Skuad Sepak Takraw Malaysia mencipta sejarah apabila menjadi juara dunia berganda dalam Piala Dunia 2024.
Kejuaraan berganda itu dicatatkan oleh pasukan regu dan beregu Malaysia yang menang ke atas Thailand dalam kedua dua acara tersebut.
Dalam pertandingan yang dilangsungkan di Stadium Titiwangsa di hadapan kira kira 3,000 penyokong, Malaysia mempamerkan aksi luar biasa untuk mengatasi musuh tradisi yang seringkali menjadi badi untuk Malaysia iaitu Thailand.
Skuad negara Gajah Putih itu memang sinonim dengan kejuaraan dunia sepak takraw dan seringkali menghasilkan revolusi tersendiri dari segi teknik permainan.
Mereka juga memiliki ramai pemain berkelas dunia di semua peringkat.
Namun kali ini Thailand terpaksa pulang dengan hampa apabila mereka berjaya ditewaskan oleh Malaysia.
Dalam acara regu, trio Malaysia diperkuatkan oleh Farhan Adam, Syahir Rosdi, Azlan Alias (Haziq Hairul Nizam) yang berjaya menewaskan pasukan Thailand yang dibarisi Poramet Siriswat, Sittipong Khamchan, Varayut Jantarasena (Siriwat Sakha).
Malaysia menang dengan kutipan mata 15-8, 15-12. Kali terakhir Malaysia menewaskan Thailand dalam acara regu adalah pada Siri Super ISTAF di Melaka pada 2015. Dan kini ianya dilakukan di pentas yang lebih besar.
Pasukan Sepak Takraw negara menewaskan musuh tradisi Thailand pada Final Istaf Sepak Takraw World Cup Kuala Lumpur 2024 2-0 dalam acara regu di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Video Astro/Azrul Rafie#AWANInews pic.twitter.com/mMUqF9WeNu
— Astro AWANI (@501Awani) May 22, 2024
Dalam acara beregu, gandingan Aidil Aiman Azwawi-Noraizat Mohd Nordin berjaya bergelar juara dunia kategori yang mulai diperkenalkan pada 2011.
Aidil dan Noraizat dan pemain simpanan Baihakki A’ripin berjaya membuatkan Malaysia bangga menewaskan aksi daripada Thailand.
Pada satu ketika Malaysia mendahului sehingga 10-3 ke atas Thailand. Ianya menguatkan semangat dan motivasi mereka untuk memastikan kemenangan mutlak dicipta pada set berikutnya.
Malaysia menang 17-16 dan 15-13.
Ini adalah sejarah dalam sukan Sepak Takraw Malaysia yang menamatkan kejuaraan dengan status Doubles atau Juara Berganda.
Syabas kepada skuad Malaysia!
The OCM congratulates the Malaysian Sepaktakraw team on being crowned World Champions at the ongoing ISTAF Sepaktakraw World Cup 2024, held from 18 – 26 May 2024 at Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.#OlympicMAS pic.twitter.com/qXriudgh8h
— Olympic Malaysia 🇲🇾🥇 (@olympicmas) May 23, 2024
Peminat sepak takraw tanah air meraikan kejayaan tersebut dengan gembira sekali. Di mana Malaysia berjaya menamatkan kejuaraan dunia dengan dominasi kejuaraan berganda buat pertama kali sejak format itu diperkenalkan pada 2011 yang lalu.
SEJARAH BAHARU TERCIPTA!
Detik pasukan Malaysia mengungguli satu lagi gelaran 'Juara dunia' bagi Sepak Takraw acara Regu, menumpaskan Thailand 8 – 15, 15 – 12 pada peringkat akhir
Bermimpilah setinggi langit, moga jatuh diantara bintang – tahniah Malaysia! #ISTAF2024 pic.twitter.com/NNuKlmqP0S
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 22, 2024