Lukaku Sepatutnya Perlu Belajar Dulu Asas Untuk Bercakap

Romelu Lukaku sepatutnya belajar bila sepatutnya beliau bercakap, dengan siapa beliau bercakap dan bagaimana untuk bercakap.

Begitulah apa yang dipesan oleh Simon Jordan kepada Lukaku selepas bekas bintang Inter Milan itu mencetuskan kontroversi dengan memberikan kenyataan sensasi dalam temu bualnya baru-baru ini.

Lukaku mencetuskan sensasi baru dalam dunia bola sepak selepas beliau mengeluarkan kenyataan yang tak sepatutnya dikeluarkan dalam satu temu bual yang disiarkan Khamis lalu.

Pemain kebangsaan Belgium itu menghentam gaya permainan Thomas Tuchel dan turut mendedahkan yang beliau tidak gembira dengan situasi di Stamford Bridge pada ketika ini.

Bekas pemilik Crystal Palace, Simon Jordan walau bagaimanapun merasakan komen yang dilakukan oleh pemain berusia 28 tahun itu langsung tidak professional.

Beliau turut menegaskan yang Lukaku tak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu apa lagi secara terbuka.

“Dia patut belajar bila untuk bercakap, kepada siapa dia bercakap dan bagaimana untuk bercakap.”

Jelas Simon Jordan ketika bersiaran di White and Jordan Show.

“Ini merupakan pemain yang akan melakukan apa saja tanpa berfikir dan berharap apa dia buat itu membuahkan hasil.”

“Saya tahu saya kedengaran seperti berat sebelah, tapi melainkan ada masalah antara pimpinan kelab dengan pemain dan pemain mengatakan apa mereka mahu dan lakukan apa mereka mahu itu tiada masalah.”

“Tapi kalau pemain cakap macam ini, tidak ada alasan untuk itu.”

“Dia dibayar dengan sangat berbaloi, dia benar-benar dihargai dan bermain dengan salah sebuah kelab terbaik dalam negara ini.”

“Dia datang semula ke Chelsea, di mana dia tidak berjaya pada awal dahulu dan sekarang dia kata dia tak gembira.”

Jordan turut merasakan yang Lukaku sebenarnya sudah berlebih-lebihan dalam temu bual bersama Sky Italia itu dan menegaskan yang Lukaku sepatutnya menyelesaikan masalah tersebut secara dalaman bersama kelab.

“Saya rasa sangat tidak boleh diterima ketika dia kata dia tidak begitu mahu meninggalkan Inter Milan. Dia sangat berjaya di sana dan doa meninggalkan kelab kerana mereka tidak ada duit dan mereka perlu jual pemain untuk seimbangkan ekonomi kelab.”

“Memang tidak mengejutkan bila dia kata dia mahu kembali ke Itali, tapi bila dia sebut yang dia sedang tidak gembira sekarang, itu adalah sesuatu yang dia tak sepatutnya katakan.”

“Ada hal yang boleh dikatakan ketika kamu mahu bercakap dan kamu perlu tahu bila untuk kamu diam.”

“Tak ada faedah langsung untuk Lukaku bercakap kepada media yang dia tak gembira. Itu dia perlu katakan kepada pengurus dia.”

Tindakan Lukaku itu menyebabkan beliau bukan hanya dibenci oleh penyokong Chelsea, bahkan penyokong Inter Milan sendiri menolak permohonan maaf beliau.

Jawapan balas Ultras Inter kepada permohonan maaf Lukaku

Romelu Lukaku sebelum ini meminta maaf kepada penyokong Inter Milan kerana beliau meninggalkan kelab dengan cara yang tidak beradap, dan jawapan balas dari ultras Inter sungguh mengejutkan.

Lukaku meninggalkan San Siro pada musim panas lalu untuk sertai semula Chelsea dengan yuran perpindahan memecah rekod kelab bernilai £97.5 juta.

Walau pada awalnya beliau beriya menyatakan kegembiraannya dapat kembali beraksi di Stamford Bridge, namun selepas beberapa bulan Lukaku tampil mengeluarkan kenyataan yang sangat tidak profesional dan dungu.

