukup untuk menabalkan Liverpool sebagai Juara musim ini.

Melihat kepada situasi yang berlaku di Bundesliga kini, Klopp dan anak buahnya mungkin boleh merayakan kejuaraan liga sebaik tamat perlawanan pertama sekembalinya saingan liga nanti.

Sepertinya sudah tidak ada kelebihan untuk pasukan yang beraksi di halaman sendiri dengan keadaan stadium tanpa penonton. Bahkan pasukan tuan rumah kelihatan mempunyai lebih tekanan berbanding pasukan pelawat.

Manchester City akan melayan kunjungan Arsenal pada perlawanan pembukaan penyambungan liga manakala Liverpool akan berkunjung ke Goodison Park bertemu Everton tiga hari selepas itu.

Sekiranya Arsenal menang dan Liverpool turut berjaya menundukan Everton, maka The reds akan ditabalkan sebagai Juara saingan premier league musim ini.

BACA:Β  Premier League 2021/22: Liverpool 1-0 Aston Villa