Liverpool Tendang Arsenal Keluar Dari Saingan Piala FA

Liverpool yang merehatkan beberapa pemain tonggak utama dengan penuh bergaya menendang Arsenal keluar dari saingan Piala FA musim 2023/24 dengan kemenangan dua gol tanpa balas.

Dalam perlawanan yang berlangsung di stadium Emirates ini Arsenal mendominasi perlawanan sejak wisel sepak mula dengan serangan bertali arus dan menggila namum tiada gol kunjung hadir.

Tanpa pemain pertahanan terbaik dunia dulu kini dan selamanya, Virgil Van Dijk ternyata Liverpool goayang dik goyang memaksa Alisson Becker bekerja keras.

Diawal minit permainan, penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale hampir saja mencetak nama pencipta bantuan gol apabila hantaran bola panjangnya berjaya menemui Reiss Nelson.

Reiss Nelson berjaya melepasi melepasi pertahanan Liverpool dan memperdayakan Alisson yang meluru keluar namun Reiss Nelson memilih jaring luar sebagai sasaran dari sudut sempit.

Kai Havertz yang mengetuai jentera serangan tanpa kehadiran Gabriel Jesus yang cedera cuba menewasakan Alisson dengan percubaan lencong namun gagal pada minit ke-11.

Serangan menggila babi terus dilancarkan Arsenal dan peluang terbaik hadir dalam situasi kelam kabut apabila Bukayo Saka berjaya merampas bola dari Joe Gomez.

Saka menghantar bola kepada Havertz yang tidak dikawal lalu menolak kepada Nelson yang pantas dicabar Ibrahima Konate dengan satu hadangan. Bola sampai kepada Martin Odegaard namun rembatan deras Martin Odegaard menyinggah palang.

Liverpool bertahan dengan baik dan hanya berjaya mempunyai peluang melakukan percubaan dipertengahan permainan babak pertama melalui Darwin Nunez dan sengat serangan Arsenal mula berkurang berkadaran dengan masa permainan.

Segala percubaan Arsenal berjaya digagalkan Alisson, peluang terbaik Liverpool hadir melalui Trent Alexander Arnold yang sekali menggegar palang mengimbau kenangan dalam perlawanan hujung tahun lalu.

Bersambung permainan selepas rehat, Liverpool berjaya mengimbangi permainan dan serangan Arsenal semakin tawar dan sendu seperti biasa, garang tetapi tidak menyengat.

Tindakan Odegaard mengasari Gravenberch di luar kotak penalti menghadirkan sepakan percuma yang diambil Trent Alexander Arnold yang menyaksikan gol pertama perlawanan terhasil.

Disangkakan Luis Diaz berjaya melakukan tandukan rupanya malang buat Jakub Kiwior yang telah tertanduk ke gawang sendiri cukup untuk menewaskan Ramsdale.

Arsenal yang bermain di hadapan penyokong sendiri tidak berputus asa untuk mencari gol penyamaan dan Luis Diaz terus mematikan usaha Arsenal dengan gol kedua di masa kecederaan.

Tanpa dikawal, Luis Diaz yang menerima hantaran dari Diogo Jota melepaskan rembatan kencang ke penjuru atas menewaskan Ramsdale buat kali kedua dan menendang keluar Arsenal dari Piala FA.

Perlawanan dari awal yang dilihat sepatutnya menjadi milik Arsenal pada awalnya menjadi milik Liverpool yang berjaya menjaringkan gol.

Kekalahan keempat Arsenal dalam tujuh perlawanan terakhir dengan hanya satu kemenangan dan masalah penyerang adalah sesuatu yang perlu diselesaikan Mikel Arteta menjelang tempoh rehat singkat.

Kekalahan pertama Arsenal dalam tahun 2024 dan ketiga secara berturut-turut.

Arsenal – Ramsdale; White, Saliba, Gabriel, Kiwior; Jorginho; Odegaard, Rice; Saka, Havertz, Nelson.
Simpanan – Raya, Cedric, Walters, Sousa, Smith Rowe, Nwaneri, Trossard, Martinelli, Nketiah.

Liverpool – Alisson; Alexander-Arnold, Konate, Quansah, Gomez; Mac Allister; Gakpo, Jones; Elliott, Nunez, Diaz.
Simpanan – Kelleher, Jota, Gravenberch, Clark, Bradley, Nyoni, Chambers, Gordon, McConnell.

Pengadil – John Brooks.

BACA:Β  Amrabat Semakin Hilang Sabar Dengan Kelembapan Man United