Ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Kim Pan Gon mengambil tanggungjawab penuh kekalahan Harimau Malaya kepada Thailand dan meminta semua pihak menyalahkan dirinya bukan pemain Harimau Malaya.
Kecewa sudah pasti namun rasa bangga melebihi kekecewaan itu dengan skuad Harimau Malaya dibarisi muka baru dan kurang berpengalaman di peringkat antarbangsa.
Mereka telah menunjukkan dan membuktikan bahawa semangat mereka bermain demi lencana di dada melebihi segalanya, tanpa diletakkan harapan mereka berjaya ke separuh akhir.
Pada satu ketika Harimau Malaya sudah meletakkan sebelah kaki ke final namun dipakuk pasukan Gajah Perang, harapan dan kegembiraan telah diberikan sekumpulan Robot Harimau Malaya bagi saingan Piala AFF 2022.
Malam yang sukar di Stadium Thammasat. 😢 Dengan ini, berakhirlah perjuangan kita di Piala AFF edisi ini. Terima kasih #HarimauMalaya atas usaha anda semua! 👏#THAvMAS #AFFMitsubishiElectricCup2022 #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/8tSA1ifc7U
— Team Malaysia (@TeamMsia) January 10, 2023
Seperti mana kecewanya peminat Harimau Malaya dengan kekalahan ini, Kim Pan Gon ternyata lebih kecewa dan dari raut wajahnya ketika sidang media selepas perlawanan membuktikan segalanya.
Pengendali dari Korea Selatan itu telah mengucapkan tahniah kepada Thailand dan berterima kasih kepada ekor Harimau Malaya yang hadir serta memohon maaf atas kegagalan ini.
“Tahniah kepada Thailand, terima kasih banyak kepada peminat Malaysia yang datang menyokong 90 minit.”
“Saya minta maaf kepada Malaysia kerana gagal membuatkan anda bangga, minta maaf.” Ujar Kim Pan Gon penuh Sugul dan kecewa.”
KPG QUOTE THREAD
"We lost the game. I cannot say much about the performance of the Harimau Malaya players. I appreciate them because they gave up their holiday and missed their family for almost 50 days. A lot of sacrifices. It was a beautiful journey." – Kim Pan-gon pic.twitter.com/H8i39uCYmk
— T. Avineshwaran (@avineshW90) January 10, 2023
Jika mahu diikutkan perasaan Kim Pan Gon pasti tidak mahu menghadiri sidang media itu, Kim Pan Gon terharu dengan segala pengorbanan yang telah dilakukan pemain Harimau Malaya.
Ketika ramai pemain yang kononnya terhandal di bumi Malaysia menolak untuk menyarung jersi Harimau Malaya atas alasan diluar kalendar FIFA dan pemain bukan robot, 23 pemain pilihan Kim Pan Gon ini mengorbankan segala rasa letih dan cuti demi lencana di dada.
“Malam ini kami tewas jadi… saya tidak boleh cakap banyak mengenai prestasi pemain Harimau Malaya, saya hargai mereka segala pengorbanan mereka, korbankan cuti dan berjauhan dari keluarga untuk tempoh 50 hari.”
“Satu pengembaraan yang indah bersama mereka, hari ini kami gagal ke final hari ini dan pastinya kami kecewa dan kami akan pulang ke rumah, menebus diri dan akan belajar dari kesilapan.”
“The players ran like ‘dogs’ tonight, followed my instructions and fought till the end. Any problems, that is my side. Tactical, line-up and strategy, if there’s a problem, that’s my problem not the the players. Anything, you can blame me, not the players.” – KPG post-game.
— KF (@aeroberg) January 10, 2023
Kim Pan Gon nyata terharu dengan para pemainnya yang diibaratkan seperti anjing yang berlari tanpa henti dan terus berjuang hingga ke wisel penamat.
“Anda bahawa para pemain ini beraksi di kejohanan luar kalendar FIFA namun tetap mahu beraksi demi negara. Saya akan berdiri di depan para pemain dan mengambil segala tanggungjawab. Saya akan hadap segala serangan.”
“Semuanya tentang pemain harimau. Saya tiada rungutan untuk pemain, tiada kekesalan. Malam ini mereka lari macam anjing, ikut arahan saya dan lawan sehingga tamat.”
“Semuanya mengenai taktikal, semuanya menyengai line up, starategi dan perubahan pemain jika itu ada masalah itu masalah saya bukan pemain saya.”
“Jika anda mahu saya bercakap mengenai persembahan malam ini itulah jawapannya”
"You've to understand that these players came during the non-FIFA period because they want to play for the nation. I will stand in front of these boys and take all the responsibility. I will take all the attack."
— T. Avineshwaran (@avineshW90) January 10, 2023
Rata-rata peminat Harimau Malaya berpuas hati dengan pencapaian Kim Pan Gon dan 23 orang pemainnya yang pada awalnya telah dianggap sebagai Malaysia B tetapi membuktikan mereka mampu bersaing walaupun kurang sebulan bersama.
Jika ada yang mengutuk dan mencerca prestasi Harimau Malaya di Piala AFF 2022 maka dengan segera anda akan sedar dari mana asal mereka.
Kim Pan Gon dan para pemain Harimau Malaya tidak perlu meminta maaf atas kekalahan ini kerana semua tahu anda telah memberikan yang terbaik.