Liverpool Berpotensi Untuk Mendapatkan Khidmat De Ligt Dari Juventus

Liverpool berpotensi untuk menandatangani bintang Juventus, Matthijs de Ligt pada jendela perpindahan musim panas ini dek kerana pemain pertahanan itu sepertinya tidak mahu kekal di Turin musim baharu nanti.

Juventus tidak mahu menerima permintaan gaji baru dari De Ligt dek kerana pihak kelab lebih memilih untuk menjimatkan kos.

Beberapa pasukan gergasi Eropah sebenarnya sangat berminat mahu mendapatkan khidmat pemain pertahanan Belanda itu.

Liverpool difahamkan menjadi calon kegemaran untuk mendapatkan khidmat De Ligt pada jendela perpindahan musim panas ini.

Pemain berusia 22 tahun itu juga pada ketika ini sedang berunding dengan skuad The Old Lady, dengan skuad kendalian Jurgen Klopp itu juga turut giat memantau perkembangan pemain pertahanan berbakat itu.

Juventus walau bagaimanapun masih berminat untuk mendapatkan khidmat De Ligt, dengan mereka pada ketika ini sedang berusaha memujuk pemain pertahanan itu supaya menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Kontrak De Ligt bersama kelab akan tamat pada musim panas 2024 nanti dan jelas sekali Juventus masih mempunyai masa yang cukup untuk memujuk bintang Belanda itu.

Pada ketika ini, De Ligt masih tidak berminat untuk menerima segala tawaran dari Juventus dan melihat kepada hal itu, banyak kelab di Eropah yang tampil menunjukkan minat mereka untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan itu.

Paris Saint Germain, Manchester City dan Manchester United juga dikatakan turut sama sangat berminat untuk mendapatkan pemain centre-back itu.

De Ligt dikatakan meminta Juventus untuk mengurangkan klausa perlepasan yang ada dalam kontraknya andai pihak kelab mahu beliau menandatangani kontrak baru.

Nilai klausa dalam kontraknya pada ketika ini adalah bernilai €120 juta dan ia berkemungkinan akan naik sehingga €140 juta pada tahun hadapan.

Pemain kebangsaan Belanda itu mahu mendesak pihak kelab supaya menurunkan klausa perlepasan di dalam kontraknya kepada nilai dua digit, namun sepertinya Juventus tidak akan memenuhi permintaan beliau itu.

Walaupun Liverpool berpotensi untuk berdepan pelbagai kesukaran dalam usaha mereka untuk mendapatkan khidmat De Ligt, namun satu hal yang pasti, mereka sepertinya tiada masalah untuk membayar pemain pertahanan itu dengan nilai yang sama seperti apa yang beliau terima di Turin.

De Ligt menerima Β£10 juta setahun bersama Juventus dan Liverpool tiada masalah untuk membayar beliau jumlah gaji yang sama.

Dengan Virgil Van Dijk, Ibrahima Konate, Joel Matip dan Joe Gomez masih di Anfield, Liverpool sepertinya perlu menyingkirkan seseorang untuk memastikan mereka mampu menyediakan ruang untuk De Ligt.

Jurgen Klopp jelas sekali tidak mempunyai masalah untuk pemain di posisi pertahanan kerana beliau sudah memiliki barisan pertahanan yang sempurna.

Walau bagaimanapun, laporan dari media Itali mendedahkan yang Jurgen Klopp sememangnya berminat mahu mendapatkan khidmat De Ligt kerana beliau mahu memantapkan lagi barisan pertahanannya.

Joe Gomez berpotensi untuk meninggalkan Anfield pada musim panas ini kerana beliau mahu mencari kelab yang boleh menawarkan minit permainan kepadanya.

Bersama Liverpool, beliau jelas sekali agak sukar untuk mendapat tempat dan kerana itulah beliau memilih untuk menyertai kelab lain.

Beliau pada ketika ini dijangka akan menyertai Aston Villa pada jendela perpindahan musim panas ini dek kerana legenda Liverpool itu turut sama sangat berminat mahu mendapatkan khidmatnya.

Seandainya Liverpool benar-benar berjaya mendapatkan tandatangan De Ligt pada musim panas ini, maka jelas sekali ia satu kelebihan untuk skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Sumber: SPORTbibble
BACA:Β  Manchester City Terlalu Unggul, Klopp Menyerah Kalah