Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon secara rasminya telah telah mengumumkan senarai akhir 23 pemaian Harimau Malaya yang akan membawa cabaran disaingan Piala AFF 2022.
Penaja Piala AFF 2022 bukan lagi Suzuki tetapi Mitsubishi Electric dan nama rasminya kejohanan ini adalah Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 dan kejohanan ini akan bermula pada 20 Disember 2022 sehingga 16 Januari 2023.
Selepas pelbagai isu dan tarik diri berlaku antara pemain, kelab dan Harimau Malaya yang menyaksikan ini bukanlah kekuatan sebenar Malaysia.
Barisan 23 pemain skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon terus giat menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang tadi.
5️⃣ hari menjelang aksi sulung Kumpulan B menentang Myanmar di Yangon pada Rabu, 21 Disember 2022.#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/AU3zJQWCIO
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 16, 2022
Dan inilah senarai akhir 23 pemain Harimau Malaya ke Piala AFF 2022:
Penjaga Gol:
Ahmad Syihan Hazmi Mohamed
Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi
Muhammad Rahadiazli Rahalim
Petahanan:
Muhammad Azam Azmi Murad
Sharul Nazeem Zulpakar
Dominic Tan
Ahmad Khuzaimi Piee
Muhammad Fazly Mazlan
Quentin Cheng Jiun-ho
Pemain Tengah:
Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi
Brendan Gan
Ruventhiran A/l Vengadesan
David William Rowley
Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau
Mohd Nor Hakim Hassan
Stuart John Wilkin
Nur Shamie Iszuan Amin
Penyerang:
Mohamad Faisal Abdul Halim, Darren Lok
Muhammad Safawi Rasid
Lee Andrew Tuck
Sergio Fabian Ezequiel Aguero
Muhammad Haqimi Azim Rosli
Senarai Akhir 23 Pemain Skuad Harimau Malaya Ke Piala Mitsubishi Electric AFF 2022
▶️ Baca penuh di https://t.co/rbEh4bOg1u#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/gV78Onohs7
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 16, 2022
Lima pemain yang sebelum ini berada dalam senarai 28 pemain dipanggil ke kem latihan pusat sejak 29 November lalu tidak berada dalam senarai akhir tersebut iaitu penjaga gol, Azri Ab Ghani, Kogileswaran Raj, Ramadhan Saifullah Usman, Aliff Izwan Yuslan serta Dion Cools (urusan peribadi).
Malaysia telah diundi untuk berada dalam kumpulan B, bersama Vietnam, Singapura, Myanmar dan Laos. Di kumpulan A pula diisi oleh juara bertahan Thailand, Filipina, Indonesia, Kemboja dan Brunei.
Skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Yangon pada Isnin, 19 Disember 2022 bagi menghadapi perlawanan pertama Kumpulan B bertemu Myanmar di Stadium Thuwunna pada Rabu, 21 Disember 2022 sebelum kembali ke tanah air, hari berikutnya.
✨2022 AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP
10 teams confirmed !
Group A : 🇹🇭-🇵🇭-🇮🇩-🇰🇭-🇧🇳
Group B : 🇻🇳-🇲🇾-🇸🇬-🇲🇲-🇱🇦#AFF #AFFCup2022 pic.twitter.com/CmNyR4ytge— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) November 8, 2022
Seterusnya, skuad Harimau Malaya akan bertemu Laos pada perlawanan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu, 24 Disember 2022, dan hari berikutnya terbang ke Hanoi untuk perlawanan ketiga menentang Vietnam di Stadium My Dinh pada Selasa, 27 Disember 2022.
Pulang ke tanah air pada hari berikutnya, skuad Harimau Malaya tidak beraksi pada Hari Perlawanan 4 bagi Kumpulan B pada Jumaat, 30 Disember 2022 dan hanya akan kembali turun beraksi pada perlawanan terakhir kumpulan bertemu Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 3 Januari 2023.
Jika berjaya menduduki dua tempat teratas dalam kumpulan, saingan separuh akhir akan berlangsung secara timbal balik pada 6 atau 7 Januari 2023 dan 9 atau 10 Januari 2023 manakala aksi final timbal balik dijadual pada 13 dan 16 Januari 2023.
Jadual Perlawanan Kumpulan B Piala Mitsubishi Electric AFF 2022
✈️ Yangon 🇲🇲 21 Disember, 🛩 Kuala Lumpur 🇲🇾 24 Disember, ✈️ Hanoi 🇻🇳 27 Disember, 🛩 Kuala Lumpur 🇲🇾 3 Januari 2023.
