Liverpool Bakal Lebur Rekod Manchester United

Liverpool telah memadankan mata Liga Perdana mereka kini dengan Jumlah mata yang berjaya dikumpul Manchester United ketika mereka memenangi treble dahulu.

Mungkin ramai terlepas pandang bahawa  Liverpool sedang mengharungi satu musim yang sungguh sensasi dengan memecahkan pelbagai rekod yang ada. Ini lah pasukan terkuat dan terhebat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Mereka memperkukuh cengkaman mereka menerajui Liga Perdana dengan kemenangan penuh dramatik mereka menewaskan West Ham 3-2 awal pagi tadi. Selain dari dapat menjarakkan mata dengan Manchester City.

The Reds juga berjaya menyamai rekod Manchester City untuk kemenangan dalam Liga Perdana secara berturut-turut sebanyak 18 kali kemenangan dan rekod kemenangan di halaman sendiri secara berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Sebanyak 21 kemenangan.

Liverpool kini 22 mata di depan Manchester City dan selesa menerajui Liga Perdana menanti detik untuk ditabalkan sebagai Juara. Dan tidak mustahil untuk Liverpool memecahkan kedua rekod itu kerana musim ini masih panjang.

Semuanya benar-benar luar biasa dan musim ini akan tercatat dalam buku sejarah, tidak kira apa yang berlaku. Dan banyak lagi perkara mungkin masih berlaku. Liverpool menghampiri rekod tanpa kalah 49 permainan Arsenal dan mereka masih berada di landasa untuk treble.

Peluang untuk pasukan kendalian Jurgen Klopp in memecah semua rekod itu masih terbuka luas. Memangdangkan dominan di dalam Liga Perdana dan pasukan yang sedang menguasai kelab bola sepak dunia.

Jadi, apakah kaitkan pasukan Liverpool musim ini dengan pasukan treble United pada tahun 1999?

Nah, luar biasa hebat,Liverpool telah menyamakan kutipan mata dengan pasukan terbaik United yang kononnya pasukan terbaik Premier League sepanjang zaman itu.

Pasukan United berjaya memperoleh 22 kemenangan, 13 seri dan 3 kekalahan dari 38 perlawanan mereka, memberikannya 79 mata.

Pasukan terhebat dunia ketika ini Liverpool, pula telah mencatatkan 26 kemenangan dan satu seri dari 27 perlawanan dan berjaya mengumpul 79. Bezanya adalah Liverpool mencapai 79 mata hanya dari 27 perlawanan berbanding mereka dengan 38 perlawanan. Jadi pasukan manakah yang sebenarnya pasukan terhebat sepanjang zaman premier League?

Super hebat untuk menyaksikan Liverpool meleburkan semua rekod yang ada pada musim ini. Tambahan pula, Liverpool masih bersaing untuk trofi lain yang United memenangi ketika kempen itu (dan sudah mempunyai dua dalam Kabinet).

Terdapat perbezaan yang besar, tentu saja United sudah memenangi tiga trofi terbesar yang di maksudkan, sementara Liverpool hanya boleh atau bakal melakukannya. Namun hanya hasrat dengki dan iri hati sahaja boleh menafikan kehebatan Liverpool musim ini.

Tiada yang mustahil untuk dicapai oleh pasukan terhebat di dunia ini. Satu demi satu rekod di musnahkan oleh mereka dan beberapa rekod lagi sedang menanti untuk dileburkan oleh Liverpoo.

BACA:  Hikmah Kewujudan Bruno Fernandes Di Manchester United