Beliau mengakui yang dirinya tidak gembira dengan situasi di Stamford Bridge pada ketika ini dan turut meluahkan hasratnya untuk kembali sertai gergasi Serie A itu di masa hadapan.

Ultras Inter Milan, Curva Nord tampil meluahkan rasa tidak gembira mereka dengan permohonan maaf Lukaku dengan menggantung banner di luar San Siro sebagai jawapan balas.

“Tidak ada masalah siapa yang lari dari hujan, apa yang penting siapa yang kekal dalam ribut.”

“Bye Romelu.”

Lukaku berjaya menjaringkan 24 gol dalam saingan Serie A pada musim lalu dengan beliau menjadi individu terpenting yang membantu Inter Milan menjuarai saingan liga.

Pemain berusia 28 tahun itu bergelut untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya pada musim ini sejak dari awal beliau ditandatangani oleh Chelsea.

Dek kerana melihat aksi persembahannya semakin merosot, Lukaku tampil membuat kenyataan dungu di hadapan media dan secara terbuka mengaku beliau menyesal tinggalkan Inter Milan.

Dalam satu temu bual beliau beberapa minggu lalu yang diterbitkan pada Khamis baru-baru ini, Lukaku menjelaskan kepada Sky Sports Italia bahawa:

“Saya rasa semuanya yang berlaku tak sepatutnya berlaku seperti ini.”

“Bagaimana saya rasakan bersama Inter, bagaimana saya berkomunikasi dengan penyokong, hal ini mengganggu saya kerana ia bukan masa yang sesuai sekarang, tapi walaupun saya sudah meninggalkan kelab sekarang, saya masih rasa yang ini bukan masa yang sesuai.”

“Sekarang saya fikir tak salah untuk saya bercakap kerana saya selalu katakan yang Inter Milan ada dalam hati saya, saya akan kembali beraksi di sana, saya sangat berharap itu.”

“Saya sudah jatuh cinta dengan Itali, ini adalah masa paling tepat untuk bercakap dan biarkan semua orang tahu apa sebenarnya yang berlaku tanpa saya bercakap buruk tentang sesiapa, kerana saya bukan jenis macam itu.”

“Saya betul-betul mahu meminta maaf kepada penyokong Inter kerana saya tak rasa saya sepatutnya meninggalkan Inter dengan cara seperti mana saya lakukan.”

“Saya sepatutnya bercakap dengan kamu semua terlebih dahulu, terutama selepas segalanya yang kamu lakukan untuk saya, untuk keluarga saya, ibu saya, anak saya. Saya tidak akan pernah lupakan itu.”

“Saya harap dari lubuk hati saya yang paling dalam, saya mahu kembali ke Inter dan bukan ketika hujung karier saya tapi ketika saya masih cukup bagus untuk bantu menang lebih banyak Piala.”

Lukaku turut mendakwa yang beliau pernah menolak untuk menyertai Manchester City selepas satu musim bersama Inter Milan.

“Selepas tahun pertama, saya tolak tawaran dari Manchester City yang lebih lumayan dari Chelsea sekarang, dan ia kerana saya tak mahu pergi.”

“Ia bukanlah masa yang sesuai, ia baru tahun pertama saya, saya mahu tunjukkan sesuatu yang bagus untuk Inter kerana mereka menyelamatkan karier saya.”

“Saya dalam masalah ketika bersama Manchester United. Inter Milan melabur besar untuk saya dan kami mencipta kejayaan menakjubkan bersama.”

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel bengang dengan tindakan dungu Lukaku yang mendedahkan hal-hal tidak sepatutnya dalam temu bual tersebut.

Beliau menganggap Lukaku sekadar membuat kecoh dan langsung tak membantu persediaan kelab untuk berdepan Liverpool hujung minggu ini.

“Kami tidak suka itu kerana ia sekadar menciptakan kekecohan yang kami tak perlukan, tapi di satu sisi lain, kami tidak mahu membuat kecoh, sangat mudah saja sebenarnya untuk jadi kontroversi.”

“Tapi saya tak suka tentang itu, ia hanya kekecohan yang kami tak perlukan, kami perlukan suasana tenang.”

Sumber: talkSPORT

BACA:  Lukaku Dan Skuad Denmark Merancang Sesuatu Yang Indah Untuk Beri Penghormatan Kepada Eriksen