ℹ️ Info penjualan tiket akan dimaklumkan.#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/SHJ2aGx7Ws
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 22, 2022
Namun kemenangan dalam dua perlawanan persahabatan ketika menentang Kemboja dan Maldives membuktikan para pemain yang berbaki ini mampu memberi saingan di Piala AFF 2022.
Kelebihan yang ada pada para pemain ini adalah mereka bermain demi lencana di dada membawa nama negara.
Malaysia 3-0 Maldives
Harimau Malaya yang dibarisi muka baru dan robot mudah menundukkan Maldives 3-0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.
Malaysia turun untuk perlawanan terakhir dalam perlawanan antarabangsa Tier 1 menentang Maldives sebelum Kim Pan Gon memilih skuad akhir 23 pemain untuk ke saingan Piala AFF 2022
Dalam kemenangan pertama 4-0 ke atas Kemboja jelas kekuatan Harimau Malaya sedikit terjejas lantaran ketiadaan beberapa pemain tonggak yang memilih untuk berehat kerana penat selepas melalui musim panjang.
Dengan menggunakan pemain yang ada yang sangat bersemangat bermain dengan bangga demi lencana di dada barisan pemain Pan Gon ini mampu bersaing walaupun tiada masa untuk mencipta keserasian.
Hanya dua perlawanan persahabatan yang ada untuk Kim Pan Gon bagi menyediakan pasukan dengan rata-rata muka baru berbanding pasukan yang membawa Malaysia ke Piala Asia.
Beberapa pertukaran telah dilakukan oleh Kim Pan Gon dalam perlawanan menentang Maldives dikesebelasan utama dengan membariskan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Brendan Gan, Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi dan Dominic Tan.
Minit ke-11 dan ke-14 Darren Lok telah melakukan dua percubaan bagi meletakkan Harimau Malaya di depan tetapi gagal menepati sasaran.
Minit ke-17 Safawi Rasid pula mencuba dengan satu rembatan yang dikeluarkan dengan kepala oleh pertahanan Maldives.
Darren Lok yang sentiasa mempamerkan aksi konsisten telah membuka jaringan Harimau Malaya berpunca dari lambungan Safawi Rasid mencetuskan kesilapan serta salah faham Husin dan penjaga gol Maldives.
Darren Lok datang dari belakang dan terus membuat satu rembatan ke gawang terbuka, satu gol mudah pada minit ke-24.
Gol pertama oleh Darren Lok pada minit ke 24!
Malaysia 🇲🇾 1 – 0 Maldives 🇲🇻#masvsmdv#internationalfriendly pic.twitter.com/vTsrAfpzoy
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 14, 2022
Minit ke-38 Safawi Rasid hampir menggandakan keudukan dengan sepakan percuma yang tinggi ke atas palang dan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Darren Lok terlepas peluang terbaik selepas permainan bersambung apabila gagal menyambar dengan baik hantaran lintang ketika tidak dikawal.
Maldives cuba memberi tentangan dengan menggandakan usaha mereka dengan hantaran yang jauh lebih tersusun namun tenang dipatahkan Harimau Malaya.
Pada minit ke-64, Darren Lok telah melakukan sungkitan cantik mencari Faisal Halim yang mempamerkan sentuhan penyudah penuh ketenagan menawaskan penjaga gol Maldives, Husin Syarif.
Gol kedua oleh Faisal Halim pada minit ke 64!
Malaysia 🇲🇾 2 – 0 Maldives 🇲🇻#masvsmdv#internationalfriendly pic.twitter.com/O9mU2Fz6jZ
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 14, 2022
Gandingan dan kombinasi menarik antara Darren Lok dan Faisal Halim yang menjaringkan gol ketiga dalam dua perlawanan persahabatan.
Hantaran lintang Brendan Gan berjaya ditanduk Faisal Halim dan bola hanya sedikit melepasi palang.
Faisal Halim terus mencuba dengan satu rembatan jahat lencong menuju top corner namun penjaga gol Maldives datang menepis.
Palang menafikan jaringan Mohd Nor Hakim Hassan apabila bola sekadar meniti palang dari percubaan sudut sukar.
Selepas itu tiang pula menggagalkan tandukan cantik Andrew Lee Tuck untuk gol ketiga Harimau Malaya.
