Malaysia Terima Berita Baik, Tiada Lagi UAE Selepas Undian Semula Piala Asia

Dalam perkembangan yang menakjubkan, sukan bola sepak yang bakal dipertandingkan dalam Sukan Asia 2018 terpaksa melakukan undian buat kali ke-3 berikutan penarikan diri Iraq.

Dalam undian yang baru sahaja berlangsung semalam, Malaysia menarik nafas lega apabila United Arab Emirates (UAE) yang sebelum ini berada dalam kumpulan yang sama dengan Malaysia, telah diundi berada dalam kumpulan lain.

Perkembangan ini nyata menjadikan laluan Malaysia di Indonesia nanti lebih senang dan kini hanya perlu bersaing dengan Bahrain dan Kyrgyzstan bagi merebut tempat ke-2 dalam kumpulan E.

Laluan lebih mudah untuk Malaysia di Indonesia. Terima kasih kepada Iraq kerana mengundur diri

Walaupun di atas kertas Malaysia masih lagi berdepan cabaran yang sukar. Ketiadaan UAE nyata melegakan rakyat Malaysia yang mengharapkan skuad muda yang dihantar ke Indonesia kali ini tidak terkandas di peringkat kumpulan.

Bagi anak buah Ong Kim Swee, undian semula ini nyata memberi rahmat kepada mereka. Sebelum ini, Malaysia menerima tamparan hebat dalam undian kali-2 yang menyaksikan UEA diletakkan dalam satu kumpulan bersama Malaysia, Korea Selatan, Bahrain dan Kyrgyzstan.

Walau bagaimanapun, penarikan diri saat akhir kontinjen Iraq dalam pertandingan ini menyebabkan pihak penganjur tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan melakukan undian semula buat kali ke-2.

Dengan ketiadaan UAE, kumpulan E kini memiliki 4 pasukan dan Malaysia hanya perlu mengharungi 3 perlawanan peringkat kumpulan bagi merebut tempat ke pusingan seterusnya.

United Arab Emirates diundi berada dalam kumpulan C bersama TImur Leste, China, dan Syria. Maut juga. Tidak diketahui sama ada Omar Abdulrahman dibawa bersama atau tidak

Perlawanan Malaysia menentang UAE yang dijadualkan berlangsung pada 12 Ogos ini tidak lagi sah dan ini memberikan lebih banyak masa dan ruang untuk skuad Ong Kim Swee berehat.

Tidak diketahui sama ada pihak penganjur akan menjadualkan kembali perlawanan kumpulan E memandangkan jurang masa yang besar di antara perlawanan pertama (10 Ogos, Kyrgystan) dan kedua (17  Ogos, Korea Selatan) Malaysia.

Korea Selatan sebenarnya tidak perlukan Son Heung-Min untuk menjuarai kumpulan E.

Skuad Piala Asia Malaysia baru sahaja berangkat ke China pada pagi tadi untuk menjalani latihan dan satu perlawanan persahabatan di sana sebelum berangkat ke Indonesia.

Berikutan undian kali ke-2 bulan lepas, Malaysia terpaksa membatalkan perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi di Kuala Lumpur.

Tidak diketahui sama ada perlawanan menentang Arab Saudi akan dijadualkan kembali tetapi ia bergantung sama ada penganjur ingin merombak kembali jadual Sukan Asia berikutan undian dilakukan semula.

BACA:  Kelayakan Piala Asia B-23: Mongolia 0-1 Malaysia