Low Ditangkap ‘Melombong Emas’ Di Wembley

Sejak 4 tahun lepas Jerman mula mengalami kemerosotan di pentas antabangsa. Jerman merupakan juara dunia 2014 dan 2 kali muncul pasukan ke-3 terbaik dunia (2006 dan 2010).

Di kejohanan Eropah Jerman juga cemerlang dengan status naib juara 2008 dan semi-finalis 2012, 2016. Majoriti pencapaian cemerlang itu berlaku ketika dibawah asuha Joechim Low.

Bermula tahun 2018 Jerman mula kehilangan taring apabila terkandas di peringkat kumpulan dalam kejohanan Piala Dunia. Ia merupakan pencapaian terburuk negara itu sejak 1938.

Jerman memanjangkan pencapaian buruk apabila tewas kepada England 0-2 di pusingan ke-2 lewat pagi tadi.

Pengendali ini mempunya resepi tersendiri bagaimana mahu melakarkan kejayaan di pentas besar. Namun resepi itu semakin tawar sejak akhir-akhir ini.

Ketika perlawanan memasuki minit-minit akhir Jerman sedang ketinggalan selepas Raheem Sterling dan Harry Kane menjaringkan gol untuk England.

Boleh jadi Low mahu melakukan ikhtiar akhir dan menggunakan taktikal kecemasan supaya Jerman kembali bangkit seperti yang dilakukan oleh Swtizerland yang menumbangkan juara dunia.

Namun ternyata ia tidak berkesan dan lebih malang ia ditangkap oleh kamera yang dipasang di sekitar Wembley.

Dalam perlawanan tersebut England terlebih dahulu menghadirkan gentar kepada lawan apabila percubaan minit ke-16 dari Sterling hampir membuahkan hasil. Manuel Neuer perlu melayangkan badan ke sebelah kanan bagi mematahkan ancaman tersebut.

Pada minit ke-34  giliran Jerman menunjukkan mereka juga mampu melakukan percubaan bahaya, Timo Werner hanya perlu menewaskan Jordan Pickford dan ternyata Pickford lebih pandai dari Werner untuk menghadang percubaannya.

Memasuki masa kecederaan babak pertama Harry Kane berpeluang memecahkan telur apabila masih belum menjaringkan gol sepanjang kejohanan, namun peluang yang diperolehi berjaya dipintas oleh pertahanan Jerman.

4 minit selepas babak ke-2 bersambung, Kai Havertz cuma merosakkan clean sheet yang direkodkan oleh negara yang mencipta permainan bola sepak itu namun Pickford melakukan aksi penyelamat hebat buat kali kedua.

England akhirnya memecah kebuntuan apabila Raheem Sterling mencetak gol peribadi ke-3 dalam kejohanan pada minit ke-75 dan Kane akhirnya berjaya menjaringkan gol pertamanya ketika perlawanan berbaki 4 minit.

3 minit selepas itu kamera mengesan Joechim Low cuba bermain taktik kotor apabila mula melombong emas dan diletakkan ke lidahnya. Disebabkan jaringan England berlaku pada 15 minit terkahir, Low tidak sempat melombong batu seperti yang pernah dia lakukan sebelum ini.

Kelakuan itu mendapat reaksi dari para peminat yang tercegat di kaca tv. Kata Dermott Walsh jurulatih ini tidak pernah berubah sejak dari muda hingga ke tua. Mungkin sejak dari kecik.

England dijadualkan bertemu Ukraine pada suku akhir, Ukraine menewaskan Sweden 2-1 dalam aksi Marcus Danielsen dilayangkan kad merah dalam masa tambahan. Selepas kad merah tersebut, Ukraine menjaringkan gol kemenangan.

Sementara itu Joechim Low akan menamatkan khidmatnya sebagai jurulatih Jerman selepas hampir 15 tahun bersama. Tempatnya akan diisi oleh bekas pengurus Bayern Munich, Hansi Flick.

“Hansi Flick akan menjadi jurulatih skuad kebangsaan Jerman. Jurulatih berusia 56 tahun ini telah menandatangani kontrak sehingga 2024 di ibu pejabat German Football Association (DFB) di Frankfurt, dimana pada ketika itu (2024) Jerman merupakan tuan rumah Piala Eropah” -dipetik dari kenyataan rasmi DFB sebelum kejohanan

Tugasan pertama Flick akan tiba pada September ini apabila Jerman dijadualkan bertemu Liechtenstein, Armenia dan Iceland dalam kelayakan Piala Dunia 2022. Sebelum ini Jerman sudah bemain 3 perlawanan dan pada perlawanan terakhir Jerman kalah kepada Macedonia Utara 1-2 di gelanggang sendiri.

BACA:  Reaksi Jerman Selepas Mengetahui Mereka Mungkin Bertemu England Di Pusingan 16 Terbaik