Keputusan Masa Penuh
Malaysia 🇲🇾 3 – 0 Maldives 🇲🇻
Darren Lok 24'
Faisal Halim 64'
Lee Tuck 88'#masvsmdv#internationalfriendly pic.twitter.com/9abQmygieu— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 14, 2022
Andrew Lee Tuck akhirnya berjaya menghadirkan gol ketiga melalui satu hantaran Sergio Aguero dengan satu jolokan mudah.
Impian Lee Tuck untuk beraksi bersama Harimau Malaya akhirnya tercapai menjaringkan gol dalam debut dan sekali lagi melakukannya di perlawanan kedua.
Maldives tidak mahu pulang tangan kosong dengan satu percubaan paling bahaya dalam perlawanan yang ditepis Syihan Azmi yang langsung tidak diuji.
Masa penuh – Malaysia 3-0 Maldives.
Kesebelasan Utama Malaysia: Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Muhammad Azam Azmi Murad, Ruventhiran A/l Vengadesan, Sharul Nazeem Zulpakar, Dominic Tan, Mohamad Faisal Abdul Halim, Darren Lok, Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Ahmad Khuzaimi Piee, Brendan Gan.
Pemain Simpanan: Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Muhammad Rahadiazli Rahalim, Quentin Cheng Jiun-ho, Stuart John Wilkin, Lee Andrew Tuck, Muhammad Fazly Mazlan, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Nur Shamie Iszuan Amin, Muhammad Haqimi Azim Rosli, Mohd Nor Hakim Hassan, David William Rowley, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau.
Malaysia 4-0 Kemboja
Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja menjadi ujian pertama ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon dalam menyediakan pasukan Harimau Malaya ke saingan Piala AFF 2022.
Pelbagai isu telah dihadapi oleh Kim Pan Gon apabila gagal mendapatkan pemain terbaik yang ada lantaran tiada kewajipan untuk melepaskan pemain untuk kejohanan yang tiada dalam kalendar FIFA.
Pemain bukanlah robot untuk bermain sepanjang musim tanpa rehat walaupun untuk tempoh semusim bermain kurang separuh dari pemain profesional Eropah yang menjadi kiblat.
Peraturan Status Perpindahan Pemain Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA); Lampiran 1: Bahagian Pelepasan Pemain Kepada Pasukan Kebangsaan Perkara 6 yang menyatakan bahawa kelab tidak diwajibkan untuk melepaskan pemain di luar jendela antarabangsa atau pertandingan dan tidak wajib melepaskan pemain yang sama untuk lebih dari satu perlawanan akhir pasukan wakil “A” setiap tahun di mana pengecualian kepada peraturan ini boleh ditetapkan oleh Majlis FIFA bagi Piala Konfederasi FIFA sahaja.
Senarai awal Kim Pan Gon memanggil 41 orang pemain ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya serta merta menjadi 29 orang pemain sahaja di mana 12 pemain telah menarik diri.
Selepas betekak di media sosial dan menjadi berita akhbar arus perdana Kim Pan Gon meneruskan kehidupan menentang Kemboja dan berjaya mencatatkan kemenangan 4-0.
Pada minit ke-11, Faisal Halim meletakkan Harimau Malaya dihadapan dengan satu jaringan yang sungguh jahat dengan satu rembatan lambung melemaskan penjaga gol Kemboja.
Andrew Lee Tuck yang membuat debut bersama Harimau Malaya menggandakan kedudukan pada minit ke-37 selepas tenang menyempurnakan lorongan cantik Faisal Halim.
Dipenghujung babak pertama Faisal Halim menjaringkan gol ketiga perlawanan dan gol kedua peribadi dengan satu sungkitan yang cantik penuh ketenangan yang berpunca dari hantaran Darren Lok.
Pertukaran besar-besaran dilakukan di separuh masa kedua dan gol keempat hadir lima minit sebelum perlawanan tamat apabila bola muntah rembatan Safawi Rasid mudah ditolak masuk Stuart John Wilkin.
Kesebelasan Utama Malaysia: Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Muhammad Azam Azmi Murad, Ruventhiran A/l Vengadesan, Sharul Nazeem Zulpakar, Nur Shamie Iszuan Amin, Mohamad Faisal Abdul Halim, Darren Lok, Stuart John Wilkin, Lee Andrew Tuck, Ahmad Khuzaimi Piee, David William Rowley.
Pemain Simpanan: Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Muhammad Rahadiazli Rahalim, Quentin Cheng Jiun-ho, Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Muhammad Fazly Mazlan, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Dominic Tan, Muhammad Haqimi Azim Rosli, Mohd Nor Hakim Hassan, Brendan Gan, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau.