Malas Cetus Isu, Mourinho Bijak Suruh Wartawan Jawab Sendiri Persoalan Yang Mahu Disoal

Jose Mourinho terlibat dalam satu perbualan panas dengan wartawan ketika temu bual selepas tamat aksi seri 2-2 Roma bertemu Bodo.

Pengurus Roma itu bengang dengan mutu pengadilan dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadio Olimpico itu, dan beliau meluahkan rasa kecewanya ketika bercakap dalam temu bual selepas tamat perlawanan.

Bekas pengurus Chelsea dan Manchester United itu jelas bengang dan tak puas hati dengan beberapa keputusan dari pengadil perlawanan.

Ketika ditanya tentang mutu pengadilan, Mourinho terus menunjukkan reaksi tidak senang dan berdebat dengan wartawan yang menebual beliau.

Bercakap dengan bekas pemain Middlesbrough yang kini merupakan wartawan, Jan Age Fjortoft, Mourinho cuba mendapatkan persetujuan dari wartawan tentang teruknya mutu pengadilan.

Fjortoft walau bagaimanapun memilih untuk bersoal jawab dan tidak mahu menyatakan persetujuan beliau terhadap kenyataan Mourinho.

Mourinho juga bijak dengan tidak mahu berterus terang bagi mengelakkan kata-kata beliau menjadi tajuk utama pihak media, dan kerana itulah beliau menyuruh wartawan tersebut untuk menjawab sendiri persoalan yang diajukan.

Kemenangan dalam perlawanan ini akan membantu Roma untuk memintas Bodo dalam aksi peringkat kumpulan C saingan UEFA Conference League.

Namun kerana VAR membatalkan gol pada aksi babak kedua untuk pasukan tuan rumah, seterusnya menyebabkan perlawanan sekadar berakhir dengan keputusan seri.

Dan kerana itulah Jose Mourinho meluahkan rasa marah dan kecewanya beliau terhadap mutu pengadilan dalam perlawanan ini ketika ditemu bual selepas tamat perlawanan.

Namun tindakan bijak Mourinho sebenarnya menghibur ramai pihak dengan beliau cuba memanipulasi wartawan supaya menjawab sendiri persoalan yang ditanya.

Hal ini kerana setiap kata-kata dari Mourinho sudah tentu akan jadi topik serta tajuk berita media, dan untuk mengelak hal itu berlaku, beliau menyuruh wartawan sendiri jawab.

Bukan hanya Mourinho yang bengang, wartawan yang cuba menemubualnya juga sedikit beremosi ketika beliau pula yang ditemu bual oleh pengurus Roma itu.

Roma hanya mampu mencatatkan keputusan seri dalam perlawanan ini, namun ketika beraksi di halaman lawan, mereka dibelasah teruk oleh Bodo.

Highlights Roma Dibantai 6-1 bertemu Bodo

Pengurus sensasi dalam dunia bola sepak, Jose Mourinho telah diaibkan apabila pasukan AS Roma telah dibelasah oleh pasukan yang berasal dari Norway yang bernama FK Bodo/Glimt.

Kekalahan 6-1 Jose Mourinho di Europa Conference League ini menyaksikan buat pertama kali Mourinho tewas dengan 6 gol dalam 1008 perlawanan sejak bergelar pengurus.

Roma bertandang ke Utara Norway untuk terus melebarkan rekod 100 peratus kemenangan merekan di kumpulan C selepas berjaya menewaskan PFC CSKA-Sofia dan Zorya
dalam dua perlawanan pertama.

Namun Roma telah dimalukan dengan begitu sekali oleh pasukan Bodo/Glimt yang entah wujud atau tidak dalam carian Google ketiak beraksi diatas padang rumput tiruan di Aspmyra Stadion.

Erik Botheim menjaringkan gol pembukaan pada minit kelapan dan usaha tidak kenal erti putus asa Patrick Berg menjadikan tuan rumah dua gol dihadapan dalam masa 20 minit permainan.

Carles Perez mengurangkan separuh defisit sejurus sebelum berlalu setengah jam permainan tetapi dan mengekalkan kedudukan itu sehingga tamat separuh masa pertama.

Percaturan Jose Mourinho melakukan tiga pertukaran serentak usai permainan bersambung Eldor Shorurodov, Bryan Cristante dan Henrikh Mkhitaryan yang dimasukkan nyata tidak membuahkan hasil dan memberi impak.

Malahan lebih teruk apabila Erik Botheim menjaringkan gol ketiga Bodo/Glimt pada minit ke-52.

Dua lagi pertukaran dilakukan Jose Mourinho pada minit ke-60 menjadikan lima petukaran dalam masa 15 minit dengan memasukkan Lorenzo Pellegrini dan pemain kesayangannya ketika ini Tammy Abraham yang bakal menjadi musuh dalam semusim dua nanti.

Tiada impak langsung dari pertukaran yang dilakukan Jose Mourinho apabila Bodo terus menjarakkan kedudukan dengan menjaringkan tiga gol dalam tempoh 9 minit.

Ola Solbakken menjadikan kedudukan 4-1 pada minit ke-71 dan Amahl Pellegrino menjaringkan gol kelima pada minit ke-78 sebelum Ola Solbakken menjaringkan gol kedua peribadi untuk kemenangan 6-1.

Sepanjang 90 minit perlawanan Roma hanya berjaya melakukan dua sahaja percubaan tepat dengan menghasilkan satu gol dan kedua-dua percubaan tepat ini hadir pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua dengan lima pertukaran pemain dalam tempoh 15 minit dengan 51 peratus penguasaan bola tiada satu pun percubaan tepat mampu dihasilkan.

Bodo/Glimt menampilkan ketajaman yang luar biasa dengan penguasaan bola seimbang namun menghadirkan 7 percubaan tepat dengan 6 gol terhasil.

Mungkin faktor bermain di padang tiruan menjadi punca kekalahan namun takkan la sampai kena 6 biji dan tak mampu melawan langsung?

Antara fakta dan Statistik menarik yang direkodkan dalam perlawanan Roma menentang Bodo/Glimt:

1. Ini merupakan buat pertama kali dalam sejarah kelab Bodo/Glimt menjaringkan 4+ menentang kelab Itali dalam kejohanan Eropah. Rekod terdahulu adalah pada musim 1994/95 di Cup Winners’ Cup (Piala Pemenang Piala), Bodo/Glimt menang 3-2 ke atas Samdoria.

2. Bodo/Glimt menjadi kelab Norway pertama menang ke atas kelab Itali dalam kejohanan Eropah sejak Disember 1996. Kali terakhir adalah ketika Rosenberg menewaskan AC Milan di Champions League.

3. Ini merupakan buat pertama kali Roma tewas dengan perbezaan lima gol kali terakhir Januari 2019 tewas kepada Fiorentina di Coppa Italia dan dipertandingan Eropah buat pertama kali sejak November 2015 tewas 6-1 kepada Barcelona di Champions League.

4. Bodo/Glimt menjaringkan gol pertama ke atas Roma adalah melalui percubaan tepat pertama mereka dalam perlawanan ini.

Selepas perlawanan Mourinho mengkritik pemain sendiri tetapi memuji dan mendakwa bahawa pasukan bodo mempunyai kualiti lebih baik dari pasukannya.

Jose Mourinho mengakui beliau bertanggungjawab untuk kekalahan ini kerana memberi peluang kepada pemain lain dengan merehatkan ramai pemain utama yang nyata memakan diri.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Mourinho: Bukan Salah Saya Jika Manchester United Tiada Semangat Melawan