Liverpool Terciduk Lagi Di Kaki Brighton Yang Pamerkan Aksi Kebangkitan

Dua minggu selepas ditewaskan Brighton & Hove Albion FC 3-0 dalam saingan Premier League, Liverpool bertandang lagi ke American Express Community Stadium kali ini dalam saingan Piala FA pusingan kelima.

Brighton seakan menjadi kriptonite kepada pasukan gergasi apataha lagi pasukan pertengahan seperti Liverpool dalam tempoh dua minggu ini telah dikurangkan sedikit kekuatan mereka.

Leandro Trossard telah selamat menyertai Arsenal dan Moises Caicedo merupakan jeneral dan nadi bahagian tengah mereka pula tidak diturunkan kerana mengeluarkan kenyataan terbuka mahu berpindah ke Arsenal.

Liverpool masih turun dengan skuad yang tempang, kecederaan bukan lagi menjadi sesuatu yang perlu diratib Liverpool mereka perlu meneruskan kelangsungan musim dan bola sepak adalah permainan berpasukan.

Liverpool bermula agak yakin dalam perlawanan ini dengan beberapa percubaan namun selepas itu permainan menjadi milik Brighton dengan datang dari sebelah kiri dan kanan melalui Kaoru Mitoma dan Solly March.

Pada minit ke-4 Mohamed Salah telah melakukan satu percubaan yang dihadang Adam Webster, bola muntah kembali kepada Salah yang terus melakukan tolakan ke arah gawang dan Lewis Dunk datang untuk menyelamatkan bola di atas garisan.

Trent Alexander Arnold telah melakukan hantaran berpusing penuh genius mencari Salah dengan bahagian luar kasut namun terlalu rapat ke garisan dan mendapat sepakan penjuru.

Liverpool agak hidup dalam perlawanan ini berbanding perlawanan-perlawanan lalu di mana Mohamed Salah kerap mengucar-kacirkan Brighton.

Solly March telah berjaya masuk dari sebelah kanan dengan larian liciknya dan menghantar bola ke tengah disusuli satu dummy dan bola sampai kepada Evan Ferguson yang sepatutnya boleh meletakkan Brighton di hadapan.

Tanap sebarang kawalan dan tekanan, Evan Ferguson seperti terkejut mendapat peluang seperti itu, cukup ruang dan masa untuknya menjaringkan gol namum rembatannya dihadang Trent Alexander Arnold.

Gelecekan Kaoru Mitoma seakan larian indah telah menghuru-harakan benteng Liverpool namun rembatannnya tidak cukup usaha untuk menghasilkan gol.

Mohamed Salah yang berjaya mengatasi perangkap ofsaid gagal menyempurnakan lorongan cantik Harvey Elliot dengan satu penyudah yang tersasar.

Naby Keita mengeluarkan bola untuk Salah melakukan satu serangan balas pantas dan bola pantas dilorongkan kepada Harvey Elliot yang tidak mensia-siakan peluang seperti Salah untuk gol pembukaan dengan penyudah yang tenang.

Danny Welbeck membantah jaringan itu dengan menyatakan bola terkena tangan Naby Keita namun pengadil tidak mengubah keputusan dan mengesahkan jaringan.

Brighton sudah pastinya tidak mahu mengalah beraksi di hadapan penyokong sendiri dan terus merencanakan gerakan melancarkan untuk gol penyamaan.

Pada minit ke-40 gol penyamaan hadir selepas hantaran lintang ditanduk keluar Trent Alexander Arnold jatu ke kaki Tariq Lamptey yang melepaskan rembatan. Bola terkena atau sengaja disentuh Lewis Dunk untuk meletakkan bola ke dalam gawang membuatkan Alisson Becker lambat untuk bertindak balas.

Permainan separuh kedua kedua-dua pasukan mempamerkan permainan lebih kemas menyukar mereka saling menembusi kubu lawan dan Salah berjaya juga mencuba dengan aksi liciknya.

Situasi ini juga menjadikan permainan tidak sesedap separuh masa pertama yang penuh dengan aksi di depan gol dan berbaki 10 minit kedudukan masih lagi terikat.

Fabinho masuk dan teruk mengutip kad kuning dan menghantar Evan Ferguson ke tanah untuk mendapatkan rawatan dan terpaksa dikeluarkan, kekesalan jelas di wajah Fabinho yang melakukan terjahan lambat.

Kaoru Mitoma meletakkan Brighton di hadapan pada masa kecederaan dengan satu kawalan bola kemas dan menarik untuk membawa Brighton ke pusingan kelima.

Kesebelasan Utama Brighton: Steele; Lamptey, Webster, Dunk, Estupinan; Gross, Mac Allister; March, Welbeck, Ferguson, Mitoma.

Pemain Simpanan: Sanchez, Sarmiento, Enciso, Undav, Gilmour, Van Hecke, Veltman, Moran, Hinshelwood.

Kesebelasan Utama Liverpool: Alisson; Alexander-Arnold, Konate, Gomez, Robertson; Keita, Bajcetic, Thiago; Salah, Gakpo, Elliott.

Pemain Simpanan: Kelleher, Fabinho, Milner, Henderson, Oxlade-Chamberlain, Jones, Tsimikas, Nunez, Matip

BACA:  "Saya 'Bunuh' Kamu"- Gurauan Salah Dan Jones Mencuri Perhatian Peminat