Hikmah Kewujudan Bruno Fernandes Di Manchester United

Pertembungan akhir hujung minggu antara Manchester United dan Watford merupakan perlawanan penting bagi pasukan Nigel Pearson kerana mereka berhasrat untuk merakamkan kemenangan pertama mereka di Old Trafford dan bangkit dari persembahan yang mengecewakan.

Namun pada perlawanan ini, corak persembahan mereka masih lagi mengecewakan sehingga si Setan Merah menang di akhir permainan, dengan jaringan daripada Bruno Fernandes, Anthony Martial, dan Mason Greenwood.

Walaupun Watford bermula dengan agak menarik  dan kelihatan seperti pasukan yang lebih baik untuk majoriti separuh masa pertama, mereka gagal menukar apa-apa peluang yang mereka miliki kepada jaringan.

Perkara semakin buruk untuk Hornets selepas Fernandes menjaringkan gol hasil dari sepakan penalti hanya tiga minit sebelum tamat babak pertama perlawanan.

Walau bagaimanapun, Hornets memulakan babak kedua dengan tenaga yang sama dan berjaya menjaringkan gol penyamaan, namun  kecewa kerana jaringan itu telah dinafikan oleh VAR.

Setelah puas berlembut kerana menghormati tetamu, United tidak mahu menunggu lebih lama lagi untuk menjaringkan gol kedua dan ketiga mereka yang luar biasa melalui Martial dan Greenwood.

Hasilnya menyaksikan si setan merah melonjak ke tangga kelima dalam Liga Perdana, dan hanya tiga mata di belakang Chelsea yang berada dikedudukan keempat. Seterusnya mengekalkan harapan mereka untuk kembali beraksi di Liga Juara-juara.

Di sini kita bincangkan tiga sisi positive dalam perlawanan ini.

1. Bruno Fernandes Missing Puzzle Yang Dicari United.

Bertentangan dengan aksi mereka terhadap pasukan teratas, setan merah sebenarnya melalui kesukaran untuk melakukan yang baik terhadap pasukan di bahagian bawah carta liga musim ini.

Salah satu sebab utama di sebalik masalah ini ialah kekurangan kreativiti di bahagian tengah padang kerana pasukan mid dan lower team bermain lebih bertahan dan setan merah mendapati sukar untuk menyerang kerana tiada arkitek yang kreatif untuk memulakan serangan.

Bagaimanapun, Bruno Fernandes nampaknya menjadi jawapan kepada masalah ini.  Sejak ketibaannya, pemain berusia 25 tahun itu memberi kesan positif di padang.

Pemain Portugis mempamerkan aksi menarik dalam perlawanan menentang Hornets ketika dia menguasai bahagian tengah permainan dan memainkan peranan utama dalam tiga gol jaringan United dalam perlawanan ini.

2. Risiko penyingkiran besar untuk Watford

Watford menikmati permulaan yang luar biasa di bawah Pearson, apabila mereka berjaya mengharungi tujuh perlawanan tidak terkalahkan dalam semua pertandingan.

Walau bagaimanapun, nampaknya tempoh bulan madu mereka telah berakhir apabila Hornets gagal memenangi mana-mana enam perlawanan terakhir mereka. Walaupun mempunyai pemain berkualiti dalam skuad mereka, mereka kini berada di zon penyingkiran.

Watford perlu segera bangkit dan mengubah corak permainan mereka kerana mereka akan bertemu pasukan terhebat dunia Liverpool pada hujung minggu hadapan di Vicarage Road.

3. Konsistensi adalah kunci layak ke Liga Juara-Juara

Musim ini telah menjadi perjalanan roller-coaster bagi pasukan setan merah kerana mereka beraksi sangat tidak konsisten. Di satu sudut, mereka berjaya mengalahkan juara bertahan dan di sudut yang lain, mereka telah kalah kepada pasukan yang bertanding di zon penyingkiran.

Walau bagaimanapun, ia akhirnya kelihatan seperti pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer akhirnya mula konsisten. Dengan kemenangan mereka menentang Watford, United telah mencatatkan dua kemenangan liga berturut-turut untuk kali kedua musim ini.

Dengan beberapa perlawanan yang akan datang menentang Everton, City, Sheffield United dan Spurs, bos United akan berharap pasukannya meneruskan bentuk cemerlang mereka untuk  selamatkan tempat Liga Juara-Juara musim depan.

BACA:  De Gea: Saya Perlu Menangi Lebih Banyak Trofi Di Manchester United