Liverpool Bakal Tandatangani Penyerang Yang Paling Arnold Goyang

Bintang Liverpool, Trent Alexander Arnold telah menamakan Eden Hazard sebagai lawan paling sukar yang pernah beliau hadapi sepanjang kariernya.

Kini, Liverpool telah dikaitkan dengan bakal menandatangani pemain yang paling beliau geruni itu, dan ia sudah hampir pasti untuk jadi kenyataan.

Media penerbitan Sepanyol, El National menyatakan yang Jurgen Klopp sangat berminat untuk membawa Hazard ke Anfield, walaupun bintang Belgium itu hambar ketika kariernya bersama Real Madrid.

Hazard gagal untuk bersinar sepanjang kariernya di Santiago Bernabeu selepas menandatangani perjanjian dari Chelsea pada musim panas 2019.

Alexander Arnold telah memberikan komen tentang Hazard ketika beliau dalam satu sesi temu bual bersama Amazon Prime.

Beliau dalam temu bual sama turut menyatakan rasa hormat beliau kepada Kevin De Bruyne atas aksi hebat yang dipamerkan oleh bintang Manchester City itu.

Pemain pertahanan Liverpool itu telah menjaringkan gol pertama beliau menerusi sepakan percuma yang sungguh menakjubkan ketika bertemu West Ham kemarin.

Beliau turut berjaya mencatatkan satu assists untuk gol yang dijaringkan oleh Divock Origi ketika aksi kekalahan 3-2 di London Stadium itu.

“Yang terbaik (Hazard) mungkin dengan jarak yang sikit berbanding pemain lain.”

Jelas Arnold kepada Amazon Prime dan ditulis semula oleh Liverpool Echo.

“Mungkin Kevin De Bruyne, tapi kalau lawan yang betul-betul berdepan ia adalah Hazard.”

“Kepantasan, ketangkasan, tumpuan dan kebijaksanaan dia baik dengan bola atau tidak sememangnya sungguh menakjubkan.”

Hazard sebelum ini menikmati karier yang sangat gemilang bersama Chelsea selepas memenangi dua gelaran Premier League, dua gelaran Europa League, gelaran FA Cup dan League Cup.

Pemain kebangsaan Belgium itu telah membuat 352 penampilan dan menjaringkan 110 gol dari tujuh tahun kariernya bersama Chelsea, sebelum melengkapkan perpindahan menyertai Real Madrid.

Masalah kecederaan dan prestasinya yang merosot di ibu kota Sepanyol menjadikan beliau hanya mampu menjaringkan 5 gol sahaja dari 54 penampilan bersama gergasi La Liga itu.

Beliau masih gagal untuk menyumbang apa-apa pada musim ini, selepas membuat 11 penampilan dalam semua pertandingan.

Beliau hanya mampu mencatatkan satu assists secara tidak sengaja ketika aksi kemenangan 4-1 dalam perlawanan pembukaan saingan La Liga musim ini bertemu Alaves.

Kontrak pemain berusia 30 tahun itu bersama Real Madrid akan tamat pada Jun 2024, dan beliau pada ketika ini dinilaikan oleh transfermarkt dengan nilai £22.5 juta.

Kepulangan semula ke saingan Premier League berkemungkinan akan mampu untuk menghidupkan semula karier Hazard yang sepertinya hilang ketika beliau menjejak kaki di Sepanyol.

Jurgen Klopp sangat berminat untuk mendapatkan tandatangan Hazard dan percaya yang bintang Belgium itu sebenarnya mempunyai masalah mental bukan fizikal.

Beliau merasakan fikiran Hazard tak gembira di Sepanyol dan kerana itulah persembahan dan prestasi beliau terjejas sepanjang kariernya di sana.

Klopp positif yang Hazard akan kembali mendapatkan tahap persembahan terbaiknya ketika beraksi semula dalam saingan Premier League, dan kembali menjadi pemain yang digeruni lawan.

Florentino Perez sudah bersetuju untuk melepaskan Hazard kepada Liverpool, dengan The Reds juga sudah memulakan rundingan untuk mendapatkan bintang Belgium itu.

Satu-satunya masalah yang sedang dibincangkan pada ketika ini adalah masalah berkait tawaran gaji, yang mana Liverpool tak mampu untuk tawarkan gaji yang sama seperti apa yang dibayar oleh Real Madrid.

Selain Liverpool, Chelsea sendiri juga dilaporkan sedang dalam usaha mereka untuk mendapatkan semula khidmat Hazard dari Real Madrid.

Satu hal yang pasti, selewat-lewatnya pada jendela perpindahan musim panas akan datang, Hazard sudah hampir pasti akan menyertai kelab lain dan meninggalkan Real Madrid.

Ia kerana pihak kelab tidak mahu menanggung kos yang tinggi untuk mengekalkan Hazard di Santiago Bernabeu dan pengurus kelab juga tidak memerlukan lagi khidmat bintang Belgium itu.

Adakah Liverpool membuat keputusan yang bijak untuk menandatangani Hazard? Adakah Chelsea akan sailang legenda kelab mereka dari sertai Liverpool? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Klopp Mahu UEFA Beri Hukuman Berat Kepada Kelab Yang Melanggar FFP