Liverpool Intai Peluang Untuk Dapatkan Pemain Terbaik Dari Saingan Serie A

Liverpool dilaporkan telah menunjukkan minat yang sangat mendalam untuk mendapatkan pemain midfield AC Milan, Franck Kessie.

Kontrak Franck Kessie bersama kelab akan tamat pada musim panas akan datang, dengan Liverpool dilaporkan sudah mula berunding untuk mendapatkan khidmatnya menerusi perjanjian perpindahan percuma.

Kessie pada ketika ini dianggap sebagai antara pemain midfield terbaik dalam saingan Serie A, dan beliau pada Januari ini sudah dibenarkan untuk berunding dengan mana-mana kelab di luar Itali.

Pemain berusia 25 tahun itu juga sedang dipantau oleh beberapa kelab gergasi dalam dunia bola sepak, dan media Itali, ANSA telah mengeluarkan dakwaan bahawa Jurgen Klopp sedang dalam usaha untuk mendapatkan khidmatnya.

Kessie pada musim ini telah membuat 16 penampilan dalam saingan liga dengan beliau turut cemerlang menjaringkan lima gol sepanjang tempoh tersebut.

Beliau juga turut beraksi ketika AC Milan bertemu Liverpool dalam aksi peringkat kumpulan saingan Champions League pada musim ini.

Milan pada ketika ini sangat terdesak untuk memastikan pemain kebangsaan Ivory Coast itu bersetuju untuk tandatangani kontrak baru bersama kelab.

Walau bagaimanapun, mereka seharusnya menerima hakikat yang Franck Kessie lebih memilih untuk meninggalkan kelab pada penghujung musim nanti.

AC Milan pada ketika ini empat mata di belakang pendahulu saingan Serie A, Inter Milan dan mereka juga turut sudah tersingkir dari saingan Champions League selepas mengakhiri aksi peringkat kumpulan di kedudukan tercorot.

Liverpool pada musim ini bergelut dengan masalah di posisi midfield dengan ramai pemain mereka yang terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan dan ada yang disahkan positif C0V-19.

Pemain muda, Tyler Morton turut diberi peluang untuk turun beraksi dengan Thiago Alcantara, Curtis Jones dan Naby Keita kerap diketepikan atas masalah kecederaan.

Klopp tahu yang beliau memerlukan lebih ramai pemain berkualiti dalam skuad depth jika beliau mahu membantu Liverpool untuk mencabar Manchester City di puncak saingan liga.

Minggu ini, Liverpool terpaksa akur dengan kekalahan 1-0 bertemu Leicester City, seterusnya menyebabkan mereka semakin jauh ditinggalkan oleh The Citizens.

Liverpool pada minggu ini bakal turun beraksi bertemu penunggu kedudukan kedua dalam carta saingan liga, Chelsea di Stamford Bridge.

Tidak kira pasukan mana yang menang, satu hal yang pasti, pasukan yang kalah bakal semakin jauh dicicirkan oleh Manchester City yang semakin jauh di hadapan.

“City sedang jauh dihadapan.”

Jelas Klopp kepada Sky Sports.

“Sebelum perlawanan bertemu Leicester City, kami sedang dalam kedudukan terbaik, hanya tiga mata di belakang City.”

“Melihat bagaimana mereka harungi musim ini, ia sungguh menakjubkan.”

“Permulaan kami pada tahun 2021, sebenarnya sangat sukar, dan untuk mencari jalan kembali ke persembahan terbaik dan mungkin memperbaiki persembahan mereka itu sudah dianggap satu pencapaian.”

“Tapi salah satu antara kami boleh meletakkan tekanan pada City, pemenang boleh bersaing.. yang kalah saya tak pasti.”

“Kita akan lihat nanti.”

“Kami tidak akan menyerah kalah hanya kerana kami kalah kepada Leicester City. Kami akan cuba berikan 100 peratus. Masih banyak perlawanan akan berlaku.”

Liverpool dan Chelsea akan bertemu pada hujung minggu ini dan tidak dinafikan lagi pertembungan antara kedua-dua mereka sangat menarik untuk disaksikan.

Kedua-dua pasukan sekadar mencatatkan keputusan seri ketika aksi pertemuan pertama mereka sebelum ini, dan sudah tentu mereka akan melakukan yang terbaik untuk mencatatkan kemenangan dalam perlawanan kedua ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Analisis Aras Tinggi: 6 Sebab Liverpool Diaibkan Napoli, Yang Keenam Tu Rare